Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Imam muda 2 2011, minggu ke 7 (di ambang kematian)

Imam muda 2 2011, minggu ke 7 (di ambang kematian)

Zik · Jun 13, 2011 · 17 Comments

Share this on WhatsApp

gantung diri, imam muda minggu ke7 saat kematian, saat kematian, tema imam muda minggu ke 7, diambang kematianImam muda minggu ke 7 bertemakan di ambang kematian. Mereka akan bertemu dengan banduan yang akan menjalani hukuman mati, gantung sampai mati. Ada juga yang dipenjarakan seumur hidup.

Kedudukan Imam Muda selepas Minggu ke-6.
1. IM Fakhrul.
2. IM Azlan.
3. IM Nazrul.
4. IM Fatah.
5. IM Hassan.
6. IM Najdi
7. IM Ammar.
8. IM Mujahid.

Permulaan program Imam muda ini dengan dimulai bacaan zikir taubat, oleh 8 Imam muda yang masih berjuang di medan ini.

imam muda minggu ke 7, imam muda berzikir taubat, 8 imam muda,

Mereka akan pergi ke penjara malaysia. Sebelum pergi, mereka berbincang dan membuat sedikit ulangkaji dan mengetahui apakah apa yang akan berlaku jika berhadapan dengan banduan seperti ini. Adakah mereka akan agresif dalam keadaan yang genting seperti ini.

Ketika tugasan: Penjara Malaysia.

IM ini, diperiksa terlebih dahulu sebelum masuk ke penjara. Takut-takut ada yang bawa barang terlarang. Mereka memberi tazkirah kepada banduan secara bergilir-gilir.

IM Fakrul.

Berhadapan dengan banduan yang agak agressif. Tiba-tiba banduan itu bagitahu ingin bebas seperti orang biasa, IM fakrul cuba agar kembali tenang.  Membetulkan minda yang sedang emosi bukan sesuatu yang mudah.

IM Hassan.

Banduan yang tidak menerima hakikat kenapa beliau yang menerima musibah ini. Hukuman yang tidak adil buatnya. IM Hassan cuba menenangkan dengan syurga dan neraka belum tentu buat kita semua, sama ada kita berada di dalam atau luar penjara. Itu semua kententuan dari Allah.

IM Fattah

Memberitahu kepada banduan, masih ada lagi peluang untuk bertaubat. Banduan ini sudah 9 tahun dipenjarakan dan menunggu masanya untuk menerima hukuman gantung sampai mati. Cuba berpesan teruskan berdoa, beristigfar dan jangan percaya dengan bisikan syaitan yang sentiasa mengacau dalam fikiran. Hal ini pun sama seperti aku juga.

IM Ammar

Banduan yang boleh bertarranum. Suara sangat sedap. Menusuk kalbu. Beliau kata difitnah sehingga masuk ke penjara. Dia memang terkenal ditempat asalnya untuk berzanji. Bila IM Ammar bercerit tentang agama. Bandian itu meremang bulu romanya. Tak tahu apa salahnya??

Im Najdi.

Ajar mengucap dua kalimah syahadah. Bapa saudaranya telah mengenakan beliau sehingga masuk ke kancah ini. Tetapi Bapa saudaranya telah pun meninggal dunia, dan dia masih berdendam dengan bapa saudaranya. IM Nadji mengingatkan Tujuan hidup kita di dunia ini untuk beribadah kepada Allah. Bukannya untuk berdendam.

Im Nazrul.

Banduan yang memberi tazkirah dan mendoakan kejayaan IM Nazrul. Beliau menggunakan masa yang ada di penjara ini, dengan banyak beribadah, ingat kepada Allah. Sangat sebak.

IM Mujahid

Apa yang boleh dicakap , berserah kepada ketentuan Allah. Usaha memang usaha tetapi jangan berhenti berdoa. Namun banduan itu masih tertanya-tanya.

IM Azlan.

Mengajak banduan itu membaca al-fatihah memang dia taknak. Dia kata hari-hari baca alfatihah. Dia cakap tertekan bilamana IM Azlan nak start cakap. Apa-apa nak cakap dia bantah, ibarat mencurah air ke daun keladi.

Temuramah si tukang gantung :

Biasanya akan buat pagi-pagi. Sebab ikut nasihat doktor, kalau pagi-pagi darah yang keluar dari gantung nih, tak banyak. Dan memudahkan kerja-kerja doktor untuk memastikan benar-benar banduan ini telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Lakonan semula sebelum bermulanya hukuman mati. Banduan ini akan diberi peluang untuk beribadah, solat subuh dahulu, solat taubat. Diberitahu awal-awal oleh pihak penjara.

Sesi soal jawab bersama Ustaz Zulkarnain.

Im fatah, mati itu pasti. Mati terbahagi kepada dua, mati kecil dan mati besar. Mati kecil ialah bila kita tidur, koma, pengsan yang bersifat sementara yang Allah akan hidupkan kembali. Dan mati besar bila roh kita ditarik dari tubuh asal kita dan terpisah buat selama-lamanya.

Im Nazrul.Mengapa rukun iman tiada dalam kematian. Kematian ini ialah perkara rahsia oleh Allah kepada semua hambanya. Justeru itu, walau tidak disebut dalam rukun iman. Wajib kita beriman dengan ketentuan Allah (qada’ dan qadar).

IM Fakrul. Kenapa perlu berusaha bila dah tahu nak mati? Ia ibarat seperti orang nak kahwin. Bila masa nak kahwin, lagi itulah dia akan membuat persiapan dengan sebaik mungkin. Nak tengok baik atau tidak, kita tengok penghujung nya.

IM Ammar. 3 cara untuk menghadapi persediaan sebelum kematian. Mengetahui, apakah tujuan kenapa kita hidup didunia. Kita perlu insafi bagaimanakah nilai didunia berbanding di akhirat. Dan yakini pasti, kematian itu pasti akan tiba.

IM Azlan, Hukum beriman dengan kematian adalah wajib. Firman Allah yang bermaksud, betapa pentingnya Allah menekankan bahawa kematian adalah pasti.

IM Najdi, siapakah lelaki yang paling bijaksana. Orang yang mengingati mati dan persediaannya dalam mati sangat-sangat kita nampaklah.

IM Mujahid, Sedangkan nabi muhammad S.A.W diwaktu saat hampir wafat, cuba kita lihat betapa sakitnya nabi kita diwaktu saat itu. Kesakitan diwaktu kematian sangat sakit tak kira nabi apatah lagi kita hamba.

IM Hassan. Tanda kematian yang baik. Berpeluh dahinya dan mengalir air matanya. Barangsiapa yang mati melafazkan kalimah syahadah. Maka wajib syurga baginya.

Pesanan Tuan Mursyid.

Dalam perjuangan dan usaha menjadi imam muda yang unggul perlu memberi tumpuan dalam ilmu pengetahuan yang mana diperlukan dalam masyarakat. dan Janganlah kita menuntut ilmu kerana ingin menunjuk-nunjuk, berbangga di hadapan ulama’, untuk berdebat dengan orang jahil dan barangsiapa yang berbuat demikian, maka nerakalah kamu. Jadikan hari ini lebih baik lebih baik dari hari semalam. Bukan kehebatan dilihat dari masyarakatdari pakaian, pangkat semata-mata, sebaliknya ialah ilmu yang bermanfaat dan akhlak, kedua-duanya perlu seimbang.

5 soalan imam muda :

1.Apakah yang dimaksudkan dengan tajassus?

  • Mencari aib orang dengan tujuan untuk memalukannya.

2. Apakah hukum buruk sangka?

  • Haram jika orang itu bukan dari golongan yang zalim.

3. Bilakah kita boleh membuka aib orang?

  • Boleh buka aib kepada hakim sebagai saksi kemungkaran.

4. Apakah kaitan kematian dan keimanan?

  • Kaitannya ialah kewajiban kita beriman kepada Allah S.W.T yang menentukan setiap yang bernyawa pasti akan mengalami kematian.

5. Jelaskan mengenai sakaratul maut?

  • Sakaratul maut ialah satu penderitaan yang dialami oleh roh dengan keadaan yang tertentu pada masa ia hendak meninggalkan jasadnya.

Penyingkiran:

Tuan mudir menggumumkan ada 2 orang yang akan tersingkir. Imam muda Mujahid dan Imam muda Najdi. Mereka di pakaikan jubah.

imam muda najdi dan imam muda mujahid, im najdi, im mujahid,

Imam muda mujahid dan Imam muda Najdi.

imam muda najdi dan imam muda mujahid, im najdi, im mujahid,

Ketika sesi soal jawab bersama wartawan.

Resolusi Imam muda :Diambang kematian.

  1. Menggesa semua umat islam agar menggunakan nikmat hidup di dunia sebaiknya untuk kebaikan dunia akhirat.
  2. Menyarankan agar masyarakat dapat menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat.

Untuk menonton secara online minggu ke 7 ini dibawah ini.

 

 

Credit kepada guatv.com

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan 5 soalan imam muda 2 2011, download imam muda minggu ke 7, Imam muda 2 2011 minggu ke 7 (di ambang kematian), imam muda minggu ke 7, imam muda minggu ke 7 2011, imam muda musim ke 2 2011 minggu ke 7, imam muda najdi dan imam muda mujahid ditamatkan pengajian minggu ke 7, laporan minggu ke 7 imam muda 2 2011, tema minggu ke 7, video imam muda minggu ke 7, youtube imam muda 2 2011, youtube imam muda 2 2011 minggu ke 7

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. nizamghazi says

    June 13, 2011 at 6:50 am

    Ak mmg salute dgn rancangan ni + mereka masih muda
    Mereka mempunyai sikap yg jrg2 org lain ada

    Reply
  2. muhammad fakhruddin says

    June 13, 2011 at 8:33 am

    Mendekati mereka memang perlukan kesabaran. Kita semua punya sejarah hitam tersendiri yang Allah selindungkan dari pengetahuan makhluk lain.

    Bercerita mengenai kematian di bulan Rejab dan Syaaban ini begitu menginsafkan, alangkah mahalnya nyawa ketika Ramadan menggamit kita.

    Reply
  3. Sabahan Bloggers Club says

    June 13, 2011 at 8:46 am

    Sekarang ni, ramai yang buka aib orang dalam TV. Semua politik punya pasal. 🙂

    Reply
  4. Esempoi says

    June 13, 2011 at 10:22 am

    memang bagus imam muda ni..
    semoga dapat beri manfaat pada semua rakyat malaysia

    Reply
  5. tengkorak emas says

    June 13, 2011 at 11:17 am

    sekarang sekali dua yg tersingkir..

    Reply
  6. Iqbal says

    June 13, 2011 at 12:45 pm

    bagus mengingati mati… moga terhindar dari mungkar..

    Reply
  7. nuriz says

    June 13, 2011 at 12:51 pm

    kagum dgn imam2 muda ni, biarpun muda tapi bila melontarkan hujah dan pendapat fuhh memang yakin dan cukup lengkap dgn hadis dan contoh2.
    suka imam muda ammar hehe

    Reply
  8. Mus says

    June 13, 2011 at 2:26 pm

    pendedahan kehidapan lampau banduan ini pasti akan memberi pengajaran kepada kita yang menonton..

    Reply
  9. Ramli says

    June 13, 2011 at 2:28 pm

    harap ramai yg akan follow buat rancangan macam nie..baru la negara islam..

    My latest entry Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2011

    Reply
  10. hafidz says

    June 13, 2011 at 2:41 pm

    makin suspen.
    lepas ni saper pula yang tersingkir~

    Reply
  11. suri says

    June 13, 2011 at 2:46 pm

    harap program ini akan d teruskan smpi bila2

    Reply
  12. BroZooL says

    June 13, 2011 at 3:48 pm

    Lepasni ada program ustazah pilihan plak..tapi sayang ramai yg xberapa minat rancangan yg bercorakkan agama ni,patutnya rancangan macam ni lah yang patut dinaikkan..

    Reply
  13. Norizwan says

    June 13, 2011 at 9:12 pm

    aku memang suka tengok rancangan ini…memang sesuai umu untuk semua orang…melopong di depan tv…ini baru betul mereka nak popular di dunia dan akhirat…=)

    Reply
  14. Saya Laa Dia says

    June 13, 2011 at 11:50 pm

    Bagaimana agaknya perasaan apabila berada ditempat banduan tersebut? Sudah tahu kematiannya bila. MashaAllah.

    Tidak semua yang dikatakan penjenayah dan banduan itu bersalah.
    Tetapi orang yang bersalah sudah tentulah penjenayah!

    Best juga rancangan ni. Jadi motivasi kepada anak muda.

    Reply
  15. tehr says

    June 14, 2011 at 12:16 am

    menghadapi seorang banduan yang menunggu hukuman mati
    payah ni, memang payah

    Reply
  16. bEe says

    June 14, 2011 at 3:15 pm

    Jika bEe berada dlm situasi para peserta…. Tak dpt diluah oleh kata2 sebenarnya

    Reply
  17. nor says

    June 14, 2011 at 4:38 pm

    kalau bleh biar smua imam muda dpt mmasuki final sbb dsitu byak bnda yg bleh dpelajari…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.