Tahniah buat pasukan malaysia yang berhempas pulas mencari gol kemenangan diminit-minit yang terakhir malam tadi. ternayata Usaha yang tidak berterusan pastinya akan membuahkan hasil jika kita tidak berputus asa. Cuma kalau ini persembahan yang ditunjukkan untuk menentang pasukan vietnam pada jumaat ini 24 november, pastinya skuad ini akan ada masalah.
KEPUTUSAN PENUH :
Malaysia 3-1 Laos.
Jaringan oleh :
- Kongmathilath P 7″ (Sepakan Percuma).
- Zaquan Adha 15″
- Norshahrul Idlan Talaha 86″ 92″
Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Laos pada aksi kedua Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Video goal highlights perlawanan malaysia vs laos malam tadi 12.11.2018
Matyo watak penting malam tadi.
Penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira negara selepas meledak dua gol di penghujung babak kedua permainan untuk memastikan skuad Harimau Malaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri.
Turun beraksi di hadapan lebih 10,000 penyokong tempatan, skuad negara yang masih segar dengan kejayaan menundukkan Kemboja 1-0 pada aksi pembukaan, Khamis lepas memulakan perlawanan dengan bergaya.
Skuad negara kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe yang menguasai permainan dengan gerakan menarik, bagaimanapun dikejutkan dengan gol pembukaan Laos seawal minit ketujuh selepas Phithack Kongmathilath berjaya menyempurnakan sepakan percuma menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentak dengan jaringan itu, pasukan negara bangkit menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas hantaran Muhammad Syahmi Safari berjaya ditampan kapten Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak yang menyaksikan kedudukan 1-1 kekal sehingga rehat.
Bersambung babak kedua, tiga pertukaran dibuat Cheng Hoe dengan membawa masuk Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Ahmad Hazwan Bakri, sekali gus memberi peluang buat Norshahrul bergerak bebas dalam kawasan kotak penalti lawan.
Strategi itu ternyata membuahkan hasil apabila skuad negara menguasai sepenuhnya permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke arah benteng pertahanan pasukan lawan.
Jaringan pada minit ke 86, 90.
Pemain pertahanan negara, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak hampir meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-67, namun tandukannya hanya menggegar palang sebelum penjaga gol Laos Outthilath Nammakhot bertindak cemerlang menyelamatkan rembatan Muhammad Akhyar pada minit ke-70.
Menghampiri masa penuh perlawanan, keadaan kelam-kabut dalam kawasan berbahaya Laos digunakan sepenuhnya Norshahrul yang berjaya menolak masuk bola untuk menghadiahkan gol kedua buat Malaysia pada minit ke-86.
Seakan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat, Norshahrul sekali lagi menceriakan penyokong tempatan menerusi gol kedua peribadinya pada minit ke-90 selepas menanduk bola hantaran Muhammad Akhyar yang gagal ditampan Outthilath, sekali gus memberi tiga mata berharga buat skuad negara.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mengungguli Kumpulan A dengan enam mata, mengatasi Vietnam dan Myanmar, masing-masing berkongsi tiga mata di kedudukan kedua dan ketiga.
Malaysia akan berkunjung ke Hanoi untuk aksi ketiga menentang Vietnam, Jumaat ini, sebelum melengkapkan jadual kumpulan berdepan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November.
Sedikit coretan Piala Aff 2018
- matchday 1
Malaysia (1) vs (0) kemboja
- matchday 2
Malaysia (3) vs (1) Laos
Kedua dua game malaysia kurang menyerlah dan tiada penguasaan yang bagus dibahagian tengah.. Lawan seperti kemboja dan laos boleh la dengan bersahaja… matchday 3 nanti akan kita saksikan aksi sebenar perlawanan bolasepak asia tenggara.. Semoga kita peroleh kemenangan ke atas vietnam… Sukar tetapi tiada yang mustahil dalam bola sepak… mungkin kita berharap seri.
Tahniah Malaysia 2 kemenangan berturut turut…
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply