Bukan Phd atas nie ek
Sekarang di malaysia sudah semakin golongan yang bijak cerdik. Ia mengingatkan aku dengan keputusanan yang memberangsangkan buat pelajar UPSR, hampir 50 ribu dapat 5 A 2010 baru -baru nie. Satu jumlah yang banyak. Memang bijak betul budak-budak zaman sekarang nie. Bila cerita pasal PHD nie, teringat pulak pasal kes Dr Fazley yang kena tarik balik gelaran Dr nya, sebab universitinya tak diiktiraf. (kalau kat malaysia dipanggil takda MQA, dulu dipanggil LAN)
PHD tuh apa?
Nama panjangnya Doctor of Philosophy (PHD) merupakan gelaran Dr yang diberikan pada seseorang yang telah menyelesaikan satu thesis kajian yang menyeluruh dari A-Z, bergantung kepada kajiannya. Ia adalah pembelajaran yang tertinggi dan menjadi idaman setiap orang untuk mencapai ke tahap itu, termasuk aku sendiri.
Peningkatan sebanyak 133% peratus.
Dari laporang kosmo.com.my, menyatakan jumlah tenaga pekerja institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kini meningkat sebanyak 133 peratus berbanding 2005.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, kini jumlah tenaga kerja IPTA yang berkelulusan PhD seramai 14,000 berbanding 6,000 pada 2005. 133% peningkatan yang sangat memberangsangkan, satu jumlah yang cukup besar.
Daripada jumlah itu, 60 peratus terdiri pemegang PhD dalam bidang sains yang merangkumi sains tulen, sains gunaan, kejuruteraan, biologi, fizik, perubatan dan berkaitan teknologi. Manakala yang selebihnya pula, 40 peratus dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.
Radin Umar berkata, ini merupakan antara kejayaan terbesar kementerian dalam usaha memperkasakan IPTA bertaraf dunia dengan menambah bilangan penyelidik, saintis dan jurutera berkelulusan PhD.
Namun, memang betul bilangan yang semakin cerdik pandai nie, menjadikan persaingan yang sihat dari segi akademik, perubatan, dan penyelidikan memang perlu untuk menjadi nadi negara lebih maju dalam teknologi. Tetapi dalam aspek ekonomi? Kurangnya penglibatan dalam perniagaan, menyebabkan dilihat kaum lain seperti bangsa china dan india lebih cenderung kepada business.
Walaupun mereka majoritinya tidak belajar tinggi-tinggi tetapi kerana keluarganya yang mempunyai latar belakang menjalankan perniagaan, benar-benar menjana pendapatan negara. Contoh yang nampak sangat ketara di Plaza Lowyat, (lubuk computer) Pertama Kompleks(lubuk handphone) 95-99% semua adalah bangsa mana yang jual??
Bukan tak sarankan, untuk sambung belajar (hai nak sambung master, phd ker). Tapi menyuruh/mengalakkan bangsa kita lebih kepada bidang perniagaan.
ijazah merupakan lambang kejayaan dalam pendidikan seseorang, tetapi ia bukan penjamin kejayaan seseorang dalam kehidupan. Kerja kuat, semangat dan kreativiti akan membezakan semuanya.
dari wall fb seseorang..
“Saya amat tertarik dan tercabar dengan soalan ini, ‘Apa hebatnya seorang mahasiswa yang tidak boleh mencipta peluang sekurang-kurangnya untuk diri sendiri?'”
Soalan yang membuka minda..
ulasan yang terbaik nie boss… u inspire me…
hahah betul tu, aku setuju dengan statment tu
Setuju.
Kejayaan seseorang bukan sahaja diukur pada ijazah atau kedudukan kewangannya(walaupun kini wang diperlukan di mana-mana),tetapi pada sikapnya,semangatnya,idea & kreativitinya.
Sampai satu tahap,keadaan keluarga bahagia @ tidak dijadikan kayu ukur kejayaan seseorang.Kesimpulannya,kejayaan seseorang bukan sahaja pada usaha gigihnya seorang diri bahkan ditentukan oleh masyarakat dan persekitaran hidupnya(Outliers,Malcolm Gladwell)
Yes, i agree. Student IPT mesti da ilmu n semangat juang yg tinggi. Kebanyakan student skrg manja n suka ponteng class. Assingment pun malas nak buat.
i’m going to further PhD sept ni, but not for pangkat, cuma nak mencari ilmu.
ramai yg pandai, jadi kelayakan utk mohon kerja pasti meningkat lepas ni.. skrg pun dah susah.. 🙁
Jika dalam bidang perniagaan yang disarankan oleh bro zik mampu buat sesuap nasi untuk orang yang tiada pekerjaan 🙂
Tidak lama lagi Bachelor Degree/Diploma akan setaraf dengan SPM kerana semua orang memilikinya..
Maklumlah pelung untuk menyambung pelajaran terbuka dengan luas sekarang ini dengan kewujudan pelbagai Universiti dan Kolej.
Tidak macam dulu siapa lepasan SPM sudah hebat tapi tidak sekarang
Lagi satu PHD yang paling banyak kat Malaysia.
1. Perasaan Hasad Dengki (boleh tengok politik Malaysia) Susah hatiaku tgk. Apa nak jadi ntah la.
itu hampeh semua bro
banyak mainkan rakyat, rakyat je noob sangat..haha
tah makin lama makin jadi politik sampah,
Yang menegur tak kira elok ke tak ashik nak kondem je, yang ditegur lagsung tak boleh ditegur walaupun dah sah sah tak betul
aku amik arkitek, xde smpai phd la unless nk jadi pensyarah. maka aku xkn dpt phd.lol. 🙁
phd boleh… tapi amik kos lain lah pulak..hehe
salam…
pertama kali baca blog ni terus tertarik sebab banyak info..terus add peberet link kat saya punya blog (blog saya punya)
Blog zikrihusaini.com memang banyak info buat pembaca 🙂
sesekali menyelam ilmu pasti luas pandangan kita.. 🙂
peningkatan lecturer yg ada Phd ni atas kehendak universiti. Nak upgrade sesebuah IPT kpd taraf Research University memerlukan sebahagian besar tenaga pengajarnya kena ada Phd. Benefit bila dpt taraf research university ni bajet akan dapat byk,so research boleh buat byk.. kat Malaysia skrg tak byk IPT bertaraf research.. ni apa yg lecturer aku crite knp dia dihantar utk smbung Phd..
itu memang sedia maklum. kebiasaanya …lecturer akan diberi peluang untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi untuk kasi up standard… tempat pengajian masing2…
Salam Zik.
Aku sependapat dengan artikel ini. Sesuatu mesti dilakukan untuk bangsa kita menceburi bidang perniagaan. Termasuklah aku. Aku sangat mahu menjalankan & memiliki sebuah perniagaan sendiri.
Namun aku tidak boleh menafikan juga kepentingan belajar. Seperti kata Izwan, ada benar juga.
Bagi aku: kedua2nya penting. :cheerful:
selari memang bagus…
Mahu berjaya kita perlu berani.Dalam perniagaan kita perlu berani menanggung kerugian dan berani berdepan dengan persaingan. Tapi jangan lupa,berniaga juga perlukan ilmu pengetahuan walaupun hanya menjual burger. :biggrin:
ilmu perniagaan memang kena ada…
Selain itu bidang kemahiran jugak penting kan 🙂
bidang kemahiran itu salah satu cabang bidang perniagaan…
hm..persaingan mndpat pekrjaan ni biasa.. bergntung kpda kita untuk berusaha.. ramai org ckap skrg susah nk dpat kerja, ttp dalm akhbar plak mcm2 kerja kosong ada.. yg lagi best sekali, rasanya iklan dalam akhbar tu mungkin 10% sahja dari krja kosong yg ada di Malaysia ni..
jadi kita kena rajin je dan peramah tnya org sana sini dan kelayakan kena tepat.. pndgn aried shja……
kalau aku jadi majikan pun tak akan ambik PhD ni bekerja, sebabnya susah nak kira gaji…kalau amik fresh nih, bley letak murah skit la…lepas 5 tahun biar dorang decide nak sambung kontrak ke tak..hehe
hmm… teringin nak belajar sampai ke sana.. 🙂
insyallah jika berkesempatan..dan mampu untuk menggalasnya..
sokong pendapat zik tu..ada gak terpikir nak bt perniagaan tapi still dlm pencarian lagi heee
cari yang kecil2lan pun ok…..
universiti kalau tak diiktiraf.boleh tarik
balik gelaran Dr.
memang betul tuh bro…
malu besar aku.dah la Dr. Fadley
buat motivasi sana sini.tetiba kena
tarik gelaran Dr.
Ala yang amik PhD ni ramai wanita je kot, laki2 malas da nak sambung belajar.. Bab berniaga tu memang tak nampak hasilnya sekarang, sebab baru berapa tahun Melayu ceburi, dan masih banyak yang belum diterokai, macam Bangsa Cina, mereka dari China lagi dah ada pengalaman, lagi pun orang Melayu sendiri yang tak nak beli barangan Melayu, macam mana melayu nak maju..Kalau ada pun produk Melayu, founder die plak angkuh(letak target Rm40juta la)..hehe
macam kenal jer..keke..
Lepas ni kompem susah nak carik keja.. Sape2 yang stakat SPM tu mmg kesian laa..
Camne laa nak stay kat Malaysia lagi nih.. Adehhh
ada2… jual air kat tepi jalan pun boleh hidup…
semakin ramai yg dapat phd, lagipun semangat menuntut ilmu masih ada, hari tu pak ngah aku konvo oum, ada yg umur dah 40an tapi masih tak putus asa belajar,
tapi apa yg dimahukan bukan setakat pandai dan dapat phd..biarlah bijak dan cerdik, mereka semestinya pandai dapat phd, tapi golongan peniaga di low yatt, mereka itu bijak..
phd in action namanya..hehe.. fuh aku ingat nak dapatkan jugakla dR… insyallah… tapi mahu business dulu ah..
Rasanya mana yang dah ada PHD tue…bawak-bawaklah ceburi bidang perniagaan.macam kito yang tak berapo nak pandai nie laie sikit coz perancangan maso depan tue ada yang dah rancang awal.Nabi pun ada bersabda 9/10 rezeki tue datangnya dari perniagaan.
yup betul tuh… terbaik tuh…
🙁 saya PHD <— pas habih darjah jer he3..
Bagi saya pelajaran itu penting..tapi tak kiralah makin ramai ker yang dah ada PHD..yang penting pandai manfaatkan dengan PHD yang ada 🙂
dimanfaatkan ilmu yang ada sekarang nih…
aku tak minat nak jadi lecturer…nak jadi engineer yang ade title DR ngan IR insyaAllah… :biggrin:
samalah, aku pun kurang berminat nak kena mengajar ni.
tapi taktau lah rezeki macam mana 🙂
insyallah ..kalau ada rezeki.. adalah tuh..
