Kekalahan Kedah 1-2 dengan PSM Makassar tempohari ditebus oleh pasukan Kuala Lumpur city semalam. Masih ada wakil dari pasukan malaysia, untuk meneruskan perjuangan piala AFC. Kuala Lumpur City FC (KL City) mara ke final zonal Piala AFC dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC 7-6 melalui penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan (masa tambahan).
SEPARUH MASA PERTAMA TIADA JARINGAN DIHASILKAN.
Viettel bermula dengan high pressure apabila menguasai perlawanan dalam tempoh 10 minit pertama, dan berjaya melepaskan beberapa percubaan namun benteng KL City dilihat ampuh bertahan.
Peluang keemasan KL City hadir pada minit ke-32 melalui sepakan percuma dari Paulo Josue namun pernjaga gol Viettel berjaya menumbuk keluar. Viettel yang dilihat lebih banyak penguasaan bola dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek namun tetap menemui jalan buntu untuk menjaringkan gol.
SEPARUH MASA KEDUA , JUGA TIADA JARINGAN.
Bersambung babak kedua, Viettel terus mempamerkan corak permainan dengan penguasaan penuh manakala KL City lebih gemar menanti untuk serangan balas.
KL City hampir mengejutkan Viettel apabila pada minit ke-75 Romel Morales membuat tandukan mengelirukan namun penjaga gol Viettel berjaya menafikan percubaan tersebut.
Di penghujung perlawanan kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan dengan saling menyerang namun kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga wisel 90 minit permainan ditiup sekaligus membawa perlawanan ke masa tambahan.
MENGEHERET KE MASA TAMBAHAN
30 minit masa tambahan memperlihatkan Viettel lebih banyak mengasak ke kubu KL City dengan KL City masih bergelut untuk melepaskan percubaan ke gawang Viettel. Ryan Lambert mempunyai peluang keemasan pada minit ke-106 namun rembatan derasnya berjaya diselamatkan penjaga gol.
PENENTUAN SEPAKAN PENALTI, KL CITY MENANG 7-6.
Kedua-dua pasukan buntu dan perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti. Agak cemas keadaan masa Irfan Zakaria tak gol. Bola melambung tinggi. Kita pun macam dah pasrah. Tetapi masa tuh, keeper KL city, Azri Ghani tenangkan member yang tengah down gila. Sepakan keempat kelab vietnam , pemain mereka pun tak gol, bola terkena palang gol. Fuhh nasib baik, masih ada peluang. Azri Ghani menjadi wira menyelamatkan sepakan penalti ketujuh Viettel sekaligus membawa KL City mara ke final.
Kuala Lmpur city akan bertemu dengan PSM Makassar di KL nanti. Kita akan kemaskini info lanjut.
Leave a Reply