• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / KUALA LUMPUR CITY JUARA PIALA MALAYSIA 2021!! TAHNIAH

KUALA LUMPUR CITY JUARA PIALA MALAYSIA 2021!! TAHNIAH

Zik · Dec 1, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala malaysia

Kuala Lumpur berada di kelas yang tersendiri apabila berjaya menewaskan pasukan Kuala Lumpur city pada perlawanan sebentar tadi di stadium keramat bukit Jalil 30 November 2021. 2 gol sudah cukup menewaskan Ego Harimau Selatan yang akhirnya rebah dipentas akhir.

Pasukan KL city yang pada awalnya disifatkan sebagai ‘underdog’ di pentas final, pasukan kendalian Bojan Hodak itu menundukkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.  Kejayaan ini sekaligus menamatkan penantian 32 tahun KL City menjulang Piala Malaysia.

Secara keseluruhannya memang permainan di kuasai oleh jdt pada separuh masa pertama , serangan bertali arus. tetapi tiada penyudah yang tajam dapat menewaskan pasukan kl. Ada satu serangan  , pada minit ke 15 kalau tak silap , sepakan bergson dah meluncur ke sebelah kiri gawang, tetapi dinafikan terkena tianglah pulak.

KEPUTUSAN PENUH

KUALA LUMPUR 2-0 JDT

Jaringan oleh :

  • ZHAFRI YAHYA 66″
  • PAULO JOSUE 74″

 

Separuh masa kedua, barulah kita nampak apa perancangan taktikal yang cuba Bojan Hodak terjermahkannya. Pada minit ke 66, selang ketika serangan demi serangan dari KL city yang sudah mula garang. Zhafri Yahya  menjaringkan gol pembukaan kl CITY  hasil dari umpanan J Partiban dari sebelah kiri cross yang tidak di cabar oleh pertahanan jdt memberi ruang kepad Zhafri yahya menjaringkan gol menewaskan farizal yahya yang tertewas.

https://zikrihusaini.com/wp-content/uploads/2021/11/gol-zhafri-yahya-Twitter-Search-_-Twitter_2.mp4

Dengan gol pertama itu, KL City tidak berputus asa menggandakan asakan.  Menambah lagi luka JDT yang mencari gol penyamaan, ternyata gagal. Gol berpunca dari hantaran tepat dari hadin kepada Kapten KL city, Paulo Josue yang tidak dijaga dengan baik terus merembat gawang jdt sebelah kanan,  menjaringkan gol kedua pada minit ke-74. Jaringan itu jelas membuatkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) tertekan dan perlu bangkit segera.

https://zikrihusaini.com/wp-content/uploads/2021/11/Malaysian-Football-League-@MFL_MY-_-Twitter.mp4

Tetapi gagal untuk mencari gol , satu pun susah. Banyak percubaan digagalkan oleh keeper kl city, Mendoza memang cekap beb. Cemerlang dia game pada malam ini.  90 minit keputusan kekal 2 kosong.

Tahniah buat KL city yang telah lama kemarau kemenangan Piala selama 32 tahun beb. Tahniah semua, barisah kejurulatihan, pemain, dan juga tidak lupa kepada semua penyokong. Kepada pasukan JDT , pun tahniah juga sebab beri saingan yang cukup baik buat KL city, bukan bermaksud jdt tidak hebat, tetapi mungkin ada beberapa part yang menjadikan serangan jdt kurang menyengat , sebab tinggal finishing jer , kalau finishing menjadi, game dah jadi lain pada malam ini.

shukor adan

Hadiah persaraan Shukor adan.

Dia pun masuk dah minit-minit kecederaan, dan dia kata ini adalah perlawanan terakhir beliau sekiranya KL city menjulang piala malaysia kali ni. Nampaknya betul.

shukor adan
Apa-pun Kuala Lumpur city Julang piala malaysia 2021.
kuala lumpur city julang piala malaysia 30.11.2021
Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan keputusan kl city vs, kl city juara piala malaysia 2021, kl city julang piala malaysia 2021, KUALA LUMPUR CITY JUARA PIALA MALAYSIA 2021!! TAHNIAH, kuala lumpur tewaskan jdt 2-0 piala malaysia 30.11.2021

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss