• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kekeluargaan / Pesalah Kasih? Sayang Tetapi Benci

Pesalah Kasih? Sayang Tetapi Benci

Zik · Jun 14, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

orang ketiga,

Isu orang ketiga-Rumahtangga.

Kali ini saya mempunyai kelapangan untuk menceritakan tentang isu “Orang Ketiga” yang seringkali menjadi “Pesalah Kasih” atau “Pesalah Cinta” dalam sesebuah rumahtangga yang harmoni. Adakah benar-benar mereka ini wajib dipersalahkan? atau yang wajib dipersalahkan adalah “Orang Kedua” sebenarnya? atau kedua-duanya sekali wajib dipersalahkan? Siapakah pula “Orang Kedua” ini? Kini bukan lagi dipertontonkan hanya dalam sinetron mahupun drama ‘latin’ yang berpanjangan, namun menjadi kenyataan yang sebenarnya telah berlaku dalam norma kehidupan masyarakat kita ketika ini. Tambahan pula, keadaan semakin parah apabila timbulnya isu “Orang Ketiga” maka masing-masing akan membuka kisah silam mereka secara berleluasa di media sosial. Apakah yang terjadi? dan Bagaimana pula “Pesalah Kasih” ini boleh membebaskan dirinya sebebas-bebasnya? Baiklah.

Sebenarnya pelbagai alasan untuk menjadi seorang “Pesalah Kasih” ataupun “Orang Ketiga” dalam sesebuah perhubungan pasangan terutamanya yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Kini tidak lagi hanya dikhaskan kepada wanita sahaja malah lelaki pun semakin memberanikan diri merebut posisi sebagai “Orang Ketiga”. Pendapat saya mudah sahaja tentang isu “Pesalah Kasih” ini iaitu kewujudan “Orang Ketiga” disebabkan terbentuknya ruang dalam sesebuah rumahtangga oleh pasangan kelamin itu sendiri sehingga diri mereka sebenarnya telah menjadi “Orang Kedua” dalam mewujudkan hubungan sulit bersama “Orang Ketiga”. Lebih mudah difahami dengan ungkapan “Seseorang yang bertamu tidak akan masuk dan duduk di dalam rumah tersebut sebelum dipersila oleh tuan rumah itu sendiri masuk ke dalam rumahnya”. – Maka Kini Secara Rasionalnya Anda Sendiri Boleh Menilainya.

Kebanyakan di antara kita masih berdebat sesama sendiri tentang isu ‘Pesalah Kasih” dengan beranggapan bahawa suami yang lebih cenderung untuk terpengaruh dengan “Orang Ketiga” hanya alasan nafsu semata-mata dan ada pula sebahagian yang lain berpendapat isteri yang lebih cenderung untuk berlaku curang disebabkan faktor “Orang Ketiga” ini lebih kebendaan (harta), mempunyai sifat penyayang dan memberi lebih perhatian terhadap dirinya berbanding suaminya sendiri. Dalam ilmu sosial yang lebih luas, sebenarnya isu gender tidak seharusnya dipertikaikan lagi apabila seseorang itu sendiri sama ada lelaki mahupun wanita yang memilih untuk tidak berkelakuan jujur iaitu berlaku curang pada pasangannya sendiri.

Dalam pengertian ini pula “Benci tetapi Sayang”, sebenarnya ayat tersebut lebih sesuai diungkapkan kepada “Orang Kedua” yang berpura-pura menafikan hubungan barunya apabila selepas sudah “terkantoi” dengan pasangan mereka bersama pembuktian yang wajar dan setelah itu masing-masing memikirkan alasan semunasabah mungkin seperti secara tiba-tiba pula membenci “Orang Ketiga” yang muncul dalam rumahtangga pihak-pihak tanpa sedar kononnya. Jadi, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, bukan?

Menariknya, bilamana seseorang suami yang “kantoi” rata-rata memberi alasan “Islam membenarkan Poligami” maka isteri tidak boleh menghalang hubungannya dengan “Pesalah Kasih”. Sebenarnya Ya betul ! Islam tidak melarang seseorang suami untuk memperisterikan wanita lain disebabkan itu adalah fitrah yang tumbuh dalam jiwa mereka tetapi perlu dilihat semula bagaimana pula cara mengawal dan mengungkapkan kecintaan poligami tersebut. Penulisan kali ini bukanlah untuk menjelaskan isu poligami atau dosa pahala mahupun hukum berpoligami dan sebagainya tentang poligami. Mungkin pada penulisan seterusnya nanti.

Hendaklah diingatkan kepada “Pesalah Kasih” ini bahawa jika anda dengan sengaja berniat untuk memisahkan suami mahupun isteri atau menganggugugat rumahtangga dalam sesebuah ikatan perkahwinan yang sah di sisi syarak maka itu adalah “Haram”, termasuklah juga orang yang sengaja berpakat menjadi punca utama pasangan yang berkahwin itu menuntut perceraian tanpa sebab yang munasabah terhadap suami atau isterinya itu supaya mana-mana lelaki atau wanita lain boleh berkahwin dengan orang yang diceraikan ataupun orang yang meminta cerai.

Langsunglah :

naudzubillah min dzalik
“Kami Berlindung kepada Allah dari Perkara itu”

Oleh itu, jika anda berniat untuk menjadi “Pesalah Kasih” ini yang hendak mencintai suami ataupun isteri orang lain, maka berfikirlah terlebih dahulu jika anda pula yang berada di tempat pasangannya mahupun anda adalah dari ahli keluarga pasangan yang teranaiya itu suatu hari nanti, bagaimana pula perasaan anda pada ketika itu. Sekiranya anda adalah orang yang teranaiya dan dianaiya, maka laporkanlah kepada pihak yang berwajib. Waallahu’alam…

Kiriman.

Amalina Adam

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kekeluargaan isu orang ketiga, isu rumahtangga, Pesalah Kasih? Sayang Tetapi Benci

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021
  • Live streaming JDT VS KEDAH piala sumbangsih 5.3.2021
  • Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat
  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kekeluargaan Personal

Tubelawak bikin panas dengan Zikrihusaini.com!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGPergh ayat nak emo jer. * entri ini sudah didr…

Kekeluargaan Personal

Berhati-hati dijalan raya.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Selamat balik kampung Salam semua, sempena cu…

Kekeluargaan Pengumuman

Ustaz azhar idrus, selamat pengantin baru!!! Yang ke3 beb

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Tahniah yer ustaz azhar idrus. Nampaknya aku …

%d bloggers like this: