Agak cemas, masa PSM dah cuba comeback pada minit 60 lebih kejar 2-3. Namun tekanan yang dihadapi oleh anak buah Bojan Hodak tidak mematahkan semangan KL sampai mati untuk meneruskan perjalanan peringkat seterusnya dalam kempen piala afc 2022 ini. 3 gol lagi dijana pada perlawanan separuh masa kedua, 2 penalti dan satu gol oleh kapten KL Paule Jousle.
KEPUTUSAN PENUH
KUALA LUMPUR CITY 5-2 PSM MAKASSAR
Jaringan oleh :
- Romel Morales 33″
- Jordan Mintah 45″
- Paulo Josué 52 Penalty, 84″
- Yakob Sayuri 58″ PSM
- Akbar Tanjung 63″ PSM
- Hadin Azman (Penalti) 90+3″
Wakil Malaysia di pentas AFC, Kuala Lumpur City FC bermain cukup baik, apabila mereka berjaya menjinakkan pasukan PSM Makassar dengan keputusan 5-2. Pasukan kendalian Bojan Hodak turun dengan persembahan terbaik apabila berjaya membariskan hampir semua pemain terbaik pada malam ini.
Kl CITY yang “bersemangat KL sampai mati” jelas berada dalam keadaan terbaik apabila mereka mendominasi permainan seawal minit pertama perlawanan. Semangat juang para pemain bermula menerusi beberapa percubaan berbahaya dilancarkan ke arah gawang pasukan pelawat pada 15 pertama permainan. Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila gerakan yang direncanakan dari serangan balas akhirnyamembuahkan hasil, pada minit ke 33″ Raul morales yang menjaringkan gol di hadapan pintu gol, setelah di asak bertubi-tubi sebelah kiri, kanan dan tengah morales terus rembat bola tuh masuk dalam!!!
GOL SEMANGAT, KEDUA KL CITY.!!
Hasrat anak didik Bernardo Tavares untuk memperoleh gol penyamaan terbantut apabila serangan balas yang mula direncakan oleh kapten pasukan, Paulo Josue yang melorongkan bola kepada Romel Morales. Beliau membuat satu lorongan kepada Jordan Mintah yang mudah meledak gol kedua pasukan. Bersambung babak kedua, KL jelas amat bertenaga apabila mereka terus memburu gol ketiga pasukan.
Hasilnya, sepakan penalti diberikan selepas pertahanan PSM Makassar bertindak secara melulu sebelum sepakan tersebut mudah disempurnakan oleh Paulo Josue.
PASUKAN PELAWAT TIDAK PATAH SEMANGAT, COMEBACK 2 GOL.
Pasukan pelawat tidak berpatah semangat apabila serangan daripada bahagian kiri padang memberikan gol pertama pasukan yang dijaringkan oleh Yakob Sayuri. PSM memperoleh gol kedua menerusi sepakan sudut yang dijaringkan dengan mudah menewaskan Azri Ghani.
KL CITY TERUS ASAK , JAUHKAN JURANG GOL PSM MAKASSAR 3 GOL.
KL City menambah duka wakil Indonesia ini menerusi gol jaringan Paulo Josue pada minit ke-85. Gol kelima dijaringkan oleh Hadin Azman melalui sepakan penalti untuk melengkapkan malam bergaya KL City. Yang mana ketika itu Jordan disebelah sayap kanan memgelecek bola, penjaga gol buat tackle keatasnya.
Keputusan kekal hingga tamat wisel permainan sekaligus menyaksikan KL City menjurai zon ASEAN. Panjang lagi perjalanan pasukan KL city ini. Bojan Hodak kena fikir lain lagi strategi untuk bertemu dengan pasukan lawan yang akan bertemu dalam peringkat zon asia, timur tengah ke apa aku kurang pasti.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply