Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / ACL / JDT DILAUKKAN DENGAN URAWA REDS 0-5. ACL 19.8.2022

JDT DILAUKKAN DENGAN URAWA REDS 0-5. ACL 19.8.2022

Zik · Aug 20, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

JDT 0-5 URAWA REDS DIAMONDS

KEPUTUSAN PENUH :

JDT 0-5 URAWA REDS DIAMOND

Jaringan oleh :

  • Alexander Scholz 8″ Penalty
  • David Moberg Karlsson 19″ , 39″
  • Kasper Junker 84″ ,90+1″

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menempa satu lagi sejarah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 tidak kesampaian apabila dibelasah wakil Jepun, Urawa Reds Diamonds 5-0 pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Saitama, sebentar tadi.

Jauh jurang beb , bila tengok game play Urawa Reds Diamonds yang lebih laju dan aggresive berbanding JDT. Farizal Marlias agak terkejut agaknya. Biasa dekat liga super banyak rileks, kali ini terkial-kial kena bertalu-talu serangan demi serangan. Kena penalti satu, bola mati (free kick) fuhh cantik beb . Separuh masa pertama, JDT 0-3 URAWA REDS DIAMONDS. Pemain jdt belum settle down dalam 20 minit pertama.

Skuad Harimau Selatan berdepan cabaran besar untuk menyaingi juara Asia dua kali itu selepas dibolosi dua gol menerusi sepakan penalti dan sepakan percuma hanya dalam tempoh 20 minit pertama. Jelas kedudukan Urawa Reds yang terkenal dengan julukan ‘Red Devils’ yang ketika ini menghuni tangga ketujuh Liga J bukanlah satu ukuran kepada kemampuan sebenar mereka untuk turun menentang JDT yang juga pendahulu Liga Super.

TETAP OPTIMIS JDT AKAN BANGKAT KEMBALI UNTUK TAHUN MENDATANG!!

Apapun, pencapaian JDT sebagai pasukan pertama dari Malaysia layak ke pusingan 16 terbaik saingan elit itu sudah dianggap sebagai satu sejarah yang patut dibanggakan. Separuh masa kedua, jdt sudah cuba membuat serangan tetapi tidak berhasil ada satu peluang tetapi pemain pertahanan dapat tahan tandukkan dari Fiorestri masa keeper Urawa dah tertewas.

Permulaan baik ditampilkan JDT apabila mereka berjaya menghantar amaran awal menerusi percubaan jauh Arif Aiman Hanapi pada minit kedua yang ‘menggetarkan’ tangan penjaga gol Urawa Reds Diamonds, Shusaku Nishikawa.

Namun malang itu tak berbau, apabila rentak positif itu direncatkan selepas Urawa Reds Diamonds dihadiahkan sepakan penalti pada minit keenam susulan kekasaran Farizal Marlias ke atas Yusuke Matsuo. Pertahanan, Alexander Scholz yang ditugaskan mengambil sepakan penalti tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan peluang keemasan yang dimiliki sekali gus meletakkan mereka di depan dengan 1-0.

Gawang JDT ‘bocor’ lagi pada minit ke-18, kali ini menerusi sepakan percuma menarik daripada Jens Karlsson yang sempat ‘mencium’ palang sebelum menewaskan Farizal buat kali kedua dalam perlawanan itu. Berkelebihan dua gol, Urawa Reds belum mahu mengendurkan asakan dan terus berpesta apabila menambah gol ketiga menerusi Karlsson pada minit ke-39.

Bersambung babak kedua, JDT tampil dengan lebih baik namun pemain gantian Urawa Reds, Kasper Junker menambah derita JDT dengan dua lagi gol (m86) dan (m90) untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Share this on WhatsApp

ACL, Sukan JDT DILAUKKAN DENGAN URAWA REDS 0-5. ACL 19.8.2022, jdt tewas 0-5 denga urawa reds 20.8.2022, jdt tewas teruk 0-5 vs urawa reds diamonds 19.8.2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.