Malaysia sudah melangkah ke peringkat separuh akhir. Apakah mampu untuk misi hari ini bertemu myanmar??
Perlawanan yang agak getir buat, penyokong rakyat malaysia. Mampukah skuad Ong Kim Swee ini berjuang tanpa herdikkan beliau pada perlawanan kali ini, gara-gara membantah keputusan pengadil pada perlawanan akhir kumpulan A ketika menentang Indonesia.
Hasil rayuan yang dibuat semalam dan yang pasti, Ong Kim Swee tidak bersama mereka, mungkin di dalam stadium memberi sedikit arahan melalui walkie talkie.
Mampu atau tidak, bukan lagi alasan. Pasukan kita sudah berada ditahap yang optimum, melalui graf perlawanan dari pertama hingga yang terakhir berlawan Indoensia. Pingat emas yang dimenangi 2 tahun lepas, harus dipertahanankan. Myanmar bukan satu kumpulan yang harus dipangang rendah. Mereka pasukan yang sama mata dengan Vietnam di kumpulan B, membezakan 3 gol jaringan (betulkan kalau salah). Dan tiada rekod kekalahan.
Pertahanan berjaga-jaga!!
Mengharapkan Muslim ahmad mengetuai dalam mengawal pertahanan bersama-sama yang lain. Khairul Fahmi lebih peka dan bersedia menghadapi serangan-serangan berbisa.
Serangan kasi tajam.
Izzaq faris, Nazmi, Baddrol bakhtiar harus mempunyai satu kesepakatan dalam merancang satu formula yang boleh menghasilkan gol. Bermain as a team adalah lagi bagus.
Keputusan terkini:
MALAYSIA U23 [1] VS [0] MYANMAR U23
tamat perlawanan (malaysia mara ke final)!!
Jaringan:
- Fakri Sha’rani (minit ke 85)
Info perlawanan:
- Malaysia u23 Vs Myanmar u23
- Lokasi : Stadium Bung Karno
- Masa: 5 PM (waktu malaysia)
- Live:RTM, TV3 dan ASTRO ARENA 801
Line Up malaysia u23:
GK – Fahmi,
DEF – Mahali, Muslim, Fadhli, Asra
MID – Nazmi, Baddrol, Irfan, Fakri, Fandi
ST – Syahrul.
Dah nak bermula!!! Nampak ong kim swee kat tepat penyokong. Huhu, sabar jerla.
Separuh masa pertama
Minit ke 1: Dah mula, myanmar terus mengasak. Syahrul buang bola ketepi. Hantaran kedalam buat myanmar.
Minit ke 3: Ruginya. Hampir nak gol tadi. Syahrul Azwari, kemudian Irfan Fazail. Hadui. Keeper myanmar cepat bangun. Cekap!!
Minit ke 7: Malaysia diasak, serangan banyak dibuat dari gerakan disebelah kiri.
Minit ke 9: Myanmar dah 2 corner. Bahaya seyh. Malaysia ditekan. Kena mark betul-betul pemain myanmar nih.
Minit ke 12: Sepakan prcuma buat myanmar. Pemain malaysia dipersalahkan. KFC cemerlang!!
Minit ke 13: Hantaran dari siapa kurang pasti. Tandukkan kurang kemas.
Minit ke 16: Rentak macam slow sikit. Bola banyak passing dibawah dari malaysia.Fakri sha’rani macam tak berapa tak menjadi. Mungkin menunggu izzaq faris masuk 2nd half.
Minit ke 20: Syahrul Azwari dibengkes oleh pemain mynamar pemain no19. Siapa ntah. Kecederaan yang agak serius nih. Macam mana nak lari nanti.
Minit ke 22: Penguasaan myanmar, memang nampak sangat dah nih. Apa yang terjadi. Alamak sepakan percuma buat myanmar. Mudah buat KFC tangkap bola lencong itu.
Minit ke 24: Irfan fazail sepak kemana tuh. Mula mengasak malaysia. Bagus. Cuma masih tidak kemas lagi.
