Untuk first game kali ini nampaknya masih mencari keserasian. Untuk separuh masa pertama, kita belum dapat rentak lagi.
Keputusan penuh :
MALAYSIA 1-1 MYANMAR
Jaringan oleh :
- Soe Moe Kyaw 13″
- Hadi Fayyah 24″
Secara keseluruhannya Malaysia dilihat lebih kuasai perlawanan. Namun kalau kita tengok ada kalanya, Myanmar bermain secara serangan balas, cepat dia counter. Pemain muda mereka memang cukup pantas, cuma dari segi finishing tak berapa nak solid lagi. Pemain kita pun dari segi finishing cukup mengecewakan. Nampaknya Lukman tak dapat nak adapt dengan pemain senior mereka. Untuk perlawanan pertama ini kita cukup sukar nampaknya, belum ada keserasian
Kedua dua pasukan seri 1-1,Pertahanan kedua dua pasukan ada masalah dalam membuat binaan serangan. Corak permainan dan percaturan taktikal kedua dua pasukan terganggu atas faktor padang adakah boleh diterima?? Sebab ini padang sintetik. So pemain tak dapat nak adapt sesuaikan diri dengan padang macam ini. Sepatutnya sebelum berangkat ke philippines, kita kena berlatih bermain dipadang sintetik seperti ini barulah dapat mencari kesesuaian.Game boring senang aku cakap. Ada beberapa percubaan yang cantik, pasukan malaysia gagal manfaatkan sebaiknya. Selain dari terkena palang, tiang semua tuh jadikan permainan jadi bosan. Game agak slow jugakla.
Satu mata yang cukup berharga – Kim Swee
MANILA: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui barisan pemainnya bergelut terutama di babak pertama ketika seri 1-1 dengan Myanmar dalam aksi sulung Kumpulan SEA 2019 di Stadium Rizal Memorial di sini, petang tadi.
Bagaimanapun, Kim Swee lega apabila anak buahnya mempamerkan peningkatan positif sebaik babak kedua dengan skuad negara lebih banyak mengawal bola di atas padang.
“Kalau lihat daripada segi persembahan terutama di babak pertama kita masih lagi gagal mengawal permainan dengan baik. Namun separuh masa kedua kita bertambah baik dan nampak ada perkara positif.
“Perlawanan pertama sememangnya bukan mudah apatah lagi pemain sudah lama tidak bermain.
“Walaupun hadapi kesukaran untuk menggerakkan bola di separuh masa pertama tetapi separuh masa kedua kita ada peluang lebih baik berbanding Myanmar,” kata Kim Swee ketika ditemui selepas perlawanan.
Pada aksi itu, Myanmar membuka tirai jaringan menerusi Soe Moe Kyaw pada minit ke-14 sebelum penyerang negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak menyamakan kedudukan minit ke-24.
Kim Swee, berkata biarpun hanya membawa pulang satu mata namun ia lebih baik berbanding kehilangan keseluruhan tiga mata.
“Ini adalah satu mata yang cukup berharga dan kita tahu selepas ini kita akan menghadapi tiga perlawanan yang pastinya bukan mudah,” katanya.
Skuad negara akan bertemu tuan rumah, Filipina untuk aksi kedua Jumaat ini. Memang lagilah tough game kali ini. Kalau betul-betul tak perform, seri atau kalah. Anggaplah peluang untuk mara ke separuh akhir sudah tertutup.
Video gol highlights perlawanan MALAYSIA 1-1 MYANMAR SUKAN SEA 25.11.2019 \
Leave a Reply