• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Shop
  • Cart
  • Checkout
  • My account
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia mara ke final piala aff suzuki 2018!!

Malaysia mara ke final piala aff suzuki 2018!!

Zik · Dec 6, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hot ILabur.com hot  

hot Bidadari.My hot  

hot Saji.MY hot  

hot Ammboi.com hot

malaysia vs thailand, malaysia tewaskan thailand,

MENDEBARKAN!! 

Itulah yang boleh dikatakan oleh semua rakyat malaysia ,apabila sepakan penalti diminit-minit masa terakhir dari Adisak Kraisorn yang akan menentukan sama-ada mara atau tersingkir. Memang masa tuh dah jadi tension pun ada. Takut pun ada. Kita pun rasa, argghh pasrah jerla. Nasib baik sepakan penalti tak gol tinggi ke atas. Kira nasib jugalah malaysia mara ke final nih sebenarnya. 50-50. Tetapi dari segi kesungguhan dan taktikal sebenarnya malaysia layak untuk mara ke final aff suzuki cup kali ini.

TERUS FOKUS. 

JURULATIH Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu pemainnya terus fokus dalam memburu gelaran Piala AFF, selepas misi menyingkirkan juara bertahan Thailand untuk mara ke pentas akhir berjaya, sebentar tadi.

Malaysia berada di landasan terbaik memburu gelaran pertama sejak 2010, selepas mara ke perlawanan akhir buat kali keempat menerusi peraturan gol di tempat lawan, apabila seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala.

Halangan terakhir mereka kini sama ada Vietnam atau Filipina yang bakal berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua, esok. 

Menurut Tan Cheng Hoe, kejayaan itu adalah hasil kerja keras anak buahnya yang bermain mengikut taktikal.

“Selepas seri 1-1 pada babak pertama, kami perlu kekal tenang dalam permainan, mengekalkan penguasaan bola dan cuba melakukan serangan balas. Kita juga perlu berhati-hati dengan gerakan ‘set piece’ Thailand.

“Pemain mengikut taktikal dengan penuh disiplin pada babak kedua dan ini adalah keputusan yang menakjubkan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Harimau Malaya yang hanya seri 0-0 pada pertemuan pertama di Bukit Jalil, Sabtu lalu terpaksa bangkit dua kali untuk mengikat juara lima kali, Thailand.

Skuad Gajah Perang mendahului pada minit ke-21, hasil jaringan sendiri Irfan Zakaria sebelum Syahmi Safari menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan padu pada minit ke-28.

Tuan rumah kembali di depan apabila bola sepakan percuma pemain gantian, Sumanya Purisay ditanduk masuk Pensa Hemviboon di minit ke-63, sebelum Norshahrul Idlan Talaha menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke-71.

Cheng Hoe mengakui tetap tenang walaupun Thailand yang dibimbing Milovan Rajevac mendapat sepakan penalti pada masa kecederaan di babak kedua yang gagal disempurnakan oleh Adisak Kraisorn.

“Saya masih tenang dan yakin mungkin penjaga gol Farizal Marlias boleh menyelamatkan sepakan penalti itu.

“Kami ada mengkaji video sepakan penalti Adisak dan saya yakin Farizal boleh melakukan sesuatu,” katanya.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 11 dan 15 Disember ini.

Secara keseluruhannya permainan lebih dikuasai oleh thailand sedikitlah. Dari segi penguasaan bola pun sebenarnya tak banyak beza pun. Namun semangat

MALAYSIA LEBIH LAYAK KE FINAL!! 

PENGENDALI Thailand, Milovan Rajevac mengakui skuad Harimau Malaya memang berhak untuk beraksi di pentas akhir Piala AFF 2018.

Ini kerana, katanya Malaysia lebih bersemangat dan agresif untuk menyingkirkan mereka dalam kempen kali ini selepas seri 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala, malam tadi.

“Saya tidak berpuas hati kerana kami tidak layak, tetapi ini adalah sebahagian daripada pengalaman buat pemain.

