Ya benar, kita kecewa. Dengan kekalahan tipis 0-1 keatas pasukan Australia pada perlawanan pentas akhir semalam di VIetnam kita gagal pertahankan kejuaraan tahun lepas. Apepun kita ucapkan syabas dan tahniah buat skuad ini melangkah ke final. Hasrat skuad bawah 18 (B-18) tahun negara mempertahankan kejuaraan AFF B-18 terkubur selepas tumpas 0-1 di tangan Australia dalam aksi final di Stadium Thong Nhat, Vietnam.
Anggaplah rezeki kita sampai disini sahaja. Kita tidak boleh harapkan tuah menyebelahi kita sekali lagi. Kita kena akui pasukan australia sudah tutup segala kelemahan pada perlawanan yang lepas. Mereka sudah tahu man marking dan juga lokman juga sudah di kunci rapat. Kita takda penyerang lain yang boleh hidup disebelah kiri atau perlu lebih kreatif. Semua pergerakan lukman sudah boleh dibaca dengan mudah.
Gagal pertahan kejuaraan. [Read more…] about Malaysia gagal pertahankan kejuaraan, tewas 0-1 Australia aff u18 2019(Well-done!)