• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Ulasan malaysia u23 3-1 Myanmar u23 sukan sea 21.8.2017

Ulasan malaysia u23 3-1 Myanmar u23 sukan sea 21.8.2017

Zik · Aug 22, 2017 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sukan sea, sukan sea logo 2017, sukan sea, sukan sea 2017,

Perlawanan yang paling tough untuk kumpulan A adalah perlawanan hari ini diantara pasukan malaysia u23 vs Myanmar u23. Skuad pasukan harimau muda telah memberikan sepenuhnya untuk perlawanan kali ini. Bukan sesuatu yang mudah untuk perlawanan malam tadi.

Apa yang paling penting ialah kita mendapat tiga mata penuh untuk perlawanan malam tadi.

Tahniah buat semua pemain malaysia, para penyokong yang datang ke stadium… perjalanan masih lagi panjang.. Tiga mata akhirnya berjaya dikutip. Permainan yang berbeza untuk perlawanan kali ini. Pada perlawanan pertama kita menang tipis ke atas brunei 2-1. Perlawanan kedua kita menang tipis juga 2-1 ke atas Singapura . Perlawanan yang ketiga memang lagi tough, tapi diatas usaha pemain ada Follow up dan build yang agak tepat… masih banyak lagi boleh diperbaiki. Kesilapan bolos satu gol oleh adib kena ambil serius, walaupun keseluruhan permainan kita lebih bagus, tetapi kesilapan macam itu sangat bahaya…

FT :
Malaysia u23 (3) VS (1) Myanmar u23

Malaysia u23 3-1 Myanmar u23
Thanabalan 33′ 82 ‘
Shafawi Rashid 35’
Than Paing 86″

Ulasan separuh masa pertama.

Untuk 10 minit pertama, kedua-dua pasukan masih belum dapat rentak permainan. Namun secara kasarnya bola banyak dikuasai oleh pemain malaysia. Beberapa percubaan banyak dilakukan oleh thanabalan, rakesh dan shafawi. Peranan mathiew davies malam tadi dilihat cukup cemerlang. Banyak hantaran dilakukan oleh mathiew davies nih.

Malaysia di depan.

Akhirnya setelah lama sangat tak dapat gol , kebuntuan akhirnya terjawab. Minit yang ke 33, Thanabalan meletakkan pasukan malaysia di depan. Ini apabila dari hantaran lintang dari Shafawi dan Mathiew Davies menampan bola ke depan pintu gol, kaki thanabalan menadah je bola tuh. Keeper myanmar tak boleh nak buat apa dah. Tengok jerla… Memang gamat keadaan stadium shah Alam apabila gol pertama pasukan malaysia berjaya di jana.

Selang beberapa mint, shafawi menjaringkan gol kedua buat pasukan malaysia, meruntuhkan moral pemain myanmar. Hantaran silang dari S Kumaran dan dengan tenang shafawi menjaringkan gol dengan menanduk depan  dan goooolllll… baru selang dua minit beb.

Separuh masa kedua  .

Pasukan myanmar mengasak dan cuba memberikan tekanan buat pasukan malaysia. Beberapa percubaan dari pasukan myanmar memang merbahaya, namun berjaya di nafikan oleh penjaga gol malaysia. Apepun, bila malaysia dapat counter pada minit yang ke 82 adalah satu penanda aras yang baru buat pemain malaysia , sempat lagi hantaran jauh ke depan kepada Jefri firdaus chew yang baru sahaja dimasukkan, memang fit laju gila. Sempat lagi tengok pemain tengah lari ke depan , cross dan thanabalan menyempurnakan gol ketiga buat pasukan malaysia 3-0….. gilelahhh..

Kecuaian captain membawa pada.

Pada minit ke 86, ketika tengah ghairah nak cari gol lagi. Pasukan malaysia telah membuat kesilapan, iaitu adib nak pass ke belakang , dah peman myanmar memang nampak bola tuh pass ke belakang terus dirampas dan dengan mudah memperdayakan keeper pasukan malaysia .. Satu gol saguhati buat pasukan myanmar.

Secara keseluruhannya. Pemain malaysia sudah memberikan satu kotmitmen yang baik. Biarpun pada awalnya bermain agak kelam kabut. Namun sikit demi sedikit ada peningkatan dan ada komunikasi yang berkesan diantara pemain, sudah ada keserasian diantara pemain memberikan impak yang positif buat pasukan kebangsaan. Apepun, banyak lagi yang kena perbaiki dalam mutu pemain negara. Elakkan kesalahan kecil yang boleh mengundang padah buat pertahanan .

Kedudukan terkini Kumpulan A :

Myanmar 9 mata
Malaysia 9 mata
Laos 3 mata
Singapura 3 mata
Brunei 0 mata

Bermakna pasukan malaysia dan Myanmar sudah layak ke separuh akhir. Cuma kita tak tahu lagi kedudukan ini akan berubah antara satu atau dua… malaysia perlu sekurang-kurangnya seri lawan dengan laos pada perlawanan akhir untuk kumpulan A, penentuan juara A ini, pada hari rabu ini 23.8.2017.

Kami akan terus menyokong anda buat semua buat para atlet tidak kira apa acara sekali pun. Juga tidak kira menang atau kalah kerana kami andalah yang menjadi wakil kepada semua rakyat malaysia.

Sekian dari meja sukan. Zikri Husaini Dot Com

Video gol highlights malaysia u23 vs Myanmar u23 3-1 sukan sea kuala Lumpur 2017.

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan bola sepak sukan sea kumpulan A 2017, keputusan malaysia u23 vs myanmar u23 sukan sea kuala lumpur kumpulan A 2017, keputusan malaysia vs myanmar 2017, ulasan malaysia u23 vs myanmar u23 sukan sea kuala lumpur 2017

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss