Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia mara ke separuh akhir tewaskan Myanmar 3-0 piala aff suzuki 2018

Malaysia mara ke separuh akhir tewaskan Myanmar 3-0 piala aff suzuki 2018

Zik · Nov 25, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

PIALA SUZUKI 2018, AFF,

Perlawanan yang berlangsung di stadium Bukit Jalil malam tadi yang boleh dikatakan full house. Keputusan penuh perlawanan :

MALAYSIA 3-0 MYANMAR

Jaringan oleh :

  • Norshahrul Idlan Talaha 26″
  • Zakuan Adha 45″ (Penalti) 88″

 

Inilah kemenangan yang kita cari-cari dalam melayakkan diri ke separuh akhir piala aff suzuki 2018. Kita dijangka akan bertemu dengan pasukan Thailand barangkali atau Singapura (kalau singapura menang last game).

Skuad Harimau Malaya melunaskan dendam ke atas Myanmar apabila meraih kemenangan 3-0, pada aksi terakhir Kumpulan A, Piala AFF sekali gus menempah tiket ke separuh akhir.

Tiga mata yang cukup berharga diraih anak buah Tan Cheng Hoe di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi dapat memadam luka di Yangon dua tahun lalu apabila disingkirkan lawan yang sama di peringkat kumpulan.

Kemenangan ketiga itu meletakkan Malaysia yang juga juara 2010 di tangga kedua, dengan sembilan mata di belakang pendahulu Vietnam (10 mata) yang menewaskan Kemboja 3-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan A.

Ringkasan perlawanan.

Menyedari hanya kemenangan bakal membuka laluan ke separuh akhir, skuad negara mula mengatur gerakan sejak awal dalam usaha untuk memecahkan benteng pertahanan Myanmar.

Selepas percubaan kapten, Zaquan Adha Abd Radzak diselamatkan oleh penjaga gol, Kyaw Zin Htet pada minit ke-23, gol pertama pasukan tuan rumah hadir tiga minit selepas itu.

Gol pertama malaysia babak pertama!! 

Sepakan pemain sayap naturalisasi, Mohamadou Sumareh terkena palang, namun penyerang, Norshahrul Idlan Talaha berada tepat pada masanya untuk menolak masuk bola lantunan itu ke dalam gawang untuk menggamatkan 80,000 penyokong Harimau Malaya. Suasana stadium menjadi gamat!!!

Ia jaringan keempat Norshahrul atau dikenali sebagai Mat Yo selepas membantu Malaysia menewaskan Kemboja 1-0 dan Laos 3-1 sebelum ini.

Namun pintu gol negara cemas seketika apabila Myanmar kendalian jurulatih Jerman, Antoine Hey hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-42, namun Farizal Marlias yang menggantikan Khairul Fahmi Che Mat tangkas menyelamatkan sepakan Aung Thu. Nasib baik tepis guna kaki. Memang dah open masa tuh. Nasib baiklah tepat pada kaki keeper, mana defend?? aduh pening aku tengok masa tuh. Nasib baiklah keeper cekap dan tak gol!!.

Safawi di jatuhkan , Penalti!! 

Skuad Harimau Malaya menutup babak pertama dengan kedudukan 2-0, selepas pertahanan pasukan pelawat Lwin Moe Aung menjatuhkan Safawi Rasid di dalam kotak penalti.

Zaquan yang menggalas tugas untuk menyempurnakan sepakan penalti lega apabila bola sepakannya terkena tiang gol sebelum bergolek ke dalam gawang.

Separuh masa kedua. 

Memang lagi rancak. Bola pun ball possession banyak pegang bola, dan banyak peluang terhidang. Minig ke  80 apabila Tan Cheng Hoe menggeluarkan Mohamado sumareh dan menggantikan Akhyar, ternyata pasukan malaysia mahukan gol lagi. Menguatkan jentera serangan sebelah kiri, namun akhyar tidak berjaya menjaringkan gol, tetapi dapat satu assist pun oklah.

Asakan membuahkan hasil. 

Malaysia terus menguasai permainan pada babak kedua, namun hanya berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-87, apabila bola yang cuba dikeluarkan pertahanan Myanmar terkena kepala Zaquan sebelum masuk ke gawang. Malaysia didepan jauh myanmar 3-0. Moral pemain myanmar terus down bila dah kena tiga gol.

Separuh akhir, bakal bertemu Thailand, Filipina atau Singapura!! 

Di peringkat separuh akhir yang bakal berlangsung secara timbal balik bermula 1 Disember ini 2018, lawan Malaysia bakal ditentukan sama ada Thailand, Filipina atau Singapura yang kini merebut slot ke separuh akhir dalam Kumpulan B. Kita akan ketahuinya nanti hari ini mungkin.

Perjalanan harimau malaya masih terlalu jauh. Kita harapkan pasukan ini terus bangkit mencari kemenangan yang kita terlalu idamkan. untuk kejohanan kali ini. Sekian terima kasih.

Video goal highlights malaysia 3-0 aff suzuki cup 24.11.2018. 

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan malaysia vs myanmar 24.11.2018, keputusan penuh piala aff suzuki kumpulan A 24.11.2018, malaysia 3-0 mynamar 2018, malaysia mara ke separuh akhir tewaskan myanmar 3-0 2018, ulasan malaysia vs myanmar 24.11.2018, video gol malaysia vs myanmar aff suzuki cup 24.11.2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.