Minit ke 27: Syahrul Azwari tak dapat nak berlari laju, tengokkan jer hantaran irfan fazail. Lagipun peluang agak tipis kalau kejar bola tuh.
Minit ke 29: Rugi!! Fakri sha’rani sikit lagi. Tampanan dah nak kena kepala keeper myanmar.
Minit ke 31 : Siapa pemain malaysia injured. Nazmi injured tempat kaki dia kena masa lawan indonesia.
Minit ke 34: Adui banyak masa dibuang. Semua stok injured jer. Baik dari malaysia mahupun Myanmar. Mungkin kualiti padang. Entahla.
Minit ke 36: Offside. Fakri sha’rani sudah berada kawasan depan. Cepat sangat.
Minit ke 40: Myanmar mula mengasak disebelah kanan. Berjaya mencuri bola. Muslim ahmad berjaya menyelamatkan keadaan.
Minit ke 43: Nazmi membuat terjahan pemain Myanmar. Sepakan percuma buat mereka. Alamak, bahaya!! Pertahanan malaysia kental.
Minit ke 45: 2 minit masa tambahan. Apa pun tak boleh.Baddrol Bakhtiar dilayangkan kad kuning. Tamat perlawanan.
Ulasan masa pertama:
Permainan agak slow , dengan banyak yang injured. Malaysia macam terikut rentak myanmar. Meletakkan fakri seorang didepan memang tak boleh untuk menghasilkan gol. Pertahanan sudah mantap. Muslim cemerlang di bahagian pertahanan.
Mungkin separuh kedua, malaysia akan cuba tukar strategi. Perlu bantuan serangan bahagian diatas. Kelemahan myanmar dibahagian pertahan memang jelas sebenarnya. Harus lakukan sesuatu.
Separuh masa kedua!
Minit ke 45: Syahrul Azwari membuat hantaran lintang. Fakri , tak berapa kemas tanduk.
Minit ke 46: Syahrul Azwari sekali lagi, membuat gerakan seperti jaringannya ketika lawan indonesia. Tetapi sepakan terlalu lemah dan jauh. Sikit jer lagi tuh.
Minit ke 48: Tandangan sudut buat Myanmar, bahaya!! Kena betul-betul mark. Pertahanan bagus , membuat clearance yang kemas.
Minit ke 49: Cross yang lemah dari Fakri Sha’rani. Hadui. Mengecewakan.
Minit ke 53: Pemain no 15, myanmar ada mengalami kecederaan. Masa berjalan.
Minit ke 56: Apa nih fakri???? Hadui. fail lah. tingal tanduk sikit jer lagi. Pertukaran pemain dari myanmar yang cedera tadi.
Minit ke 58: Fandi othman, hadui cross yang sikit jer lagi.
Minit ke 59: Ruginya peluang depan gol tadi, fandi cross tapi tak sampai ke syahrul azwari.
Minit ke 61: Akhirnya malaysia dapat sepakan sudut pertama. Tapi takda kesudahan.
Minit ke 63: Fakri sha’rani agak fail. Dah bagi cantik dari Mahali.
Minit ke 64: Nasib baik, KFC cemerlang. Fuhhh… Bahaya, sepakan sudut yang ke 5 buat myanmar dan pertukaran pemain. Gurusamy IN, Nazmi OUT.
Minit ke 65: Bahaya pertahanan malaysia, sebelah kanan. Alamak sepakan percuma buat myanmar. Harap KFC dan pertahanan berjaga-jaga. Sepakan terkena pertahanan malaysia.
Minit ke 68: Cuak gak nih. Adui masih takda gol dari malaysia.
Minit ke 71: Izzaq faris masuk, Syahrul Azwari OUT. Harap menjadilah!!
Minit ke 72: Sepakan percuma buat malaysia, tetapi kurang menjadi. Izzaq kurang kedepan sedikit jer lagi.
Minit ke 74: Sepakan sudut buat malaysia. Harap gol!!!
Minit ke 75: Izzaq dipersalahkan. Sepakan percuma buat myanmar. Penyokong indonesia semakin mula membanjiri stadium bung karno. Agak tertekan.