“Tahniah buat Malaysia kerana mereka memang berhak ke pentas akhir. Malaysia menunjukkan kesungguhan, agresif untuk mara,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Thailand, juara lima kali seharusnya boleh mengecewakan Malaysia, tetapi penyerang sensasi mereka, Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan di babak kedua.

Dengan kedudukan terikat 2-2 selepas 90 minit permainan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe layak ke pentas akhir buat kali keempat, menerusi peraturan gol di tempat lawan.

“Kami memiliki peluang menerusi sepakan penalti, tetapi gagal mengambil peluang itu dengan baik, tetapi ini boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya.

Full video goal highilghts malaysia 2-2 Thailand aff suzuki cup 5.12.2018

More from my site

  • Keputusan terkini malaysia vs Thailand final first leg 17.12.2014Keputusan terkini malaysia vs Thailand final first leg 17.12.2014
  • Malaysia hanya catat seri 1-1 thailand 1st leg semi final AFF Suzuki Cup 2012Malaysia hanya catat seri 1-1 thailand 1st leg semi final AFF Suzuki Cup 2012
  • Ulasan malaysia (0) vs thailand (2) first leg akhir, aff suzuki cup 17.12.2014Ulasan malaysia (0) vs thailand (2) first leg akhir, aff suzuki cup 17.12.2014
  • Malaysia vs thailand final piala aff suzuki 2014Malaysia vs thailand final piala aff suzuki 2014
  • Keputusan terkini malaysia vs thailand final piala aff suzuki cup 20.12.2014Keputusan terkini malaysia vs thailand final piala aff suzuki cup 20.12.2014
  • Live streaming malaysia vs thailand sukan sea 2017Live streaming malaysia vs thailand sukan sea 2017

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Sukan full video goal highlights perlawanan malaysia vs thailand aff suzuki cup 5.12.2018, keputusan malaysia vs thailand aff suzuki cup 5.12.2018, ulasan malaysia vs thailand aff suzuki piala aff suzuki 2018, video gol higlights malaysia 2-2 thailand 2018

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar







Search di zikrihusaini.com

Recent Posts

  • Live streaming Ulsan Hyundai vs Perak kelayakkan piala afc 19.2.2019
  • Video gol highlights selangor 0-4 pkns liga super 17.2.2019
  • Live streaming selangor vs pkns liga super 17.2.2019
  • Live streaming pknp vs petaling jaya fc 16.2.2019
  • Live streaming kedah vs felda united liga super 16.2.2019

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Kerja, Guna Microsoft Word. Cantik, Simple & Menarik!
  • 4 Contoh Resume Terbaik Untuk Lepasan SPM, STPM, Fresh Graduate. Ringkas & Lengkap
  • Permohonan MRSM Tingkatan 1, Tingkatan 4 (2019)
  • Permohonan SBP Tingkatan 1, Tingkatan 4 (2019)
  • Berapakah Gaji Minimum (2019) di Malaysia?

Sponsored Links :


 

hotSiapa Cakap Nak Bercuti Macam Neelofa Kena Pakai Duit Banyak Giler?hot

 

 

hotSEMAKAN ONLINEhot

hotPENYATA GAJIhot

 

eBook Google Ads For Newbie: 15 Minit Google Ads!

Buat duit dengan Applikasi Andriod, OIS Jana 10usd sebulan sekurang-kurangnya!!




Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan


Buat Duit Dengan Blog Part1

Ada blog? Buat duit dengan blog denganPOPCASH.NET!!

Promosi barang mudah di LAZADA CEPAT!! 

Jom Shopping ke JD SPORT

Jana Income 4-5 angka Shopee Sebulan!!





 




Kategori/Sitemap

Archives

Langgan artikel blog ini ke email anda secara percuma!!

Enter your email address:




Delivered by FeedBurner



Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy
Follow

Copyright © 2019 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Shop
  • Cart
  • Checkout
  • My account
%d bloggers like this: