Giler ramai yang datang semalam. Yang datang dari awal pagi, siap tidor dekat shopping mall semata-mata mahu
JOHOR BAHRU: Ribuan Bangsa Johor mula membanjiri pusat beli belah Galleria@Kotaraya , seawal jam 8 pagi semalam untuk membuat permohonan mendapatkan Rumah Impian Sultan Ibrahim. Tinjauan BH mendapati, jalan sekitar pusat beli belah itu terutama Jalan Duke, Jalan Trus, Jalan Abdullah Ibrahim dan Jalan Ungku Puan, sesak teruk berikutan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan dan mendaftar bagi mendapatkan rumah berkenaan.
Majlis prapelancaran Rumah Impian Sultan Ibrahim akan disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Keadaan trafik dan bilangan pengunjung dijangka bertambah menjelang majlis prapelancaran yang dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang semalam. Dalam laporan BH semalam, Sultan Ibrahim berkata, rumah berkenaan akan ditawarkan pada harga di bawah RM100,000, sekali gus hangat diperkatakan dan mendapat reaksi positif pelbagai pihak. [Read more…]