• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan terkini malaysia vs Taiwan 29 june 2011 (bukit Jalil)

Keputusan terkini malaysia vs Taiwan 29 june 2011 (bukit Jalil)

Zik · Jun 29, 2011 · 20 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

malaysia, malaysia vs taiwan, malaysia vs taiwan flag, malaysia vs taiwan 29june 2011Mampukah skuad kebangsaan dibawah jagaan Datuk K. Rajagopal untuk mara ke peringkat pertama bertemu dengan taiwan?? Kita tidak boleh memandang rendah sama sekali skuad yang boleh makan kerana ia boleh mengundang padah.

Kita lihat perlawanan persahabatan bertemu hongkong awal june tempoh hari, kita hampir kalah dengan ketinggalan 1-0, namun nasib baik abdul hadi menyelamatkan keadaan menjaringkan gol penyamaan.

Mahu tonton secara live di livesteming internet? Sila ke laman page ini.

Keputusan terkini Malaysia 2 Taiwan 1 (separuh masa kedua).

Jaringan:

Safiq Rahim : minit ke 28 (M)

Aidil Zakuan : minit ke 53 (M)

Chan Ho liang: minit ke 77 (T)

Bookmark page ini CTRL +D (akan diupdate setelah perlawanan ini bermula).

Anda boleh menonton dua siaran iaitu Saluran astro arena 801 dan RTM TV1. Tahniah buat rtm kerana sudi membuat live untuk perlawanan genting seperti ini.

Sebelum perlawanan bermula, akan diupdate sedikit demi sedikit, mengenai line up, apa-apa yang patutlah.

Pra video perlawanan bertemu taiwan:

Pemain Malaysia pakai jersi berwarna biru putih manakala Taiwan berwarna putih. Teringat macam perlawanan piala suzuki pulak. Huhu.

Minit1: Perlawanan sudah bermula….. Kosong-kosong sekarang ini!!

Minit 2: Baddrol terjatuh di dalam petak penalti tetapi tidak diberi tendangan penalti, dan Baddrol juga tidak dikenakan kad kuning, nasib baik. Phui.

Minit ke 5: Serangan dari taiwan bahaya jugak. Nasib baik ada keeper yang cekap. Bahaya!!

Minit ke 14: Bola banyak dikala oleh Chinese taipei. Ada benarnya kalau kita tengok perlawanan pada malam ini. Apakah strategi yang malaysia sekarang nie?

Minit ke 15: Baktiar ada buat try tadi. Memecah kebuntuan untuk serangan pertama dari malaysia.

Minit ke 17: Malaysia ada buat serangan lagi, tetapi tersasar jauh. Aduyai. Come on la safiq rahim.

Minit ke 18: Malaysia mengatur serangan lagi. Belum ada serangan yang betul-betul dikira mencabar.

Minit ke 24: pemain kita masih tak berapa menjadi dibahagian midfield. Passing yang putus, ditampan oleh taiwan yang pantas memotong line, langsung tidak memberi ruang untuk membuat serangan. Kawalan bola yang tak berapa menjadi lagi.

Minit ke 25: Ada pertukaran dari malaysia, abdul hadi yahya dimasukkan!! Yeah..

Minit ke 28: Gooooolll dari safiq rahim… Cayalah!!! Rembatan yang kemas, condong sikit gitue yehaa. Nampaknya percaturan k raja gopal memasukkan abdul hadi, menjadi.(gol nanti upload).Serius memang cantik bola tuh.

Minit ke 33: Malaysia mula membuat serangan, dan semangat mula terpancar buat semua pemain harimau malaya. Bagus, itu yang memberikan sedikit motivasi menambah koleksi jaringan. Harap-haraplah.

Minit ke 35: Malaysia mula garang membuat asakan. Tetapi, masih tumpul. Taiwan dilihat mula tertekan. Sekiranya malaysia menang untuk perlawanan antara taiwan (setelah dua kali lawan) akan bertemu dengan singapura yang tengah “bye”.

Minit ke 41: Ada buat lipat, pemain malaysia jarak yang agak jauh. tapi tak berapa sure siapa tadi. Hurm.. tak berapa menjadi, tersasar jauh.

Minit ke 43: Safee Sali membuat serangan, alamak jauh lah pulak dan adil zakuan membuat serangan tadi. Ahh rugi2x tak gol.

Minit ke 45: serangan dari china taipei. Fuhh , dengan pantas keeper malaysia. Hantaran dari baddrol bla tinggi. tetrlalu tinggi dan jauh

Minit ke 46: Wisel sudah berbunyi. Tamat perlawanan separuh masa pertama. Kita berehat dulu. Tunggu ulasan untuk separuh masa pertama.

Ulasan separuh masa pertama:

Pada minit 15 pertama, malaysia agak lemah, taipei agak garang membuat beberapa percubaan yang agak merbahaya. Mereka menyedari malaysia sukar untuk ditembusi. Mereka ada banyak percubaan dari luar kotak penalti sebanyak 4 kali.Malaysia agak kaku, tak mendapat rentak dalam permainan.

Taipei, banyak juga membuat serangan dibahagian kiri,  pasukan ini lebih menguasai bola. Membuat percubaan yang agak merbahaya.

Sentuhan Safee Sali agak hambar, keserasian diantara pemain dan juga mungkin disebabkan sudah lama tidak digandingkan, membantutkan serangan yang agak tak menjadi.

Hinggalah minit ke 28, Safiq rahim memecah kebuntuan, hasil gandingan bola dari safee sali dan juga gunalan. Sepakan lencong kencang , menjadikan bola itu masuk ke gawang yang menjadi. Ruang yang sukar tuh.

Malaysia terus mendapat peluang selepas itu, namun masih juga buntu untuk menghasilkan gol. Dalam pada itu juga, taipei juga ada sekali sekala membuat serangan dalam diam.

Separuh masa kedua (dah mula)

Minit ke 45: Malaysia mula menyerang, tapi masih tak berapa kemas.

Minit ke 49: Sepakan sudut buat malaysia. Harap gollah.Fakri terlepas peluang gol, rugi2, dia tak jangka dapat bola tuh.

Minit ke 51: Banyak peluang dari malaysia, harap pertahanan tidak alpa. Fakri, aduyai. Lebih cepat sikit hantar bola tuh.

Minit ke 55: Gooool dari aidil Zakuan, sepakan sudut. Tandukan yang tajam. Yehaa 2-0 ,sekarang nie.

Minit ke 56: Baddroll dapat kad kuning lah pulak. (kalau tak silaplah)

Minit ke 57: Malaysia terus  menyerang, bola banyak dikuasai oleh malaysia.

Minit ke 62: Permainan cantik, dari malaysia. Hantaran bola dari badroll cantik, ke safiq rahim. Alah, bola terlepas lah pulak. Terlalu lama membawa bola, membawa padah. Memberi peluang kepada taipei membuat serangan, nasib baik atas palang gol.

Minit ke 67: Baddrol memberi bola trough pass. Kurang sikit jer lagi. Idea dah ada..  Larian kencang, timing kena tepat. Terlalu awal, rasanya.

Minit ke 69: Abdul hadi membuat sepakan lambung ke atas gol. Jauh disitu.

Minit ke 71: Safiq dipersalahkan kerana menolak. Kad kuning dilayangkan penjaga gol taiwan.

Minit ke 72: pertukaran pemain taiwan, ntah sapa aku tak perasan. Haha kejam giler.Pertukaran kali pertama taiwan. Malaysia ada percubaan tadi. Rugi2x.

Minit ke 74: Sepakan penjuru yang ke4 buat malaysia. Adakah ini peluang?? Owh tidak.

Minit ke 77: Taipei menjaringkan gol aduyai. Apa nih?? Tak jagalah.

Minit ke 79: Taiwan mula mengganas, nasib baik tak gol tadi. Melewati tiang gol kanan. Fuhhh. Pemain no7 . Sapa tuh???

Minit ke 81: Malaysia, membuat pertukaran pemain, safiq dikeluarkan. Ganti banyak defend. Malaysia perlu mencari gol selesa.

Minit ke 85: Biarpun malaysia banyak dapat bola. Tetapi taiwan dapat juga membuat senranga merbahaya tadi. Kedudukan 2-1 sekarang ini, bukanlah berita gembira. Perlu ada gol lagi.

Minit ke 91: Sepakan penjuru yang 5 buat malaysia. Badroll akan membuat sepakan. aduii sikit lagi tadi.

Minit ke 93 : Rembatan yang  tidak menjadi. Rugi2x.

Minit ke 94: Habis masa, perlawanan sudah tamat. 2-1. Nantikan ulasan selepas ini. Rehat sekejap.

Datuk raja gopal: 20-30 minit, kita tak berapa baik. Sepatutnya kekalkan rentak. Tapi kita bagi taiwan semangat bila gol 1. Banyak gol yang tak dimanfaatkan. Bahagian pertahanan tidak berapa disiplni, pemain beg kanan agak rapuh. Rentak kita tidak seperti yang kita kehendaki.

Ulasan separuh masa kedua.

Kedudukan agak selesa pada minit ke 55, apabilaaidilzakuan menaringkan gol kedua, buat malaysia. Namun, dilihat ,rentak serangan agak mula tak berapa menjadi. Hinggalah pada minit ke 77, kita leka dibahagian pertahanan tidak menjaga dengan baik. Tiada siapa yang follow pemain taiwan nie.Aduyai.

Menyebabkan taiwan mula garang, dan mendapat semangat kembali. Taiwan juga hampir-hampir menjaringkan gol penyamaan. Malaysia memang ada  banyak peluang banyak. Tetapi agak mengecewakan semua percubaan, tidak disempurnakan dengan sebaiknya.

Mengharapkan permainan 2nd leg ditaiwan dengan kebolehan yang ada. Dan juga bekalan, yang perlu ada ialah disiplin. Focus, dengan kepercayaan dan semangat juang yang tinggi.

Biarpun kelebihan 2-1. Ini sedikit tekanan, buat malaysia perlu bekerja keras di tempat lawan, yang mana mereka lebih advantage buat taiwan, dari segi padang, penyokong.

Sekian dari meja sekian.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan terkini malaysia vs taiwan, livestreaming malaysia vs taiwan, malaysia taiwan, malaysia vs china taipei 2011, malaysia vs china taipei], malaysia vs taiwan, malaysia vs taiwan 1st leg di bukit jalil 2011, malaysia vs taiwan 2011, malaysia vs taiwan 29 june 2011, perlawanan malaysia vs taiwan kelayakkan piala dunia 2014 peringkat 1, tonton live malaysia vs taiwan, tonton live malaysia vs taiwan di tv1, video gol malaysia taiwan, youtube malaysia vs taiwan

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. sayacomel says

    June 29, 2011 at 2:47 am

    insya-Allah..boleh menang punya..

    Reply
    • Zik says

      June 29, 2011 at 12:50 pm

      malaysia boleh…

      Reply
  2. nasslimdiet2 says

    June 29, 2011 at 8:44 am

    InsyaAllah kita boleh menang. Prestasi skuad Malaysia melantun-lantun la sekarang ni erk.

