Misi terakhir dalam saingan piala afc u23 bertemu dengan pasukan China u23 yang merupakan pasukan pilihan untuk kumpulan ini. Misi wajib menang untuk mengesahkan tempat, sekiranya tewas atau seri memang boleh ucap selamat tinggal untuk kejohanan kali ini. Kalau entri yang lepas aku ada tulis pada at least seri, sebenarnya salah aku mohon maaf.
Perjalanan Harimau muda untuk perlawanan malam ini sangat berliku. Apakan daya kita sudah memilih jalan ini, tidak mendapat jumlah jaringan yang cukup besar untuk berada kedudukan yang baik berbanding china biarpun mata sama.
So fokus dengan perlawanan ini, untuk menang kita memerlukan sokongan padu dari pemain no12. Dan juga taktikal yang berkesan dalam perlawanan penting ini.
KEDUDUKAN KUMPULAN J:
- CHINA 6 MATA
- MALAYSIA 6 MATA
- LAOS 0 MATA
- PHILIPPINES 0 MATA
Laos dan Philippines sudah tersingkir dalam saingan ini. China dan Malaysia masih lagi keep it on this battle. Namun tekanan dibahu buat pasukan malaysia selaku tuan rumah pada perlawanan kali ini.
Capo laung bangsa final ,bangsa, burger, bangsa kuaci dan sewaktu dengannya datang ke stadium esok.
Tak kira kamu ultra ataupun tidak, kamu semua adalah Ekor Harimau Malaya. Bawak sifat bengis kamu dan “lemparkan” dalam bentuk sorakan di stadium esok.
Kita perlu menang, kita mesti menang, kita wajib menang! Hasut semua orang, kita penuhkan stadium!
— UM’07 ?? (@ultrasmalaya07) March 25, 2019
ESOK
Kelayakan AFC B-23
Malaysia vs China
8.45 mlm, Std Shah Alam
LIVE on Astro ArenaHarga Tiket:
RM20 (dewasa)
RM5 (Budak2 bawah 12 tahun)Jualan tiket di kaunter stadium dibuka esok pukul 12.00 tengahari. Ticket hotline tak boleh harap, tak boleh order langsung.
— Harimau Malaya (@harimaumalaya7) March 25, 2019
Tak kira kita adalah ultras malaya ke tidak, kita semua adalah Ekor harimau malaya yang mampu untuk memberikan tekanan kepada pasukan lawan. Kita pernah tewaskan pasukan juara piala ini, korea selatan 2-1. Disini maknanya tiada yang mustahil dalam apa jua keadaan. Nothing is impossible.
Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, mengisytiharkan misi wajib menang berdepan China dalam perlawanan terakhir Kumpulan J saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 Tahun 2020 malam esok susulan format pertandingan tampak tidak memihak skuad muda negara ketika ini.
Skuad negara perlu menewaskan China sebagai jalan paling selamat untuk layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan.
Perkara itu disedari Kim Swee setelah format pertandingan menetapkan keputusan menentang pasukan di tangga tercorot setiap kumpulan tidak akan dikira.
Ia berikutan penarikan diri Pakistan dalam Kumpulan F, sekali gus membuatkan Kim Swee enggan memikirkan keputusan lain selain kemenangan ke atas China.
“Saya tidak ingin memikirkan mengenai format saingan, kemenangan menjadi keutamaan dan ia sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan. Tetapi kami perlu menyediakan pelan jika gagal meraih kemenangan dalam perlawanan ini,” katanya.
Situasi itu berlaku gara-gara skuad muda negara gagal meraih kemenangan dengan jaringan besar ketika berdepan Laos di Stadium Shah Alam semalam.
Sebaliknya, anak buah Kim Swee itu bergelut untuk mengatasi lawan 1-0 dalam perlawanan yang menyaksikan jurulatih itu merehatkan beberapa tonggak utamanya.
“Untuk mengatasi China menerusi jumlah jaringan (ketika berdepan Laos), kami memerlukan 11 gol tetapi adakah ia satu keperluan untuk mengambil risiko menurunkan barisan yang telah kerap beraksi sementara kami bakal menghadapi aksi bertemu China?”
Kapten skuad B-23 negara, Safawi Rasid, menyifatkan penyokong sebagai sumber semangat untuk Malaysia menewaskan China dalam aksi terakhir Kumpulan J, Kelayakan Kejohanan AFC B-23 Tahun 2020 di Stadium Shah Alam, malam esok.
Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu melihat aksi berdepan China ibarat perlawanan final dan sekiranya terdapat ‘bantuan’ untuk Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir di Bangkok tahun depan, ia datang daripada penyokong.
Jelasnya, penyokong adalah satu daripada kelebihan yang dimiliki Malaysia sepanjang kempen kelayakan itu yang bermula Jumaat lalu.
“Sejujurnya, bagi saya kita ada banyak kelebihan… kita dapat beraksi di laman sendiri dengan sokongan penyokong sendiri. Perlawanan dengan China ini ibarat final, jadi saya dan kawan-kawan berharap kehadiran penuh penyokong di stadium dalam perlawanan ini,” katanya.
