Perlawanan yang ditunggu-tunggu buat penyokong kelab JDT dan juga seluruh malaysia yang menyokong pasukan kelab sebagai wakil pasukan malaysia dalam meneruskan misi ke peringkat seterusnya biarpun kita tahu pasukan Urawa Red dari kelab jepun bukanlah lawan yang mudah untuk ditundukkan. Pemain sudah sampai sana , dekat 5-6 hari untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan iklim disana. Sudah sampai ke tahap ini pun sebenarnya sudah cukup bagus buat pasukan JDT. Tetapi bagi aku jika mahu pergi jauh, dengan segala persiapan dari segi pembelian pemain, JDT harus pergi jauh lagi, bukan hanya di setakat ini. Aku berpendapat, TMJ betul-betul mahu JDT pergi lebih jauh.
Oleh yang demikian ,pasukan juara liga super 8 kali ini Johor Darul Ta’zim (JDT) ternyata mereka berada dalam keadaan yang cukup competetif , dan sedia untuk mengejutkan juara ACL dua kali ini menentang Urawa Reds Diamonds di Stadium Saitama, Jepun, Jumaat ini. Dah tukar jurulatih baru, lebih aggrestif dari segi serangan sejak tukar dari Benjamin Mora. Beli pemain berkualiti,(import mari).
SENJATA RAHSIA JDT, MAMPU KECEWAKAN URAWA REDS!!
Malah, kelibat ‘senjata rahsia’ JDT di bumi Jepun iaitu Jordi Amat bakal memberi nilai tambah buat skuad Harimau Selatan itu terutama dalam mengukuhkan benteng pertahanan apabila berdepan juara dua kali ACL itu.
Berdasarkan rekod, Urawa Reds Diamonds pernah dinobatkan sebagai ‘Raja Asia’ apabila menjuarai ACL pada 2007 dan 2017, di samping turut pernah melakar sejarah memenangi tempat ketiga dalam saingan Piala Dunia Kelab Fifa pada 2007. Pencapaian gemilang wakil Jepun itu sudah pastinya memberi isyarat awal betapa sukarnya halangan yang bakal ditempuh oleh anak buah Hector Bidoglio nanti.
APA STRATEGI JDT KALI INI?
Begitupun, kehadiran Jordi yang disifatkan antara pertahanan berkelas dunia itu mampu membantu JDT dalam mengukuhkan benteng pertahanan. Pengalamannya beraksi di liga terbaik Eropah seperti La Liga di Sepanyol dan Liga Perdana Inggeris di England selama 12 tahun diharapkan dapat menghalang gerakan berbahaya penyerang Urawa Reds Diamonds. Jika dilihat kepada reputasinya, sudah tentu bukan satu masalah besar buatnya merantai tiga tonggak import lawan terdiri daripada Kasper Junker dari Denmark, di samping Alex Schalk dan Bryan Linssen yang kedua-duanya berasal dari Belanda. Dia dijangka bergandingan dengan seorang lagi pertahanan kental yang pernah beraksi di England, Shane Lowry.
Terdahulu, juara bertahan lapan kali berturut-turut Liga Super itu melakar sejarah apabila melepasi peringkat kumpulan ACL buat pertama kali selepas menjuarai Kumpulan I pada April lalu. JDT mengumpul 13 mata daripada enam aksi peringkat kumpulan untuk mengecewakan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai, kelab China, Guangzhou FC dan Kawasaki Frontale dari Jepun.
BUKAN TUGAS MUDAH TEWASKAN JDT, TETAPI TIDAK MUSTAHIL.-Jurulatih Urawa
Ketua jurulatih Urawa Red Diamonds, Ricardo Rodriguez mengakui pertembungan dengan JDT bukanlah satu tugas yang mudah. Perlawanan pusingan kalah mati ini bakal menjadi penentu bagi pasukan untuk layak ke suku akhir namun beliau sedar cabaran sengit yang bakal dibawa oleh pasukan Harimau Selatan ketika berkunjung ke Jepun.
Mengulas lanjut, pengendali berusia 45 tahun itu mengakui dua kemenangan terakhir pasukannya menjadi tonik terbaik untuk kembali ke landasan yang tepat bagi berdepan JDT esok.
“Ia sangat penting buat kami untuk sampai ke tahap ini dan kini kami perlu mempamerkan satu persembahan yang baik ketika berdepan JDT.”
“Bermain selaku tuan rumah sudah semestinya baik tetapi kami perlu bekerja keras dan beraksi dengan sebaik mungkin kerana tahap semua pasukan adalah tinggi,” jelasnya.
Rodriguez juga mengakui beliau teruja dengan kemajuan mendadak yang dipamerkan oleh anak buah Hector Bidoglio dan mahu memastikan para pemainnya waspada dengan aksi JDT nanti.
“Johor sudah mengalami prestasi yang mengejutkan dan ianya naik mendadak sejak tahun 2015 dan mereka mempunyai pemain tempatan dan import yang berkualiti.”
Beliau juga tidak menjangkakan satu perlawanan yang mudah kerana JDT sudah pun mengalahkan pasukan terbaik di Jepun dan Korea sekaligus membuatkan mereka lebih berhati-hati.
KEPUTUSAN TERKINI JDT VS URAWA REDS DIAMOND ACL SUKU AKHIR 19.8.2022
LIVE STREAMING JDT VS URAWA REDS DIAMOIND 19.8.2022
nantikannya .. tonton disini..
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply