Salam semua. Malam semalam telah berlangsungnya perasmian karnial Inovasi peringkat Kebangsaan 2010 bertempat di Masjid Putrajaya. Datuk seri Muhyiddin Yassin telah merasmikan Karnival ini. Maka dengan ini buat julung kalinya, Kerjasama Jakim (badan utama), badan kerajaan dan juga swasta bergabung tenaga untuk merasmikan karnival Inovasi peringkat Kebangsaan 2010.
Banyak informasi yang boleh kita dapat dari karnival inovasi Islam ini. Malam tadi tengok perasmian di RTM1. Dikesempatan itu juga , sempat tengok forum perdana yang mempunyai tajuk yang sangat bertepatan dengan tema karnival ini. Bertajuk, innovasi menjulang tamadun baru (kalau tak silap la) suatu perbincangan yang sangat menarik dan berilmiah.
Ada soalan dari penonton yang bertanya, mengapa baru sekarang kita mahu mengamalkan innovasi islam? Jawapan yang diberikan lebih kurang mcam nie, kerana baru kita sedar pemikiran inovasi islam sudah jauh ketinggalan dari bangsa-bangsa yang lain. Inovasi yang baik ialah semata-mata keredhaan Allah.
Penonton kureng malam tadi. [Read more…] about KARNIVAL INOVASI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2010