Dalam aksi menentang Laos semalam, Safawi menceriakan hampir 10,000 penyokong di Stadium Shah Alam selepas menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma pada minit ke-81 untuk membantu Malaysia mencatat kemenangan 1-0.
Safawi turut menggesa rakan sepasukan bangkit untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan skuad kendalian bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea, Guus Hiddink, itu.
“Bagi saya dan rakan-rakan sepasukan, kami akui ia (aksi menentang Laos) satu persembahan yang tidak memuaskan. Jadi, berdepan China, kami akan bangkit dan bermain dengan lebih baik daripada hari ini (Ahad) dan layak ke pusingan akhir,” tambahnya.
Sebagai rekod, China mengatasi Malaysia 2-1 dalam aksi persahabatan sebelum menghadapi Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Ogos tahun lalu yang menjadi pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.
Kemenangan ke atas China esok akan memastikan Malaysia mara ke pusingan akhir secara automatik dan dijangka berdepan peluang tipis mengesahkan slot jika gagal menundukkan China.
Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, memilih untuk berahsia dengan tidak membenarkan sebarang liputan media untuk sesi latihan taktikal menjelang aksi Kumpulan J saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 berdepan China, malam esok.
Kim Swee mengisytiharkan misi wajib menang berdepan China dalam perlawanan terakhir Kumpulan J susulan format pertandingan tampak tidak memihak skuad muda negara ketika ini.
Berkongsi enam mata, namun kelebihan jaringan yang dimiliki skuad bimbingan Guus Hiddink itu meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang sukar untuk melayakkan diri ke pusingan akhir di Bangkok, Thailand, tahun depan.
Menjelang sesi latihan terakhir sebelum menghadapi China, Kim Swee mengambil pendekatan untuk membuat persiapan secara tertutup hari ini tanpa memberikan ruang kepada pihak media demi memberikan tumpuan sepenuhnya untuk perlawanan di Stadium Shah Alam malam esok.
Pengendali skuad B-23 China, Guus Hiddink, tidak gentar dengan keupayaan skuad negara yang pernah mengejutkan beberapa pasukan handalan Asia.
Sebaliknya, bekas pengendali Chelsea itu teruja untuk berentap dengan skuad negara selepas anak buahnya tidak mendapat tandingan dalam dua perlawanan terdahulu.
“Mereka telah meraih keputusan positif dan ia membuktikan cabaran bakal dihadapi China. Ia juga merupakan satu pendedahan terbaik buat pasukan saya.
“Malaysia memiliki beberapa barisan pemain yang berkualiti dan saya teruja berdepan mereka,” kata Hiddink.
Skuad negara melakar sejarah dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang Ogos tahun lalu apabila menumbangkan juara bertahan, Korea Selatan, 2-1 hasil dua gol Safawi Rasid.
Mereka juga mencetus sensasi dalam Kejohanan AFC B-23 di China, Januari tahun lalu dengan mengejutkan Arab Saudi 1-0.
Hiddink, bagaimanapun, enggan menamakan pemain negara yang perlu diawasi, sebaliknya fokus terhadap persiapan pasukannya untuk pertemuan malam esok.
Hello. Okay, aku tengok lihat komen, rata-rata peminat tanah air tidak yakin dengan Harimau Muda. (tapi tak semualah. China membelasah Laos (6-0), Filipina (8-0). Malaysia mengalahkan Laos (1-0), Filipina(3-0). Jangan fikir itu, itu yang kita tertekan. Yang penting, perlawanan terakhir dalam group menentukan, just bagi support moral pun sudah cukup.
Biar aku bagi contoh ok.
Contoh :
Kelayakan Piala Asia B23 2018:
Indonesia (7) vs (0) Mongolia
Malaysia (2) vs (0) Mongolia
Tapi Malaysia kalahkan Indonesia, 3-0
Sukan Sea 2017
Myanmar (6) vs (0) Brunei
Malaysia (2) vs (1) Brunei
Tapi Malaysia kalahkan Myanmar, 3-1
Kelayakan Piala Asia 2018
Indonesia (8) vs (0) Brunei
Malaysia (1) vs (0) Brunei
Tapi Malaysia kalahkan Indonesia, 4-1
Percaya lah. Malaysia boleh tewaskan China.
Ini Kebarangkalian adalah strategi atau mahu memberi tekanan kepada pasukan China , ataupun perang psikologi.
Nantikannya live kita akan update malam nanti ok. Tunggu.
MALAYSIA VS CHINA PIALA AFC U23 KUMPULAN J :
KEPUTUSAN SEMASA,
MALAYSIA U23 [2] VS [2] CHINA U23
KEDUDUKAN KUMPULAN J:
- CHINA 7 MATA
- MALAYSIA 7 MATA
- LAOS 3 MATA
- PHILIPPINES 0 MATA
Leave a Reply