• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Johor Bersultan Dua dalam Sejarah

Johor Bersultan Dua dalam Sejarah

Zik · Jun 12, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

johor bersultan dua

JOHOR BERSULTAN DUA DALAM SEJARAH

Kisahnya bermula pada 1811, kemangkatan sultan johor ke-15, Sultan Mahmud Shah III telah menimbulkan krisis antara pihak istana dan pihak pembesar. Ketika itu, empayar johor sangat luas yang meliputi Johor, Pahang, Riau, Lingga. Watak-watak dalam krisis ini dibahagikan kepada tiga pihak dan tiga perjanjian.

 

  1. Pihak Istana

Sultan Mahmud Shah III

Tengku Hussin (putera sulung)

Tengku Abdul Rahman (putera kedua)

Sultan Johor ke-15, Sultan Mahmud Shah III memerintah Empayar Johor dari tahun 1770 hingga 1811. Pusat pemerintahan baginda terletak di Daik, Lingga. Semasa kemangkatan baginda, putera sulungnya Tengku Hussin berada di Pahang. Putera kedua Tengku Abdul Rahman pula berada di Lingga.

 

  1. Pihak Temenggung

Temenggung Daeng Abdul Rahman

Raja Temenggung Abdul Ibrahim (putera sulung)

Raja Temenggung Abu Bakar (putera kedua)

Daeng Abdul Rahman dilantik sebagai Temenggung pada 1806. Raja Temenggung Abdul Ibrahim ialah putera sulung. Raja Temenggung Abu Bakar dimasyur sebagai Sultan Johor Moden pertama.

 

  1. Pihak Penjajah

Dutch East India Company (Belanda)

British East India Company (Inggeris)

 

Tiga perjanjian yang dimeterai ialah;

  1. Perjanjian Singapura (1819)
  2. Perjanjian Inggeris Belanda (1824)
  3. Perjanjian Persetiaan (1855)

 

Sultan Mahmud Shah III tidak menamakan pewaris takhta sebelum kemangkatan baginda. Mengikut tradisi, putera sulung layak ditabalkan sebagai sultan sebelum Almarhum dikebumikan. Namun, Tengku Hussin berada di Pahang ketika menerima berita kemangkatan ayahandanya. Baginda menunda kepulangan ke Lingga kerana ombak besar di Lautan.

Maka Tengku Abdul Rahman yang berada di sisi almarhum telah ditabalkan sebagai Sultan Johor ke-16 dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Selepas menerima berita pertabalan adinda baginda, Tengku Hussin membawa diri ke Riau.

 

Temenggung Daeng Abdul Rahman berpindah ke Temasik (Singapura) untuk menjalankan tugas tadbir urus kerajaan. Singapura Ketika itu berada di bawah pengaruh Belanda. Pada 1818, Sir Stamford Raffles bercita-cita menjadikan Singapura sebagai pusat pentadbiran Inggeris. Setahun kemudian, beliau tiba di Singapura dan mengetahui krisis istana Empayar Johor.

 

Sebenarnya Raffles berkawan baik dengan Temenggung Abdul Rahman iaitu penyokong Tengku Hussin. Raffles, Temenggung dan tidak lupa juga Farquhar(Belanda) berpakat untuk menyeludup Tengku Hussin ke Singapura. Setelah berjaya dibawa ke Singapura, Inggeris ingin mengikitiraf Tengku Hussin sebagai Sultan Johor.

 

Pada 6 Februari 1819, Perjanjian Singapura dimeterai untuk menguatkan pengaruh Inggeris. Antara syarat yang dipersetujui;

  • Inggeris mengiktiraf Sultan Hussin sebagai Sultan Johor
  • Sultan Hussin membenarkan Inggeris membuka pusat pentadbiran di Singapura
  • Sultan Hussin menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Inggeris dan Temenggung
  • Sultan Hussin mendapat pampasan dan elaun bulanan daripada Inggeris

 

Sultan Hussin membina istana di Kampung Gelam pada 1819. Temenggung dan keluarganya mendapat penempatan di Teluk Belanga. Tetapi, Perjanjian Singapura tidak menyenangkan Belanda. Maka Perjanjian Inggeris-Belanda dimeterai pada 17 Mac 1824 di London.

 

Antara intipati yang dipersetujui;

  • Belanda mengiktiraf pendudukan Inggeris di Singapura
  • Belanda menyerahkan Melaka
  • Inggeris menyerahkan Bangkahulu
  • Inggeris tidak boleh membuat perjanjian dengan kerajaan pengaruh Belanda
  • Belanda akur dengan hak dan pengaruh Inggeris

Kesan perjanjian itu menyebabkan Empayar Johor-Riau berpecah dua. Tanah besar Johor dan Singapura menjadi milik Singapura manakala Kepulauan Riau dan Lingga milik Belanda. Sultan Hussin memerintah Johor dan Sultan Abdul Rahman memerintah Riau-Lingga. Pada hujung hayat, Sultan Hussin berpindah ke Melaka dan mangkat di sana pada 1835.

 

Puteranya Sultan Ali Iskandar ditabal sebagai Sultan Johor ke-17. Baginda tidak ambil berat dalam hal ehwal kerajaan. Inggeris dan Raja Temenggung Daeng Ibrahim yang menguruskan pentadbiran Johor. Sultan Ali ketika itu dibebani hutang protes untuk mendapatkan hak. Pihak Inggeris bertegas Sultan Ali tiada hak kerana perjanjian telah dipersetujui.

 

Oleh itu, Perjanjian Persetiaan 1855 antara Sultan Ali, Inggeris dan Temenggung dimeterai untuk kali pertama. Syaratnya ialah Sultan Ali menyerahkan kuasa pemerintahan Johor kepada Temenggung kecuali daerah Kesang milik baginda. Maka bermulalah pentadbiran baru Kerajaan Johor di Tanjung Puteri yang dibuka oleh Daeng Ibrahim.

 

Sultan Ali juga menerima pampasan $5000 dan elaun bulanan sebanyak $500. Sultan Ali juga tidak boleh mewariskan gelaran Sultan kepada warisnya. Pada 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai, Melaka. Raja Temenggung Abu Bakar menggantikan bapanya pada 1862. Baginda mahir dalam pentadbiran dan diplomasi luar negara.

 

Selepas kemangkatan Sultan Ali, Baginda menggunakan gelaran Maharaja Johor. Daerah Kesang ke dalam Johor selepas pengundi awam dibuat. Pada 1886, Sultan Abu Bakar ditabal sebagai Sultan Johor ke-21. Baginda digelar Bapa Pemodenan Johor…

 

SUMBER: SULALATUS SALATIN(YOUTUBE)

Kiriman Hafiz Norazman.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Sejarah akademik, johor bersultan dua, sejarah

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat
  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Kisah kejayaan orang yang gagal

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Senario yang berlaku hari ini, tengok diaoran…

Akademik Sains

Sains- Berkomunikasi

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGKemahiran Berkomunikasi Maklumat atau idea yan…

Akademik Ekonomi Motivasi

Sajak merdeka 2015, Sehati sejiwa

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGSejak merdeka kembali lagi untuk tahun 2015. T…

%d bloggers like this: