Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFF / Malaysia gagal pertahankan kejuaraan, tewas 0-1 Australia aff u18 2019(Well-done!)

Malaysia gagal pertahankan kejuaraan, tewas 0-1 Australia aff u18 2019(Well-done!)

Zik · Aug 20, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

aff u 19,

Ya benar, kita kecewa. Dengan kekalahan tipis 0-1 keatas pasukan Australia pada perlawanan pentas akhir semalam di VIetnam kita gagal pertahankan kejuaraan tahun lepas. Apepun kita ucapkan syabas dan tahniah buat skuad ini melangkah ke final. Hasrat skuad bawah 18 (B-18) tahun negara mempertahankan kejuaraan AFF B-18 terkubur selepas tumpas 0-1 di tangan Australia dalam aksi final di Stadium Thong Nhat, Vietnam.

Anggaplah rezeki kita sampai disini sahaja. Kita tidak boleh harapkan tuah menyebelahi kita sekali lagi. Kita kena akui pasukan australia sudah tutup segala kelemahan pada perlawanan yang lepas. Mereka sudah tahu man marking dan juga lokman juga sudah di kunci rapat.  Kita takda penyerang lain yang boleh hidup disebelah kiri atau perlu lebih kreatif.  Semua pergerakan lukman sudah boleh dibaca dengan mudah.

Gagal pertahan kejuaraan.  

Keputusan itu turut menyaksikan Australia melunaskan dendam terhadap Malaysia selepas tewas 0-3 pada aksi peringkat Kumpulan B, 13 Ogos lalu.

Skuad negara dilihat bermain bertahan sepanjang babak pertama sekali gus menyaksikan tidak banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan ke kubu Australia.

Namun, anak buah Brad Maloney menampilkan persembahan lebih baik di babak kedua dengan percubaan terbaik dihasilkan menerusi sepakan jarak jauh Firdaus Kaironnisam pada minit ke-59 yang menggegar palang Australia.

Enam minit selepas itu, skuad negara terus memberi tekanan terhadap kubu Australia dan kali ini menerusi percubaan Luqman Hakim Shamsudin yang berjaya ditepis penjaga gol Kai James Calderbank-Park.

Keeper injured terpaksa tukar. 

Maloney terpaksa memasukkan penjaga gol yang juga kapten skuad negara, Firdaus Irman Mohd Fadhil pada minit ke-76 selepas Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman mengalami kecederaan.

Namun, belum sempat Firdaus menyesuaikan diri sepenuhya dengan keadaan permainan, dia tertewas dengan sentuhan Lachlan Ricky Brook pada minit ke-79.

Pintu gol skuad negara hampir bocor lagi dan kali ini menerusi rembatan jarak jauh Kristian Popovic yang menggegarkan tiang pada masa kecederaan.

Skuad negara cuba bangkit memburu jaringan penyamaan dengan beberapa percubaan, namun kedudukan 1-0 memihak Australia kekal hingga wisel penamat.

Untuk rekod, skuad B-18 negara muncul juara kejohanan sama pada tahun lalu selepas menundukkan Myanmar 4-3 di pentas akhir.

TAHNIAH dan syabas harimau muda. Harap akan datang kita ke final lagi. !!! Syabas anak muda.

Share this on WhatsApp

AFF, Sukan keputusan malaysia 0-1 australia aff u18 2019, malaysia gagal menang keatas australia aff u18 2019, Malaysia gagal pertahankan kejuaraan, malaysia tewas 0-1 keatas australia, tewas 0-1 Australia aff u18 2019(Well-done!)

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.