• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / Ulasan perlawanan Pahang vs Kedah 5-5 Aggregate 8-8 dan bla bla

Ulasan perlawanan Pahang vs Kedah 5-5 Aggregate 8-8 dan bla bla

Zik · Oct 27, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala malaysia

Kedah bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang tanpa kelebihan yang nyata selepas seri di Stadium Darul Aman dalam separuh akhir pertama yang memberi Pahang bekalan gol tempat lawan. Kita ingatkan pasukan pahang akan belasah kaw-kaw kedah di tempat sendiri. Namun ternyata jangkaan aku meleset sama sekali.

Perlawanan yang cukup gila dan epik disajikan malam semalam memang sesuatu yang luas biasa dong. 1 perlawanan,10 gol terhasil.

Keputusan penuh semalam :

FT Pahang 5-5 Kedah (Agregat 8-8)

Jaringan oleh :

Fernando Rodriguez 8′ 117′
Dickson Nwakaeme 33′ 120+2′
Jonatan Bauman 55′
Lazarus Kaimbi 71’75’
Baddrol Bakhtiar 85′
Renan Alves 93′
Herold Houlon 112′ (P)) Hanya kemenangan yang akan melayakkan Kedah ke perlawanan akhir dan seri sahaja dengan syarat aggregate yang banyak lebih 4-4 dan ini memberi tekanan lebih namun dengan aksi kebangkitan luar biasa pada perlawanan pertama tiada yang mustahil buat Kedah.

Di atas kertas boleh dilihat segala kelebihan menjadi milik Pahang ditambah dengan bermain di tempat sendiri tetapi dalam bola sepak semuanya boleh terjadi sehingga wisel penamat dibunyikan. Ini apa yang telah aku tulis pada entri yang lepas yang mana kita tak boleh pandang pada pasukan lawan. Kedah adalah pasukan yang dilihat konsisten untuk kejohanan kali ini.

Kedah bermula langkah kanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang apabila didepan seawal minit ke-8 untuk mendahului 4-3 secara agregat.

Hantaran jauh Baddrol Bakhtiar cantik mencari Fernando Rodriguez yang disudahkan dengan penuh ketenangan dan menewaskan penjaga gol Pahang. Apa yang Fernando buat dia tak setting bola tuh. Dia terus shoot menyebabkan Helmi Heliza tak sempat nak buat apa-apa. Terciduk disitu Heliza.

Separuh masa pertama perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Kedah berakhir dengan kedudukan 1-1 dengan agregat terikat kepada 4-4.

Dickson Menyamakan Kedudukan.!! 

Gol pendahuluan Kedah daripada Fernando Rodriguez hasil hantaran Baddrol Bakhtiar dipadamkan oleh orang besi, Dickson Nwakaeme. Dickson Nwakaeme dengan bersahaja membawa bola dari sebelah kiri tepi padang dan bergelek masuk menghampiri kotak penalti.

Kemudian satu rembatan cantik dilepaskan dari luar kotak penalti yang hanya mampu dilihat saja oleh penjaga gol Kedah, Ifwat Kamal. Sepakan lencong dari Dickson memang sukar untuk Ifwat mengagak bola itu.

Tempoh 45 minit pertama tamat dengan kedudukan 1-1 dan agregat masih terikat 4-4. Separuh masa kedua menampilkan aksi penuh kegilaan dan kejar-mengejar.

Separuh masa kedua, Aksi kejar mengejar. 

Sembilan minit bersambung separuh masa kedua, Jonatan Bauman kembali meletakkan Kedah dihadapan dengan menyudahkan hantaran Zaquan Adha hasil kealpaan pertahanan Pahang. Aidil memang peka dengan keadaan  , apabila kedah seri 1-1, memasukkkan Zaquan menggeluarkan

Lazarus Kaimbi kembali menyamakan kedudukan dengan rembatan deras jarak dekat sebelum meletakkan Pahang dihadapan dengan gol kedua peribadi.

Hantaran cantik Dickson Nwakaeme disudahkan dengan begitu tenang Lazarus Kaimbi. Satu penyudah yang cantik.

Berbaki 5 minit permainan Baddrol Bakhtiar menjadi wira Kedah dengan gol penyamaan 3-3 dan agregat 6-6 lalu mengheret permainan ke masa tambahan.

Sepakan percuma Baddrol menimbulkan salah faham dan kelam-kabut dihadapan gol Pahang sebelum bola melantun masuk.

Gol ke tidak? Pembantu pengadil mengesahkan jaringan dan pengadil juga bersetuju.

Mengheret kemasa tambahan.

Oleh kerana aggregate 6-6, masing-masing jaringan home dan away sama. Masa tambahan hingga ke 120 minit diperlukan untuk ketahui. Mental tengah down. Badan dan penat, namun inilah bolasepak kena teruskan berjuang dalam pertarungan yang cukup sengit kali ini.

Kedah lead , pahang samakan kedudukan bersilih ganti. 

