Giler ramai yang datang semalam. Yang datang dari awal pagi, siap tidor dekat shopping mall semata-mata mahu
JOHOR BAHRU: Ribuan Bangsa Johor mula membanjiri pusat beli belah Galleria@Kotaraya , seawal jam 8 pagi semalam untuk membuat permohonan mendapatkan Rumah Impian Sultan Ibrahim. Tinjauan BH mendapati, jalan sekitar pusat beli belah itu terutama Jalan Duke, Jalan Trus, Jalan Abdullah Ibrahim dan Jalan Ungku Puan, sesak teruk berikutan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan dan mendaftar bagi mendapatkan rumah berkenaan.
Majlis prapelancaran Rumah Impian Sultan Ibrahim akan disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Keadaan trafik dan bilangan pengunjung dijangka bertambah menjelang majlis prapelancaran yang dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang semalam. Dalam laporan BH semalam, Sultan Ibrahim berkata, rumah berkenaan akan ditawarkan pada harga di bawah RM100,000, sekali gus hangat diperkatakan dan mendapat reaksi positif pelbagai pihak.
Ramai dekat beribu-ribu bila pengumuman dibuat oleh Sultan Ibrahim beberapa hari yang lepas.
Diantara syarat asas untuk memiliki rumah impian ini.
- Warga Johor, IC 01/23 yang lain tuh sudah menetap di Johor lebih 5 tahun boleh juga memohon dengan syarat ada surat pengesahan dari ketua kampung. Tetapi warga Johor diutamakan.
- Gaji tidak lebih rm 5 ribu seisi rumah, isteri dan suami. (untuk rumah C).
- Tidak memiliki lagi rumah.
- Sekiranya anda anak tunggal,Tp ibu bapa ada tanah @ rumah di kampong, tidak layak untuk memohon.
Keistimewaan Rumah Impian Sultan Ibrahim.
Melalui pendedahan awal, rumah mampu milik ini mempunyai pelbagai keistimewaan antaranya:
- Deposit serendah RM1 untuk pendaftaran serta pinjaman penuh dengan pembayaran mudah yang dibiayai oleh Bank Rakyat.
- Skim berstatus hak milik bebas dan merupakan yang pertama seumpamanya.
- Rumah banglo 3 bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit.
- Keluasan 1,100 kaki persegi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta sebuah bilik dayang (pembantu rumah).
- Kediaman tidak berpagar bagi mengeratkan silaturahim antara jiran.
Syarat Kelayakan Pemohon
Kriteria pemilihan pembeli atau syarat-syarat kelayakan untuk memiliki Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor ini adalah seperti berikut.
- Warganegara Malaysia, menetap 5 tahun di negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas. (Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor)
- Pemohonan rumah buat kali pertama
- Status bujang atau telah berkahwin
- Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
- Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah
- Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan.
Syarat kelayakan pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan:
Rumah Impian Sultan Ibrahim
- Rumah berharga RM80,000 hingga RM100,000. Pendapatan tidak lebih dari RM5,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor A
- Harga rumah dari 100,001 hingga RM150,000. Pendapatan tidak lebih dari RM8,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor B
- Harga rumah dari RM150,000 : Terbuka dan tertakluk kepada pemohon
Cara Membuat Permohonan & Pendaftaran
Pendaftaran Rumah Impian Sultan Ibrahim akan dibuka pada jam 5 petang 22 Mac 2017.
Permohonan boleh dibuat melalui online @ borang online melalui Sistem Aplikasi E-Mohon – Yayasan Sultan Ibrahim
Tarikh Tutup Permohonan
31 Disember 2017.
Peluang yang sepatutnya direbut oleh rakyat Johor. Penulis berharap pemilihan yang telus serta menepati golongan sasaran perlu diberi pertimbangan sebaiknya.
anuar says
Menarik…
Kalau saya duduk di negeri Johor, mungkin saya juga takkan lepaskan peluang ini..
akubiomed says
Peluang untuk memiliki rumah sendiri. Ada rezeki insyallah dapat.