Perubahan 20 Tahun Kuala Lumpur dari tahun (1991 – 2011) !
Tahukah anda, Kuala Lumpur pada tahun 1991 punyai lanscape yang berbeza dengan Kuala Lumpur pada tahun 2011 ? Mestilah pembangunan yang membangun pada ketika tempoh itu.
Jom tengok perubahan ketara Kuala Lumpur selama 2 dekad ini.
1991:- Menara Berkembar PETRONAS (KLCC – PETRONAS Twin Tower), masih belum mula dibina sekalipun. Menara Kuala Lumpur pada ketika itu, hanya baru dipersiap sediakan tapak pembangunannya.
Kalau anda lihat pada gambar atas nih, Kuala Lumpur pada tahun 1991, begitu lapang, tiada bangunan pencakar langit, penuh dengan pokok-pokok besar dan pohon-pohon hijau yang menghiasi setiap pesudut ibukota negara kita ini.
Malaysia pada ketika itu, mungkin belum dikenali tanpa wujudnya menara-menara dan bangunan-bangunan korporat syarikat antarabangsa. Hotel-hotel besar bagaikan tidak wujud pada ketika itu. Apatah lagi sistem tren seperti PUTRA LRT, KTM (erkk) dan sebagainya.
Aku lagi suka tengok gambar yang lama, sejuk jer mata memandang. Kacak jer aku tengok hati ini memandangnya. Kalau tahun 2020, macam mana agaknya. Tinggal beberapa tahun jer untuk merelesasikan misi Tun Dr mahadhir kita nih.
Hello admin,
Apa yg saya nampak, pokok semakin menghilang huhu
salam;
Betul..gambar lama KL lebih damai dan nyaman pemandangannya berbanding tahun 2009 dan 2011 yang sesak,berdebu amat menyakitkan mata.
salam..
dah 21 tahun saya kerja KL
dulu dari ampang ke KL kurang
10 minit..sekarang..ermm..dekat
45 minit..JEM!
Secara jujur, pemandangan pada tahun 1991 lebih mengasyikkan. Seperti kata Zik, sejuk mata memandang.
Alangkah baiknya jika Malaysia dikenali sebagai negara dalam gambar 1991. Mempunyai keunikan tersendiri. Kenyataan ini tidak menafikan pembangunan, namun ada baiknya jika ia dalam keadaan terkawal.
Yang berlalu biarkan berlalu. Kini, pemandangan sawah di negeri-negeri sebelah utara perlu dikekalkan agar “sejuk mata memandang”. Amin. 😉
Pembangunan pesat Kuala Lumpur bagus menandakan kemakmuran ekonomi Malaysia. 😀
Pembangunan Malaysia begitu pesat menuju kearah negara maju.
Pembangunan di KL sangat pesat sebab itu ada nampak usaha membina bandar-bandar besar di sekeliling Lembah Kelang. Bukti banyak Hypermarket yang terletak di bandar sudah ada dipinggir bandar salah tujuannya untuk mengurangkan kesesakkan di bandar utama.
Pastinya lebih byk jerebu 😀
1991..masih nampak kehijauan..wow amat pesat..tq bagi tengok pic KL ( benar2 menjerit)
harap2 masih ada pokok masa 2020 nanti
pokok atas bangunan kan cikgu..kang tak ada oksigen yang cukup pulak
itulah harga sebuah pembangunan yang perlu kita korbankan. rata-rata ibu kota seluruh dunia pun dah kurang kehijaun
Pembangunan tak dapat kita sekat… ia akan datang.. tetapi yg penting ialah keseimbangan dengan alam semula jadi.. Inilah sebabnya di New York ada Central Park yang sgt luas kawasannya… cabut sebatang pokok pun kena denda..
kayanya makin sedikit yang hijaunya yaaa…udah dijadiin jalanan semuanya yaaa…
Yang 1991 tu memang best ever green jer
huhu, nak buat camane, kalo bandar tue nak maju kena jadik camtue laaa.. banyak kehijauan terpaksa dikorbankan.. huhu, takpe2.. kita kan dah buat hutan reserve.. bleh pegi situ kalo dah menyampah tengok bangunan jerr… 😀
walaupun kita suka melihat ketenangan pokok hijau tapi kalau kita dah dibesarkan di hutan batu tetap hargai apa yang ada…
mmg pantas kl membangun.. 🙂
ok la tu, baru nampak maju.
memang berbeza gila la..
wah..dulu banyak hijau2. makin lama makin kurang. tinggal setompok ja. haha
perghhh KL skang sesak ya amat huhu, 1991 time aku baru umo 6 tahun.. dok nganga taktau apa lagi hahaha