Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Jadual perlawanan Bola Sepak u23 Sukan sea Philippine 2019

Jadual perlawanan Bola Sepak u23 Sukan sea Philippine 2019

Zik · Nov 1, 2019 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

sukan sea 2019, logo sukan sea 2019, philippines sea games 2019,

Jadual Perlawanan Sukan SEA 2019 (Lelaki)

Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee akan berdepan Myanmar (25 November 2019), Filipina (29 November 2019), Timor-Leste (2 Disember 2019) & Kemboja (4 Disember 2019).

jadual sukan sea bola sepak 2019, jadual bola sepak sukan sea Philippines 2019

Dua pasukan teratas layak ke separuh akhir.  

Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor-Leste bagi acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina, 26 November hingga 9 Disember 2019.

undian sukan sea 2019,

MALAYSIA ketika proses undian sukan sea bola sepak bawah u23 ,

keputusan undian sukan sea 2019

Ketika proses undian dijalankan pada 2 minggu lepas 15 oktober 2019. Malaysia diletakkan kumpulan A.

Sementara Kumpulan B pula menampilkan juara bertahan Thailand bersama-sama Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Malaysia pada edisi sebelum ini di Kuala Lumpur 2017 meraih pingat perak selepas tewas 1-0 kepada Thailand pada aksi final di Stadium Shah Alam.

Sukan SEA 2019 di Manila ini merupakan edisi kelima berturut (2011, 2013, 2015, 2017 & 2019) Kim Swee bertindak sebagai pengendali negara bermula dari edisi 2011 yang menyaksikan Malaysia berjaya meraih pingat emas di Jakarta.

“Jika dilihat di atas kertas, memang satu peluang cukup baik untuk kita layak ke peringkat seterusnya.

“Tapi kita tak boleh ambil mudah kerana pasukan lain sudah bersiap lebih awal, terutamanya dengan peraturan dua pemain lebih umur yang pasti akan memberi kekuatan seimbang kepada semua pasukan, lebih-lebih lagi tuan rumah, Filipina.

“Kita tak boleh memikirkan untuk pingat emas buat masa ini. Kita harus memikirkan bagaimana untuk layak ke separuh akhir dan bagaimana untuk kita bermain di separuh akhir dan layak ke final.

“Jadi untuk mendapatkan pingat, memang sasaran kita. Tapi biar kita tumpu terlebih dahulu peringkat kumpulan ini sebelum kita memikirkan lebih jauh,” kata Kim Swee mengulas mengenai keputusan undian, hari ini.

Skuad B-22 kebangsaan akan memulakan kem latihan pusat pada 4 November 2019 dan seterusnya mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan dan satu perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum berlepas ke Manila pada 23 atau 24 November 2019.

“Saya hanya akan putuskan senarai pemain terutama siapa dua pemain lebih umur selepas skuad kebangsaan (kendalian Tan Cheng Hoe) bertemu Indonesia pada 19 November 2019 kerana selepas itu baru saya dapat mengenalpasti pemain-pemain yang dapat menyertai skuad Sukan SEA ini,” jelas Kim Swee.

Daripada senarai 20 pemain yang beraksi pada Sukan SEA 2017, hanya tujuh pemain masih berusia 22 tahun dan ke bawah untuk dibawa ke Manila kali ini iaitu penjaga gol, Haziq Nadzli, Syahmi Safari, Syamer Kutty Abba, Danial Amier Norhisham, Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Jafri Firdaus Chew.

Sukan SEA 2019: Kita mampu raih pingat namun belum pasti warnanya – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee percaya skuad bimbingannya mampu merangkul pingat pada temasya Sukan SEA 2019, Filipina, penghujung tahun ini.

Menurut laporan daripada Harian Metro, beliau tidak dapat menjanjikan sebarang warna samada gangsa, perak ataupun emas. Namun, Kim Swee akan meletakkan 100% tumpuan untuk merangkul pingat emas.

“Kali ini pasukan B-23 ada peluang untuk raih pingat, tapi saya tidak boleh janjikan pingat apa. Sudah pasti setiap rakyat mahu emas,” katanya menerusi Harian Metro.

Bercakap mengenai persiapan skuad Sukan SEA, beliau mengakui sudah menyiapkan senarai awal melibatkan 40 pemain yang akan membawa cabaran temasya sukan dwitahunan asia tenggara tersebut.

Terdapat format terbaru bagi saingan Sukan SEA pada kali ini, setiap pasukan dibenarkan untuk membawa dua pemain lebih umur bagi mengharungi acara bola sepak.

Dan dalam kalangan 40 pemain tersebut, terdapat beberapa pemain lebih umur yang disenaraikan membabitkan posisi serangan, tengah dan pertahanan. Bagaimanapun, beliau masih merahsiakan pemain-pemain tersebut.

“Saya menyenaraikan kira-kira enam atau tujuh pemain lebih umur (sebagai persediaan) jika berlaku sebarang kecederaan. Ini memandangkan perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan hanya akan berakhir pada 19 November, beberapa hari sebelum kita berlepas ke Manila.

“Jadi, buat ini saya tidak boleh menamakan pemain yang lebih umur itu, tapi sudah pasti saya menyenaraikan pemain di bahagian serangan, tengah dan pertahanan dalam senarai 40 pemain yang sudah dipilih setakat ini,” katanya lagi.