Bila ramai dah dapat Doctorate dan harap-harap banyak akan sumbangan kepada negara dengan penemuan baru.
penemuan yang memberi sumbangan kepada negara… tapi jangan pulak orang lain yang manipulate… tak suka betul..tak pasal orang lain dapat nama…
makin ramai org yg bijak pandai skang nie…tapi bagi mereka yg ada PHD tu, harap dpt manfaatkan kelulusan yang mereka ada.
harap bukan sekadar gelaran jer…
ohoi..memang ramai sekarang..
bersepah, sampai2 kerajaan dah galakkan budak2 tanam anggur amik bidang perniagaan..
bidang pernigaan pilihan pertama sepatutnya..huhu
hee.. tu sepatutnya, tapi dah bukan rezeki terpaksa pilih yang lain…;)
hi, Ass. Salam kenal dari Indonesia
Perkenalkan saya diana. ingin berkomen dan berdiskusi bersama disini.
sebelumnya mohon maaf karena komennya out of topic.
salam hangat
ya udah.. tak mengapa…
bila dah ramai mcm ni, malaysia terpaksalah tingkat kelulusan untuk sesuatu bidang.
kalau dulu nak jadi cikgu, diploma pun blh. skg kena ada degree + diploma untuk mengajar (lupa nama course tu)
kena ada dip pendidikan.. untuk teknik mengajar… ayoyo
teringin juga nak sambung study sampai PhD
Kalaulah mendapat tajaankan 🙂
biasanya pensyarah/yang kerja dah lama kat company besar2 dapatle tajaan..huhu
abang sedara aku sekarang tengah
ambil Masters.die ambil kelas
sabtu dan ahad je.kerja sambil
belajar.
boleh tahan tuh….
Sebab tu aku setuju bila menara warisan hendak dibina oleh PNB, secara tak langsung dapat menarik pelabur, dan menambahkan peluang perkerjaan dan juga membuka peluang perniagaan dan pelaburan kepada graduan yang bakal dilahirkan,
Ps : pelaburan yang menghasilkan peluang perkerjaan mesti seiring dengan dengan pelaburan modal insan kalau tak nanti kadar graduan mengangur akan terus meningkat
Sya stuju dengan artikel ni. Bidang perniagaan perlu di seimbangkan semula. terutamanya bumiputra. skrang ni yg monopoli kebanyakannya adalah non-bumi. Bidang akademik pula start dari sek rendah smpai IPT kebanyakannya adalah bumiputra. BAGUS. bukan tak bagus. sebabnya ramai phd holder adalah bumiputra.. skrg ni sy cuba menyelami kehidupan phd holder & master holder. baru tahun 1 master by research full time, dlam masa yg sama, build my own business & network. hopefully after finishing my study my biz already establish. tapi, tengah pening & stress nak seimbangkan dua2 skali. thanks for this article..
Salam semua.. kak suka tajuk ni, dpt motivasi semula. Mgajar pun hmpr 25 thn di sek.men. Dlm masa sama buat biz juga mcm2 ada ikut tender sana sini. Tapi minat bljr ni tak prnh luput. Skrg ni tgh buat phd psisir di UTM…susah dan sakitnya …hanya Allah yang tahu. Apapun jgn putus asa….pada yg mahu teruskan ja. InsyaAllah ada hasilnya….
W’salam… ya betul kak… dimana ada kemahuan, disitu ada jalan….
setuju dengan semua fakta…tetapi perlu diingat dengan pendidikan jugak agak dapat membuat seseorang itu berjaya dengan perniagaan…jangan memperlekehkan ilmu…nak berniaga pun kene ada ilmu..ramai jugak yang orang melayu kita ni berjiwa besar..tetapi ilmu perniagaan kurang…memang boleh berniaga..tetapi nak bertahan dalam perniagaan itu yang paling penting…janagn bukak business setahun dah tutup. Jangan kita terlalu jumud/atau sempit dengan pemikiran begini….Ingat rezeki semua dari Allah…kejayaan seseorang itu dengan izin Allah…ada juga orang yang berniaga dan berusaha bertahun-tahun tapi tidak berkembang jugak…ini disebabkan kekurangan ilmu pelajaran dan perniagaan. Orang Melayu kena bangkit dengan ilmu dan perniagaan. Jangan asyik salahkan orang cina…sedangkan bangsa kita sendiri masih ramai mempunyai PHD (Perasaan Hasad Dengki)…makin ketara sekarang ini.