Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Orang besi, kembali ke Tok Gajah, Liga super 2020? (Dickson Nwakaeme)

Orang besi, kembali ke Tok Gajah, Liga super 2020? (Dickson Nwakaeme)

Zik · Jan 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

dickson nwakaeme

Gambar troll Dickson celebrate masa semi final piala malaysia menentang kedah tahun lepas yang viral.

Boleh dikatakan pemain yang digeruni oleh mana-mana pasukan. Dicksen merupakan pemain import yang boleh dikatakan boleh tahan dia punya corak permainan , cuma dia dibelenggu kecederaan musim lepas, kita tak berapa nampak dia punya aksi yang mencuit hati penonton. Namun bila kita tanya dekat pengurus pasukan pahang, masih lagi TIADA kata putus berhubung status penyerang Nigeria, Dickson Nwakaeme yang dikatakan kembali menyarung jersi skuad Pahang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sehingga kini, segala desas-desus pemain berumur 34 tahun itu akan mempertajamkan jentera serangan Tok Gajah masih belum ada kepastian. Biarpun Nwakaeme yang pernah membantu Pahang menjulang tiga piala pada musim 2014 berada di negara ini, segala persoalan masih belum terjawab.

Menurut sumber terdekat, setakat ini, apa yang boleh dikatakan sama ada Nwakaeme akan kembali bersama Pahang hanya akan terjawab seawalnya bulan depan.

Kata beraksi free?

Itu yang kita dengan awal tahun hari tuh. Entah betul ke entah tak. Biasalah media kadang-kadang tajuk jer meletop. Sekali kita pun tak pasti dia punya ayat macam mana dia spin ayat tuh.

“Memang ada perundingan tetapi ia turut membabitkan beberapa perkara termasuk dari segi kontrak.

“Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan kontrak itu kemungkinan kelibat Nwakaeme akan dapat disaksikan dalam saingan Liga M musim ini,” katanya.

Sebelum ini Nwakaeme atau gelaran ‘Orang Besi’ pernah menyatakan kemungkinan kembali ke Pahang sebaik saingan Liga M berakhir November lalu.

Ia disahkan lagi dengan beberapa keping gambar yang Nwakaeme kini sudah berada di negara ini.

Musim lalu, Nwakaeme membuktikan sentuhan jaringannya masih lagi berbisa apabila menjaringkan sebanyak 15 gol termasuk sembilan gol dalam saingan Piala Malaysia.

Namun, kegagalan Pahang menjulang piala menyaksikan hanya pertahanan dari Perancis, Herold Goulon yang kekal bersama skuad manakala empat import lain tidak lagi bersama Pahang. Selain Nwakaeme, tiga lagi import ialah Safuwan Baharuddin dari Singpura, Sadddil Ramdani (Indonesia) dan Lazarus Kaimbi (Namibia).

So dari sini kita belum dapat pastikan bagaimana kedudukan Dickson Nwakaeme musim ini. Harapnya dia ada di malaysia untuk memeriahkan lagi liga super malaysia. Kot-kot boleh natrulisasi ke? tapi dia umur dia punya dah level senior. haha. Kalau Sumareh mungkin ya dia bagus.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan dickson nwakame tak sambung kontrak bersama pahang 2020, dimana dickson nwakaeme, kembali atau ke Tok Gajah tidak Liga super 2020?, Orang besi

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.