Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Live streaming Felda United vs Terengganu liga super 18.5.2019

Live streaming Felda United vs Terengganu liga super 18.5.2019

Zik · May 18, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

Felda United akan melayani kunjungan Terengganu FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada aksi ke-13 saingan Liga Super Malaysia 2019, malam ini.

Kalau kita tengok perlawanan yang lepas, malang menimpa buat kedua-dua pasukan pada perlawanan terdahulu apabila Felda United dibelasah 0-6 ketika bertemu Melaka di Stadium Hang Jebat.

Terengganu pula harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak menggunakan kelebihan tiga gol yang kemudiannya tumpas 3-5 ditangan Petaling Jaya City FC.

Felda United

Felda United kini terperosok ke dasar Liga Super setelah hanya mengumpul 8 mata hasil satu kemenangan, lima keputusan seri dan tujuh kekalahan.

Ketiadaan Hadin Azman yang masih lagi belum dapat diturunkan akibat kecederaan dialami tempoh hari jelas amat dirindui skuad Felda United.

Pengendali pasukan, Nidzam Jamil pasti pening kepala dalam merangka ramuan terbaik buat anak buahnya bagi berdepan Terengganu FC yang turun ke Jengka ibarat ‘singa yang sedang terluka’.

Terengganu FC

Kem Terengganu FC juga ketika ini tidak berada dalam mood yang baik selepas mereka mensia-siakan peluang ketika bertemu PJ City FC.

Situasi tersebut menjurus kepada perletakan jawatan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim dan kekosongan itu diisi buat sementara oleh pembantunya, Nafuzi Zain.

Terengganu kini sedang menduduki tangga kesembilan Liga Super selepas meraih 16 mata hasil empat kemenangan, empat keputusan seri dan lima kekalahan.

Kei Ikeda & Lee Tuck

Dengan ketiadaan penyerang import dari Singapura, Khairul Amri Mohammad Kamal yang mengalami kecederaan bahu pada penampilan sulungnya, Kei Ikeda dijangka akan menjadi sandaran buat Felda United bagi mencari jaringan diharapkan.

Ikeda pada pertemuan menentang Melaka United diletakkan di bahagian tengah dan Nidzam berkemungkinan akan kembali meletakkannya di jentera serangan.

Tiga perlawanan yang dilalui oleh Felda United dalam bulan Mei tanpa sebarang gol dapat dihasilkan perlu menjadi azimat berguna buat Ikeda bagi menamatkan kemarau jaringan tersebut.

Lee Tuck pula menjadi tumpuan buat Terengganu FC dengan kualiti hantaran kemas yang dimilikinya serta bijak membuka ruang buat rakan sepasukan bagi menjaringkan gol.

Sekiranya jentera tengah Felda United gagal mengawal ketat pergerakan Lee Tuck, ia akan memberikan masalah yang cukup besar buat The Fighters.

Rekod pertemuan

Prestasi pasukan Felda united.

Last matches: FELDA UTD.
15.05.19SLMelaka UnitedFelda Utd.6 : 0
11.05.19FACFelda Utd.Kuala Lumpur0 : 0
04.05.19SLFelda Utd.Johor DT0 : 2
30.04.19FACKuala LumpurFelda Utd.3 : 3
26.04.19SLFelda Utd.Melaka United1 : 1

 

3 kali seri, 2 tewas. Nampaknya pasukan felda united prestasi semakin merudum dan berada di zon penyingkiran.

Prestasi pasukan terengganu.

Last matches: TERENGGANU
14.05.19SLTerengganuPetaling Jaya CFC3 : 5
10.05.19FACPahangTerengganu4 : 0
04.05.19SLPKNPTerengganu2 : 2
01.05.19FACTerengganuPahang2 : 1
27.04.19SLPetaling Jaya CFCTerengganu1 : 2

 

Hanya 2 kali tewas, satu seri dan dua game, membuatkan Irfan Bakti kecewa dengan pasukan ini. Ditambah dengan peminat yang mahukan penjelasan dari irfan bakti, dia terus meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan terengganu. Kita harap pasukan terengganu bangkit untuk terus bersaing dalam liga super 2019 kali ini.

Head to head.

Head-to-head matches: FELDA UTD. – TERENGGANU
19.04.19SLTerengganuFelda Utd.2 : 1
28.09.18MCTerengganuFelda Utd.4 : 3
21.09.18MCFelda Utd.Terengganu1 : 2
14.06.17CFFelda Utd.Terengganu2 : 1
12.08.16MCTerengganuFelda Utd.0 : 3

Terengganu menang tiga kali, tewas da kali. Apakah ini akan memberi kelebihan buat pasukan terengganu??  Namun diingatkan pasukan terengganu ketiadaan irfan sedikit sebanyak mengganggu emosi pemain dan penyokong.

Kedua-dua pasukan sudah pasti mahu bangkit daripada igauan ngeri aksi minggu lalu.

Terengganu FC dilihat memiliki kelebihan di beberapa aspek untuk meraih tiga mata penuh pada perlawanan ini.

Namun, segalanya bakal terungkai pada aksi yang bakal berlangsung jam 10.00 malam ini!

Nantikannya live streaming kita akan update malam ini. Tunggu!!

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan live streaming felda united vs terengganu 2019, Live streaming Felda United vs Terengganu liga super 18.5.2019, live streaming liga super felda united vs terengganu 18 mei 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.