Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Iklan merdeka raya petronas 2011

Iklan merdeka raya petronas 2011

Zik · Aug 26, 2011 · 21 Comments

Share this on WhatsApp

Petronas tidak pernah terlepas untuk setiap tahun menyeponsor video yang menyentuh emosi penonton televisyen. Namun untuk tahun ini,  konsep yang ditampilkan agak berbeza, walaupun ringkas dan tidak berapa nak touching pun sebenarnya!. Apatah lagi apabila perayaan terbesar umat Islam tahun ini diraikan bersama-sama dengan kita menyambut tarikh kemerdekaan.

Apa kelainannya??

Petronas mencuba membuat kelainan iklannya iaitu dengan memberikan penghargaan kepada tangan yang sebenarnya memang banyak jasa kepada diri kita sendiri.

Celebrate the Values We Believe In (Meraikan Nilai Kita Percayai)

Iklan Merdeka Raya 2011 memberikan penekanan kepada apa yang dilakukan dan diceritakan manusia menggunakan tangan mereka. Selepas memahami nilai begitu berharga milik sepasang tangan, menyuruh para penonton berfikir sendiri apakah mesej yang cuba disampaikan secara tersirat.

Sebagai contohnya, tangan- tangan yang bersalaman adalah simbol ampun dan maaf. Tangan-tangan yang penuh dengan parut dan calar menunjukkan kerja keras dan kekuatan. Tangan adalah simbol ideal kepada keperibadian kita. Ia bukan lagi mengenai kepentingan menyampaikan nasihat atau memberi pengajaran kepada penonton, tapi iklan tahun ini adalah satu bentuk penghargaan kepada rakyat Malaysia. Melalui interpretasi di tangan mereka, iklan ini adalah untuk meraikan nilai-nilai yang mewakili rakyat Malaysia.

Tempoh iklan lebih kurang dalam 1 minit 2 saat ini dihasilkan dengan penuh pengisian, yang mana ia berjaya menyuntik emosi dalam setiap pergerakan tangan, seorang pekerja buruh/petani/pekebun tangan yang kotor bekerja,  seorang wanita menadah tangan  berdoa ketika sembahyang, seorang guru yang menulis mengunakan kapur di papan hitam di sekolah, seorang pakar bedah menyelamatkan nyawa, mahupun seorang lelaki buta membaca tulisan Braille.

Jom layan video iklan petronas dibawah ini:

Petronas Ad… doing it different this year inside their FB page. #sayasukamalaysia.

Share this on WhatsApp

Pengumuman Iklan merdeka raya petronas 2011, iklan raya, iklan raya 2011, iklan raya petronas 2011, koleksi iklan raya 2011, mesej tersirat iklan raya merdeka petronas 2011, senarai iklan raya 2011, youtube iklan raya 2011

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. adele says

    August 26, 2011 at 8:27 am

    PETRONAS mmg the best lah! tak pernah lg iklannya mengecewakan org ramai.. πŸ™‚

    Reply
    • afiq aiman says

      August 26, 2011 at 12:51 pm

      sokong 100%. mesej mereka nak sampaikan selalunya berjaya disampaikan dengan baik. thumbs up!

      Reply
  2. akubiomed says

    August 26, 2011 at 8:48 am

    Iklan yang menarik sempena Hari Raya tetapi ada juga yang tidak menghargai tangan dengan bermain mercun hingga hilang jari dan menjadi cacat πŸ™

    Reply
  3. kopisoda says

    August 26, 2011 at 3:30 pm

    tangan dihulur, salam diberi. moga raya ini membawa kita kermerdekaan yang sebenarnya πŸ˜€

    Reply
  4. MR.Z says

    August 26, 2011 at 6:11 pm

    iklan yang menarik. banyak isi yang cuba dilontarkan. tangan memberi dan menerima. tangan juga la yang mengerakkan kita.. πŸ˜€

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      August 28, 2011 at 4:08 am

      Petronas punya iklan mmg begitu. ada unsur2 kemasyarakatan ckit

      Reply
  5. Paksu-IT says

    August 26, 2011 at 9:45 pm

    tahun ni special.. Raya + Merdeka.. hehe… mesti pening designer tu nak buat iklan…

    Reply
  6. tehr says

    August 26, 2011 at 11:45 pm

    dan tangan juga yang memusnahkan keindahan dunia ini

    Reply
  7. zulkbo says

    August 27, 2011 at 12:42 am

    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
    Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
    Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
    Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
    Mohon kemaafan untuk segala-galanya
    & Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Reply
  8. Pacifista - X says

    August 27, 2011 at 2:23 am

    konsep iklan yang mudah, tangan! πŸ˜€

    Reply
  9. titan says

    August 27, 2011 at 2:24 am

    walaupun pendek, tapi penuh bermakna.. πŸ™‚

    Reply
  10. Jai says

    August 27, 2011 at 9:12 am

    Terbaiklah petronas.. Nanti aku buat iklan, zik promote pulak boleh..he3

    Reply
  11. Amirez says

    August 27, 2011 at 11:58 am

    iklan ringkas macam ni yang senang terpahat di fikiran masyarakat. setiap tahun, iklan raya petronas juga yang paling menarik

    Reply
  12. muhammad fakhruddin says

    August 27, 2011 at 1:29 pm

    Menghasilkan iklan bermakna. Ia memang memerlukan kreativiti dan idea yang menarik. Tidaklah iklan menjadi medan berkhutbah seperti iklan raya _____. πŸ˜‰

    Reply
  13. Andy says

    August 27, 2011 at 5:13 pm

    Terbaik,peuh dengan inspirasi dan teladan

    Reply
  14. nizamghazi says

    August 27, 2011 at 10:41 pm

    Plot video ni sgt kreatif.
    Dengan hanya menggunakn keyword tangan
    Boleh huraikan semuanya. Mmg salute, terbaik!! πŸ˜‰

    Reply
  15. Dulu Lain Sekarang Lain says

    August 28, 2011 at 4:04 am

    ramai ehh yg tulis psl iklan Petronas nie.. Mg hebaat petronas as usual. Oppsss they did it again πŸ˜€

    Reply
  16. sayacomel says

    August 28, 2011 at 2:50 pm

    hoho..comel la iklan nih..

    Reply
  17. hakmi says

    August 28, 2011 at 4:08 pm

    memang hebat…tapi ia tidak membersihkan dosa-dosa petronas kepada rakyat terengganu dengan kelantan…..

    Reply
    • James says

      September 16, 2011 at 12:28 pm

      Please fill in the survey for the commercial – appreciate your feedback . Thanks http://www.surveymonkey.com/s/JPSWKCZ

      Reply
  18. Khidhir says

    August 29, 2011 at 9:38 am

    iklan petronas mmg slalu unik dan best

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.