GILA!
Bukan satu usaha yang mudah untuk sampai ke peringkat separuh akhir. Dengan bajet yang tak berapa nak ada, tetapi Kuala Lumpur city tetap optimis dengan sentuhan ajaib Bojan Hodak , KL City berjaya melangkah ke final bertemu dengan kelab dari negara arab Oman , Al Seeb menewaskan pasukan lawan dari negara bahrain Al Riffa 4-0 beb. Ada takut sikit final nanti, tetapi sekarang ini kita raikan kemenangan pasukan Kuala Lumpur city mara ke final pial afc edisi 2022.
SEMUA BERHAK DAPAT KREDIT.
Bukan bojan Hodak semata-mata, banyak element dan faktor kemenangan dalam pertembungan pasukan Sogdiana pada malam tadi. Barisan kejurulatihan, staf, pemain, penyokong, dan juga pengerusi , Bernard, dan juga big boss besar, Datuk Shahidan , semua tuh duit kena sediakan. Semua lah terlibat suka duka dari peringkat kumpulan, sampailah ke semi final dan nanti final pulak kita akan hadap.
Kuala Lumpur City FC (KL City) membuat kejutan sekali lagi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memenangi saingan itu pada 2015 yang lepas.
SENGIT TANPA JARINGAN.
Dalam aksi final Antara Zon menyaksikan anak buah Bojan Hodak mengejutkan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana dengan kemenangan menerusi penentuan penalti 5-3 selepas terikat tanpa jaringan dalam masa 120 minit di Kompleks Sukan Sogdiana, Jizzakh di Uzbekistan, sebentar tadi.
Kejayaan itu membolehkan KL City menempah pertemuan dengan kelab dari Oman, Al Seeb yang menewaskan Al Riffa dari Bahrain dengan 4-0 dalam aksi final Zon Barat, dengan final dijadual berlangsung pada 22 Oktober ini.
SEPARUH MASA PERTAMA
Babak pertama berlangsung perlahan dengan kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati dalam mengatur asakan ke kubu lawan. KL City tampak seperti tidak berminat untuk mengatur asakan dan hanya membiarkan Sogdiana mengawal hampir keseluruhan perlawanan dari awal aksi. Seawal minit ke-2 tuan rumah sudah membuat percubaan ke gawang KL City yang dikawal Kevin Mendoza menerusi percubaan Jasur Khasanov yang dihadang sebelum dua minit kemudian sepakan kaki kiri penyerang, Shokhruz Norkhonov sedikit tersasar di sebelah kanan gawang gol.
Seperti biasa, ‘The City Boys’ hanya menanti lawan membuat kesilapan terutamanya di zon middle third untuk mereka melancarkan counter attack. Pasukan lawan, Sogdiana lebih aggresif (high pressing) apabila beberapa kali membuat percubaan, namun penyudah kurang tajam. Antaranya percubaan Sardor Qulmatov di minit ke-13 yang tersasar selain diselamatkan Mendoza pada minit ke-19 .
Sebelum itu, Skuad The City Boys yang menewaskan kelab India, ATK Mohun Bagan 3-1 di separuh akhir memberi ancaman menerusi tandukan Giancarlo Gallifuoco hasil sepakan sudut di minit ke-28 sedikit tinggi melewati palang gol.
Norkhonov sekali lagi memiliki peluang meledak pada minit ke-33, namun percubaannya terlampau kuat sehingga tersasar jauh dari gawang pelawat. Mereka mencipta tiga percubaan tepat di babak pertama, namun gagal menggegar gawang pelawat yang dikawal Mendoza dengan cemerlang. KL City pula hanya memiliki satu peluang di babak pertama menerusi tandukkan pertahanan, Giancarlo Gallifuoco yang tersasar dari gawang.
Peluang kedua hadir di minit 40 apabila serangan balas pantas hampir memerangkap benteng tuan rumah namun hantaran lintang Kamal Azizi gagal dibaca ketua pasukan Paulo Josue yang hanya memerhatikan lorongan itu. Dua minit kemudian, PFC Sogdiana yang muncul naib juara Liga Super Uzbekistan pada musim lalu hampir memecah kebuntuan menerusi rembatan luar kotak penalti namun berjaya ditampan Kevin Ray Mendoza.
SEPARUH MASA KEDUA.
Di babak kedua, sepakan percuma diperolehi KL City di minit 63 mencemaskan kubu tuan rumah yang menyaksikan situasi kelam kabut di depan gawang tetapi gagal dimanfaatkan. Romel Morales hampir mencetak nama selaku penjaring namun percubaannya tersasar di minit 79.
MASA TAMBAHAN, BUNTU JUGA JARINGAN DIHASILKAN.
Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan dengan PFC Sogdiana memiliki banyak peluang tetapi dihampakan oleh ketangkasan Mendoza dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
PENENTUAN PENALTI, KL CITY LEBIH SOLID. MENANG 5-3.
KL City lebih bersedia dalam penentuan penalti kali ini, walaupun pasukan lawan dah tukar penjaga gol, kita pun macam cuak juga. Tetapi Kevin Mendoza lebih tenang, sebab dia dapat menyelamatkan satu sepakan lawan, manakala kesemua sepakan pemain KL City berjaya menerjah jaring untuk kemenangan 5-3.
TAHNIAH SEKALI LAGI DIUCAPKAN BUAT KUALA LUMPUR CITY .
jangan lupa pentas akhir nanti.
Tarikh , Perlawanan Akhir Piala AFC 2022.
KUALA LUMPUR VS AL SEEB FINAL AFC 2022
LOKASI: STADIUM KUALA LUMPUR.
MASA : 9 MALAM
TARIKH : 22 OKTOBER 2022


Leave a Reply