Selain daripada itu, Kim Swee yang pernah membimbing skuad Harimau Muda merangkul pingat emas pada Sukan SEA 2011 menolak untuk menjawab soalan wartawan berkenaan bayangan kesebelasan utamanya pada temasya tersebut.

“Jika dilihat senarai pasukan kebangsaan, kita ada enam pemain bawah 22 tahun termasuk dua pemain lebih umur. Jadi, untuk dapatkan kesebelasan utama hanya pada sesi latihan nanti dan sebelum ke Manila,” jelasnya lagi.

Perlawanan pertama Harimau Malaya B-22 di Sukan SEA 2019 nanti akan berlangsung pada 25 November 2019 menentang Myanmar. Harimau Malaya akan mengharungi 4 perlawanan di peringkat kumpulan dan kalau Harimau Muda ini berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara atau pun naib juara, Harimau Malaya akan layak ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 Disember 2019. Di bawah ini korang boleh tengok jadual penuh perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA 2019.

jadual penuh sukan sea bola sepak malaysia sukan sea 2019, jadual bola sepak sukan sea 2019, sukan sea 2019,

Football at the 2019 SEA Games – Men’s Tournament

25 November 2019

Group A

Malaysia 1 v 1 Myanmar, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Philippines 1 v 1 Cambodia, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)

Group B

Vietnam 6 v  0 Brunei, Imus Grandstand and Track Oval, Imus (4:00 pm local time)


26 November 2019

Group B

Thailand 1 v 2 Indonesia, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Laos 0 v 0 Singapore, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)


27 November 2019

Group A

Myanmar 2 v 0 Philippines, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Cambodia 5 v 0 Timor-Leste, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)


28 November 2019

Group B

Vietnam 6 v 1  Laos, Binan Football Stadium, Binan (4:00 pm local time)

Brunei 0 v 5 Thailand, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Indonesia 2 v 0 Singapore, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)


29 November 2019

Group A

Timor-Leste 1 v 3 Myanmar, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Philippines 1 v 0 Malaysia, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)


1 December 2019

Group B

Thailand 3 v 0 Singapore, Binan Football Stadium, Binan (4:00 pm local time)

Laos 3 v 0 Brunei, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Vietnam 2 v 1 Indonesia, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)


2 December 2019

Group A

Malaysia v Timor-Leste, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)

Myanmar v Cambodia, Binan Football Stadium, Binan (8:00 pm local time)


3 December 2019

Group B

Indonesia v Brunei, Binan Football Stadium, Binan (8:00 pm local time)

Laos v Thailand, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Singapore v Vietnam, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)


4 December 2019

Group A

Cambodia v Malaysia, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Timor-Leste v Philippines, Binan Football Stadium, Binan (4:00 pm local time)


5 December 2019

Group B

Brunei v Singapore, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Indonesia v Laos, Imus Grandstand and Track Oval, Imus (4:00 pm local time)

Vietnam v Thailand, Binan Football Stadium, Binan (4:00 pm local time)


7 December 2019

Semi-finals 1, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Semi-finals 2, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)


10 December 2019

Bronze-medal match, Rizal Memorial Stadium, Manila (4:00 pm local time)

Gold-medal match, Rizal Memorial Stadium, Manila (8:00 pm local time)

BACA JUGA : KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN A SUKAN SEA BOLA SEPAK LELAKI PHILIPPINES 2019

BACA JUGA: KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN A SUKAN SEA BOLA SEPAK LELAKI PHILIPPINES 2019

Masa ni la kita boleh tengok bakat-bakat muda Harimau Malaya lakukan yang terbaik dan merampas kembali pingat emas yang kita dahagakan ibu segala pingat. Last kita menang pada 2011 di Indonesia. Itu jer yang kita ingat. Huhu.

 

Secara ringkasnya MALAYSIA KUMPULAN A : 

MALAYSIA VS MYANMAR  (25 November 2019), 4 PETANG

FILIPINA  VS MALAYSIA  (29 November 2019), 8 MALAM

TIMOR LESTE VS MALAYSIA  (2 Disember 2019) 8 MALAM

MALAYSIA VS KEMBOJA  (4 Disember 2019). 4 PETANG

SEPARUH AKHIR :
7 Disember 2019 JUARA KUMPULAN A VS NAIB JOHAN KUMPULAN B 03:00 PM
7 Disember 2019 NAIB JUARA KUMPULAN A VS JUARA KUMPULAN B 03:00 PM
AKHIR:
10 Disember 2019 3/4: TBA 2:00 PM
10 Disember 2019 JUARA DAN NAIB JUARA: TBA 03:00pm
*Tertakluk kepada pindaan sekiranya ada kita akan kemaskini dari semasa ke semasa, dari segi tarikh dan masa perlawanan.
*
Share this on WhatsApp

Sukan, Sukan Sea jadual pdf file sukan sea bola sepak u23 2019, jadual penuh perlawanan bola sepak sukan sea 2019, jadual penuh perlawanan sukan sea filipina 2019, jadual perlawanan bola sepak lelaki sukan sea 2019, jadual perlawanan sukan sea bola sepak 2019, jadual sukan sea bola sepak 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.