    Reply
    • Zik says

      June 29, 2011 at 12:50 pm

      mesti menang, yakin..hehe

      Reply
  3. Peminat Kereta says

    June 29, 2011 at 3:36 pm

    harap Malaysia menang bergaya malam ni

    Reply
  4. Ali ridha says

    June 29, 2011 at 4:14 pm

    tajuk paling panas buat masa ni.
    waktu ni tiada perlawanan sedang
    berlangsung, mahupun sebarang
    gol dihasilkan.adakah kedua
    pasukan sedang tekun berlatih.hehe…

    Reply
    • Zik says

      June 29, 2011 at 6:43 pm

      hehe… sebenarnya ada blog lain dah conquer, since blog nie pun dah downgrade.. susah sikit nak dapat 1st page…

      Reply
  5. tehr says

    June 29, 2011 at 4:28 pm

    yang ada sekarang hanya dua kosong
    1 untuk malaysia dan 1 lagi untuk taiwan
    hehe

    harap2 nanti kita dapat 2 gol

    Reply
  6. bEe says

    June 29, 2011 at 6:09 pm

    Hidup Malaysia!! 🙂

    Reply
  7. Norizwan says

    June 29, 2011 at 6:43 pm

    go Malaysia, go…..hope win

    Reply
  8. Zik says

    June 29, 2011 at 9:49 pm

    bola lencong tuh

    Reply
    • Norizwan says

      June 29, 2011 at 10:01 pm

      tu ler…tecengang gak aku td hehe

      Reply
  9. Norizwan says

    June 29, 2011 at 10:05 pm

    dengan senang hati aidil menanduk hehe…GOlll

    Reply
  10. Norizwan says

    June 29, 2011 at 10:41 pm

    Malaysia menang….fuhh….

    Reply
    • Zik says

      June 29, 2011 at 11:07 pm

      menang..tapi masih tak berapa nak selesa…

      Reply

Trackbacks

  1. Malaysia 2-1 taiwan,bekalan sikit untuk perlawanan pada 3 Julai 2011 | Zikri Husaini says:
    June 29, 2011 at 11:34 pm

    […] malaysia menang 2-1. Dan leading kelebihan satu gol sekarang ini, tetapi aku menggangap bekalan yang dibawa oleh […]

    Reply
  2. Keputusan Terkini Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011(Update) | 2Day Blogger-Berita Semasa Dan Perkongsian Ilmu! says:
    June 29, 2011 at 11:49 pm

    […] Ulasan Dari Pada Zik […]

    Reply
  3. Malaysia vs Taiwan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 | 2Day Blogger-Berita Semasa Dan Perkongsian Ilmu! says:
    June 29, 2011 at 11:55 pm

    […] Dari Pada Zik Jom Buat Duit Dengan YMads.Com-Boleh Dapat RM5 – RM 15 Sehari!(Tengok Bukti!) p/s:Kalau nak […]

    Reply
  4. Malaysia vs Taiwan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 | BERITA SEMASA! says:
    August 24, 2012 at 4:10 am

    […] Dari Pada Zik IKLAN: MP3 Percuma Dari Loonaq Record! Terbaik Untuk Anda! IKLAN: Set Swarovski Kristal Hanya RM […]

    Reply
  5. Keputusan Malaysia Vs Taiwan : Siapa Yang Bakal Menang?|Kelayakan Piala Dunia | BERITA SEMASA! says:
    August 24, 2012 at 4:11 am

    […] Ulasan Dari Pada Zik […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Pembayaran Interim KWSP bermula 26 Januari 2021, semak di akaun masing2atau secara online
  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Keputusan terkini malaysia vs taiwan 3 Julai 2011

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGPerlawanan pertama memperlihatkan bekalan kele…

Sukan

Persediaan skuad kebangsaan bertemu taiwan 23 june ini(kelayakkan piala dunia 2014)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGKecemerlangan skuad bawah 23 tahun minggu lepa…

Sukan

Malaysia tewas 2-3 vs taiwan, tetapi mara ke pusingan ke2 bertemu singapura

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Keputusan:  Malaysia 2 vs 3 taiwan 3 jul…

%d bloggers like this: