• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kekeluargaan / KINI HANYA DI HUJUNG JARI SUAMI SAHAJA , ISTERI DICERAIKAN!

KINI HANYA DI HUJUNG JARI SUAMI SAHAJA , ISTERI DICERAIKAN!

Zik · May 26, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp
cerai,
Ini benda baru yang kita kena ambil berat terutamanya yang sudah berumah tangga. Memang, zaman sekarang zaman canggih. Disebabkan zaman canggih kita juga akan ada terima tempiasnya dari segi positif dan negatifnya. Namun dari segi institusi kekeluargaan, ada beberapa perkara yang kita kena ambil kira. Kita ambil perihal cerai melalui applikasi whattsap dan sebagainya.  Ikuti apa kata kes peguam yang selalu terima aduan sekarang ini.
Kini semudah ABC , isteri diceraikan. Rata-rata kami menerima aduan yang sangat ramai sehingga lambakkan berkaitan isu percerian yang berlaku di rumah melalui smartphones masing-masing. Dalam hal ini, Mahkamah Syariahlah yang menjadi tempat rujukan untuk mengesahkan sama ada perceraian berbentuk media elektronik ini khususnya melalui applikasi whatsapp, telegram dan sebagainya  adalah menepati rukun sah talaq atau tidak sah.

Bahawa dalam menentukan pensabitan talaq, Mahkamah Syariah satu-satunya sahaja yang berbidang kuasa untuk MENGESAHKAN lafaz cerai yang telah dilafazkan oleh seorang suami dan bukanlah tok imam, tok khadi ataupun mana-mana individu lain yang boleh berteka teki tentang isu hukum syarak.

Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang perlu kita fokus , sentuh dan faham berkaitan dengan suami yang “suka” bermain dengan Talaq walaupun terdapat larangan yang wajar serta jelas dalam syarak. Contohnya mesej yang kami terima adalah seperti ayat berikut :  “aku ceraikan kau, dan buatlah haluan masing-masing”

Berdasarkan sebuah Hadith daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ” Tiga perkara yang seriusnya dilakukan dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya akan dianggap menjadi bersungguh-sungguh iaitu Nikah, Cerai dan Ruju’ semula (selepas mentalaqkan)”. – [ Hadis Riwayat Abu Daud ]

Hadith di atas telah dengan tegasnya menjelaskan bahawa terdapat TIGA perkara yang dilarang bermain atau bergurau oleh kerana gurauan tersebut akan dihukumkan sebagai kata asal tanpa mengambil kira sebarang niat bermain-main atau bergurau senda.

Tetapi anda wajib tahu perceraian melalui media elektronik khususnya berbentuk tulisan (SMS) hendaklah diteliti dan dilihat dengan lebih terperinci. Talaq yang menggunakan teknologi terkini seperti SMS, email dan sebagainya yang berbentuk (telekomunikasi/elektronik) adalah tidak menepati adab asal perceraian dalam syarak dan talaq melalui SMS ini lebih cenderung dikategorikan kepada talaq secara kinayah (kiasan) iaitu perlu melihat kepada niat asal suami yang ada makna talaq.

Terdapat DUA jenis bentuk talaq iaitu lafaz sarih (jelas dan nyata) ataupun lafaz kinayah (kiasan) merujuk kepada niat yang mempunyai makna talaq oleh si pelaku.

Oleh itu, persoalannya sekarang sama ada jatuh talaq atau tidak ? OK. Talaq melalui tulisan adalah bergantung kepada rukun-rukun dan syarat-syarat utama sama ada telah dipenuhi syarak atau pun tidak. Rukun talaq adalah terbahagi kepada lima iaitu; Al-Mutallaqalaih (Orang yang melafazkan/suami),  Sighah (lafaz talaq), Al-Mahal (Orang yang ditalaq/Isteri), Al-wilayah (kekuasaan), Al- Qasd (niat).

Hendaklah diteliti selanjutnya bahawa penulisan sms tersebut benar-benar dari suami (bukan orang lain yang tulis/taip), serta ayat cerai penulisan SMS tersebut adalah dari suami, sebetulnya memang suami mempunyai niat tanpa sebarang paksaan dan halangan (kekuasaannya), dan terakhir sekali yang diceraikannya itu adalah isterinya sendiri bukan isteri orang lain (isterinya yang baca sms).

Jika memenuhi kesemua syarat di atas, maka boleh terjadinya tertalaqlah atau tercerailah isteri tersebut berdasarkan jumlah talaq yang dilafazkan oleh suami. Hendaklah ditegaskan di sini,  perceraian berbentuk penulisan ini, suami hendaklah berlaku jujur, amanah dan mengaku benar sekiranya benar walaupun pahit keputusannya didengar dalam Mahkamah nanti. Biarlah mengaku benar tanpa menipu di dunia , asalkan selamat badan diakhirat kelak.

Maka wajib ditegaskan di sini bahawa perceraian melalui penulisan SMS ini, suami hendaklah hadir bersama-sama isteri ke Mahkamah Syariah untuk memfailkan kes Pengesahan Lafaz Cerai menurut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam serta pada waktu perbicaraan hendaklah masing-masing memberi keterangan yang sewajarnya di hadapan Hakim Syarie. Hendaklah berada dalam keadaan tenang.

Tanpa kehadiran Suami, ia akan memberi kesan besar kepada kes pengesahan lafaz cerai. Jika suami tidak mahu ke Mahkamah Syariah apa isteri perlu buat? OK, Hendaklah si Isteri boleh hadir ke Mahkamah Syariah untuk memfailkan kes Pengesahan Lafaz Cerai secara sendirian terlebih dahulu.

Wahai isteri, janganlah hanya terus menerus menunggu suami untuk memfailkan kes di Mahkamah ya, ini melibatkan iddah kamu, maka kamu berhak bertanggungjawab ke atas diri kamu sendiri. Tanpa membuat kes Pengesahan Lafaz Cerai, kamu tidak boleh meneruskan kes perceraian lain di Mahkamah kelak jika berhasrat untuk memfailkan kes perceraian yang lainnya.

Seharusnya diingatkan bahawa talaq tidak sepatutnya di buat mainan atau gurauan. Jika betul bersama-sama hendak bercerai, gunalah saluran yang betul. Seorang suami sebaiknya mempunyai sifat bertanggungjawab dalam menjaga iddah isterinya sepertimana disarankan di dalam syarak.

Akhir kata “Ambil Isteri dengan cara baik , pulangkan semula dengan cara baik” iaitu sudah bernikah di hadapan Qhadi dengan baik mengikut prosedur yang telah ditetapkan, jika hendak bercerai mengadulah di Mahkamah Syariah dan lafazkanlah dengan cara baik serta ada kebenaran oleh Hakim Syarie. Waallahua’lam.

“JANGANLAH MEMPERMUDAHKAN AGAMA SEHINGGA MENAMPAKKAN RINGANNYA SESUATU HUKUM..”

Kiriman.

Amalina Adam
[Peguam Syarie Kedah / Pulau Pinang]
FB page : Peguam Syarie : Amalina

 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kekeluargaan isteri diceraikan melalui whattsap, ISTERI DICERAIKAN!, KINI HANYA DI HUJUNG JARI SUAMI SAHAJA

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. ISU RUMAHTANGGA : TINGGALKAN “PANGKAT” DI PEJABAT – Zikri Husaini says:
    June 9, 2020 at 2:41 pm

    […] Baca juga : Hanya di hujung jadi,Isteri diceraikan.  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: