Misi terakhir dalam saingan piala afc u23 bertemu dengan pasukan China u23 yang merupakan pasukan pilihan untuk kumpulan ini. Misi wajib menang untuk mengesahkan tempat, sekiranya tewas atau seri memang boleh ucap selamat tinggal untuk kejohanan kali ini. Kalau entri yang lepas aku ada tulis pada at least seri, sebenarnya salah aku mohon maaf.
Perjalanan Harimau muda untuk perlawanan malam ini sangat berliku. Apakan daya kita sudah memilih jalan ini, tidak mendapat jumlah jaringan yang cukup besar untuk berada kedudukan yang baik berbanding china biarpun mata sama.
So fokus dengan perlawanan ini, untuk menang kita memerlukan sokongan padu dari pemain no12. Dan juga taktikal yang berkesan dalam perlawanan penting ini.
KEDUDUKAN KUMPULAN J:
- CHINA 6 MATA
- MALAYSIA 6 MATA
- LAOS 0 MATA
- PHILIPPINES 0 MATA
Laos dan Philippines sudah tersingkir dalam saingan ini. China dan Malaysia masih lagi keep it on this battle. Namun tekanan dibahu buat pasukan malaysia selaku tuan rumah pada perlawanan kali ini.
Capo laung bangsa final ,bangsa, burger, bangsa kuaci dan sewaktu dengannya datang ke stadium esok.