Minit ke 77: Fandi membuat cross tepat ke izzaq, tetapi tidak tepat. Rugi!!!
Minit ke 80: Mana gol nih?? Fakri mengalami kecederaan. Cemas sungguh.
Minit ke 81: Izzaq faris tak jadi cross. Adui.. Kemana bola tuh??
Minit ke 85: Fakkkkri golllllllll 1-0 .Cantik seyh!!!
Minit ke 88: Izzaq faris terlepas peluang, cross dari fandi. Lambat sikit jer.
Minit ke 90: 3 minit masa tambahan. Bahaya!!! Myanmar membuat serangan!! Izzaq mengalami kecederaan yang agak seruis. Adui….. sepakan sudut, buat myanmar. Jaga-jaga orang wei.
Minit ke 92: Cepat wei bertahan semua. Pemain myanmar kena kad kuning. Captaion pun kena kad kuning.
Minit ke 93: Malaysia menang!!! 1-0 tahniah, bakal bertemu indonesia atau vietnam. Kita tunggu jerlah.
Fakri , terima kasih. Dan juga semua pemain dan menyokong malaysia!!!
Nantikan keputusan terkini dan beberapa info-info tambahan dari segi gambar, video goal dan juga ulasan dari pengulas sukan amatur, zirkihusaini.com. Tunggu!! (games tamat. )
Share kepada rakan-rakan anda!!!!
hdn952 says
Semoga Malaysia.dapat bermain cemerlang..seperti waktu menentang Indonesia tempohari.cuma….Izzaq Faris tu rasanya kena rehatkanlah…..tak boleh buat apa-apa pun..tak kan nak jadi momok saje??
AnakWatan says
Hmmmmm.. siapa lagi nak jadi striker ni.. Tamil Arashu pun teruk masa lawan Kemboja.. Fakri Sharani pula kurang membunuh dan beremosi.. Izzaq Farris.. terang2 nampak tak leh menangani tekanan..
MDHAFiZ.NET says
expect the best from our young tigers!!
b3njy says
b3njy amat percaya Malaysia boleh mengalahkan pasukan Myanmar kerana pasulan Myanmar bukanlah penghalang besar bagi Malaysia … Untuk pasukan Malaysia teruskan perjuangan. Terima kasih.
Jai says
Aduhai, syial la Astro kat ofis xleh guna… Update2 zik, aku nak tak keputusan..he3
Norizwan says
harap Malaysia dapat bertahan…minit pertama dah kena gasak…kelam kabut juga ler pemain negara kita ni…
tehr says
laju je myanmar ni, bro
risau nyer aku nengok
Zik says
laju giler…. tapi pertahanan kita dah mantap…
titan says
aku dah agak.malaysia mesti dapat gol masa izzaq masuk nanti. Ternyata..membuahkan hasil…
tahniah malaysia!!
Zik says
percaturan yang menjadi….berlawan dengan indon masa final nanti.. tentunya sengit… player kita semua dah injured nih..adui…
Ali ridha says
”Myanmar bukan satu kumpulan yang harus dipangang rendah”
tersilap ejaan ni bro.
sekali dapat pangang.kalah juga Myanmar.
akubiomed says
Kemasukkan Izzaq merubah corak permainan skuad Harimau Muda. Tanniah kerana melangkah ke perlawanan akhir. Perak sudah hampir pasti hanya sedikit usaha diperlukan untuk mendapatkan kilauan emas.
meoora says
salam. bro nak tanya. dalam final game lwn indo nanti baddrol bakhtiar boleh main lg ke? sbb dia kan dah dpt 2 kad kuning lwn indo 1 n lwn myanmar 1.. ke sistem dia mcmn.. leh kasi tau tak??
Zik says
W’salam.. baddrol bakhtiar boleh main, sebab bila dah masuk ke semi final… kad kuning yang dalam peringkat kumpulan kira lupus… yang semi final.. kira kad baru satu.. melainkan dapat kad merah.. memang tak boleh main final..