Hanya 3 minit diperlukan Kedah untuk mendahului Pahang hasil jaringan Renan Alves yasng menyapu terus sepakan  Baddrol Bakhtiar.  Renan yang tidak dikawal dengan mudah sepakan deras itu menewaskan Heliza Helmi.

Penalti, buat pahang. 

Kegilaan perlawanan antara Kedah dan Pahang berterusan dan terus menggila apabila Renan Alves menjatuhkan Dickson Nwakaeme dalam kotak penalti. Rasanya Dickson yang jatuhkan badan sendiri dekat dengan Renan. Uishh drama betul Dickson nih.

Goll

Harold Goulon tenang menyempurnakan sepakan untuk kembali mengikat kedudukan dengan gol ke-8 perlawanan. Gila agregat 7-7. Ifwat dapat baca sepakan itu, namun sepakan itu terlalu deras.

Paling epik untuk perlawanan kali ini.

Separuh akhir kedua Piala Malaysia ini boleh dikatakan perlawanan separuh akhir paling epik dan antara yang terbaik dalam sejarah Piala Malaysia.

Ketika perlawanan berbaki kurang 3 minit Fernando Rodriguez meletakkan Kedah dihadapan beberapa minit selepas Pahang menyamakan kedudukan. Sedang kalut pahang nak cari gol leading, pertahanan lupa lah tuh/

Gol berpunca daripada serangan counter attack yang lebih tenang. Ketika ini peluang Pahang sudah tampak tipis kerana perlu mencari dua gol untuk ke final.

Sebelum pengadil meniup wisel penamat Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan untuk kedudukan 5-5 dengan gol ke-10 perlawanan. Herold Gouldon berjaya merampas bola dari defend kedah dan pass kepada dickson yang tidak dikawal sebelah kiri. T

Dickson meraikan gol itu dengan gembiranya bukan main lagi dan mungkin beliau lupa seri tidak cukup untuk Pahang ke final. Gol Dickson itu tidak cukup buat Pahang apabila Kedah mara dengan peraturan jaringan gol tempat lawan.

Enjoy video gol highlights perlawanan PAHANG VS KEDAH 27.10.2019

Gol kontroversi Baddrol Baktiar dan Peraturan gol away terbatal jika ikut rules afc.

Kita tak pasti gol ke tak. tengok video kita tak pasti kedudukan bola itu masuk ke tak. Yang tahu hanyalah linesman dan pemain pasukan pahang yang berada disitu. Ketika mereka tengah clear ball ada pemain dalam gawang , ketika kedudukan itu, linesman memang tak boleh agak. Namun keputusan pengadil adalah muktamad, linesman dah sahkan bola itu gol.

Komen dari facebook aku copy paste jer.

Paan Zaini Farhan
bang ni namanya aggregate.

ada home & away, goal pun ada home & away.

situasi first leg Kedah & Pahang haritu seri 3-3 (Kedah home, Pahang away)

semalam Pahang home vs Kedah away keputusan akhir 5-5 (aggregate 8-8) dimana Kedah mempunyai goal away yang lebih banyak.

kalau nak sampai ada penalti tu kedua-dua team kena kekal 3-3 (aggregate 6-6) tapi ni mata akhir 5-5 (aggregate 8-8) memang takkan ada penalti dah tengok goal away siapa banyak.

Ini adalah sebab kenapa  KNPA DICKSON RAIKAN GOL KELIMA SBB DIA TAU UNDANG2 BOLA DR FIFA DN BKN UNDANG2 SENDIRI DR BOLA SEPAK MALAYSIA”

Artikal FIFA :

Dalam perlawanan yang membabitkan pasukan yang bertembung dalam situasi timbal balik kiraan gol hanya akan di guna pakai dalam masa 90 minit boldddd.

Sekiranya perlawanan berkesudahan masih lagi terikat jaringan gol dalam 90 minit perlawanan, kiraan gol di tempat lawan tidak boleh di guna pakai lagi dan penentuan penalti akan di berikan.
( Peraturan Perkara 11.4)

rules fifa aggregate

Komen orang lain :

Selamat Memandu Kereta Kontinental
PBNP dan FAM elok semak semula undang-undang away goal ni. Keputusan 3-3 selepas 90 minit di Alor Star dan Kuantan. Kalau situasi macam malam ni, adalah tidak adil kalau sistem away goal terus dipakai pada masa tambahan 30minit sebab Kedah ada advantage waktu permainan lebih lama di Kuantan. Hoi, takkan lah aku yang fikir benda ni! Korang dalam ofis makan gaji buta ke apa?! Puitt!!
Komen anda??? lontarkan pandangan anda diruangan komen dibawah ini ok..
Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan ulasan gol pahang vs kedah piala malaysia separuh akhir kedua 26 oktober 2019, ulasan kedah vs pahang, ulasan pahang vs kedah piala malaysia separuh akhir kedua 27.10.2019, Ulasan perlawanan Pahang vs Kedah 5-5 Aggregate 8-8 dan bla bla, video gol highlights pahang 5-5 kedah 27.10.2019

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss