Lepas nie aku naik beskal jela. Gambar dari sini
Ingat awal bulan hari tuh 2 haribulan november 2010, mengenai kenaikan harga minyak naik 5 sen kan? Sekarang ada lagi pengumuman harga baru. Yeah, terbaik!
Kerajaan akan menaikkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai 1 Disember ini (esok), apa yang aku dapat berita dari selangor kini. Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga minyak petrol berkenaan akan dibuat esok. Bagaimanapun harga minyak petrol RON95 kekal pada tahap RM1.85 seliter.
Pelarasan harga baru berkuat-kuasa adalah seperti berikut.
Harga lama – Petrol RON 95 – RM1.85 seliter. Kekal
Harga lama – Petrol RON 97 – RM2.15 seliter. Naik 15 sen < harga baru RM 2.30 >
Harga lama – Diesel – RM1.75 seliter. Kekal
Kerajaan BN awal tahun ini memulakan langkah memotong subsidi berdasarkan aras tanda harga minyak RON95. Langkah tersebut adalah antara beberapa ‘pembaharuan’ yang disyorkan oleh penasihat kerajaan kononnya dalam usaha mereka (hurmm) mengurangkan beban subsidi kepada lima barangan keperluan asas yang ditanggung dan merencatkan rancangan pembaharuan ekonomi negara ini.
Minyak petrol RON97 yang mempunyai tahap octane yang lebih tinggi berbanding RON95 tidak disubsidi oleh kerajaan. Dan ini merupakan kenaikkan kedua dalam tempoh tiga bulan. Baru jer kita dilaporkan dengan kenaikan 2% inflasi bulan oktober hari tuh.
Aku punya pendapat, beralihlah guna RON 95. Erm tuh jer. Yang lain kome tambah sendiri.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
RedBoys says
kayuh beskal je bro. jimat. selain dpt exercise. hehe
PutraRocker says
1 malaysia rakyat didahulukan :angel:
RedBoys says
pencapaian di utamakan. huhu. :angel:
etomyam says
nasib baik aku guna ron95 aje hehehe
dnoBiz says
Sama la…
adamfaiz says
aku pong! 🙂
iza says
Aduhhh…naik lagi. parah ni. kalau gaji naik seiring ok la jgk…
dnoBiz says
ron 95 tak naik, pakai je yang tu,
Ps : tak guna juga kita risaukan pasal gaji sebab kalau belum tiba masannya gaji tetap tak naik..
yang penting sekarang cari altenatip untuk tambah pendapatan
iza says
ron 95 kurang elok utk enjin….cepat habis…
nampaknya isteri kena bantu suami la lepas ni….suami nk buat kerja tambahan tak ada masa, 24 jam kena standby
dnoBiz says
aku pun guna ron 95,
tapi ada yang takut sebab katanya mudah terbakar….
tapi kalau ikut logik pada kandungan Oktain ron 97 lagi mudah terbakar….
Ps : teringat kat Racing Fuel yang yang kandungan Oktainnya kita tentukan berapa banyak 😀
wan300 says
ron97 lagi lambat terbakar dari ron 95…… ron 95 cepat terbakar…… kete yang compression ratio tggi kene guna minyak ron97….. klu x jadi engine knocking
myvitrd says
aku popn dah plan nak beli basikal juga.. kita buat macam jepun g keje naik basikal je
RedBoys says
yep bro. naik beskal lg best. kan best kalau malaysia jd mcm jepun. huhu. x de lah pencemaran.
Ieda Al-Habsyi says
ape ni asik naik aje?! nasib bek aku naik beca aje, hehehehhe! 🙂
Zik says
nak helikopter ala2 nobita..hehe
kulanz says
Bulan lepas naik 5 sen.. bulan ni naik 15 sen.. tahun depan silap-silap naik 25 sen..
husin says
thn depan tk main sen sen dah. singgit dua hinggit terus
hafizmd says
mungkin juga tuh…kalau mereka naikkan ron97 20sen, trunkanlah yg ron95 5 sen…ala, mcam check n balance…ok tak?heeheh
sazuwi says
jangan minggu depan RON95 plak naik..
pening gak kepaler..
Zik says
kalau naik… mengamuk semua orang…
yoy says
terbaik la kerajaan..nasib 95 belum dinaikkan lagi..
Zik says
jangan ler yang tuh naik…
aimannajmy says
Salam bro huhu..lama tak singgah hehe..mak aihhh naik lagi upanya..selamat aku byk pakai moto je ke hulu ke hilir..kang kalo naik 95 mau ada demo lagi pe huhu
Zik says
daku pun samala naik motor… tapi tak lama lagi kereta tuh bakal kena beli gak.. aiyoo…
azizan4444 says
nasib badan..naik pun xley bt pe..tetap pakai.huhu
Zik says
keperluan harian…
orang lama says
Tak ingat last sekali waktu Mahathir…..semua kereta pakai RON97,motorsikal jer pakai RON 95………..sebab RON 95 memang dibuat untuk enjin motor bukan kereta……tak caya 2,3 bulan tukar RON 95 kereta start tak pikap,rasa berat,tak laju cam biasa dan mula meragam sikit2………….kereta2 tahun nih ngan lepas mana ada manufacture tuk RON 95………..naik sebab ramai pakai RON 97,tak leh buang RON 97 cam ROKOK….naik camana pun tetap BAYAR,strategi diorang nak untung banyak…..
Zik says
terima kasih bro diatas komen dan pandangan ini….
man says
Salam Bro / Sis…
Tukar je parti pemerintah… Kita tengok parti baru pula… Aku sumpah, tak nak sokong Barang Naik… BN, Cakap xserupa Bikin.
hafizmd says
belum tentu bro…hehehe…kang kalau naik yg baru…lagi teruk dari yg ade..apapun, harga minyak mentah dunia tetap naik juga…hohoho
man says
Orang negara maju berani buat perubahan… Orang kita takut buat perubahan.. Aku nak perubahan kearah kebaikan Ummah semuanya.
Hadi Rofiee says
Semalam tonton berita cina ntv7 pukul 9.30, terkejut juga. Tak faham pun, tapi dari segi gambar yang dipertontonkan, macam faham ja. Ramai2 orang berpusu2 ke stesyen minyak & pam warna hijau.
Kemudian bila buka Yahoo.com, ternampak berita tentangnya. Oh, betullah apa yang aku sangkakan.
Alahai, minyak naik lagi. Baru ja naik sebelum ni. :getlost:
Zik says
sebulan jer…. entahla….
tehr says
tahun depan naik seminggu sekali
kaya2
Hadi Rofiee says
Haha. :biggrin:
Mohd Isa says
haish…pasni aku nak kayuh basikal jelah…matilah camni…damn
Zik says
naik sampan pun ok gak…hehe
Mohd Isa says
haha…tu kalau musim bajir bolehlah….takkan nak naik sampan atas darat…haha
Peace says
Sabar ajela, 6 bulan sekali harga minyak, tepung, gula dan gas akan naik.
Subsidi akan dikurangkan berperingkat.
Tukar kerajaan? Jangan haraplah dengan situasi sekarang ni.
Mahu tak mahu kenalah tingkatkan pendapatan. Jangan join bisnes yang mengarut udah le. Nanti bukannya melabur tapi melebur.
Zik says
terima kasih diatas komen itu bro/sis
akubiomed says
Confimker RON97 naik harga. Belum dengar official new lagi?
hafizmd says
confirm bro…dah keluar suratkhabar pagi ni…
nash says
yeker???? adehhh…aku xbace surat khabar pulak hari nie…adooii..aku xtahu la mintak ron ape yg aku pakai..tapi yg pasti mst tensen kot…adoii..baru je naik…
din says
bagusnya..i like gila2..pasni semua harga barang naik..bagus2..
RedBoys says
haha. x leh blah. like? erk. huhu
Zik says
naik semua habisla…. kena saving …
RedBoys says
hurm. sat2 naik. tp x penah2 turun. huhu
syahrilhafiz says
ayoyo..lepas ini maa naik jugak la tambang bas..
Zik says
tambang bas, tol tuh tak tahulah?? huhu
resep masakan says
Di Indonesia sudah naik semenjak tahun 2009 Bang Zikri. Memang kini minyak semakin susah didapat dan pengguna kendaraan bermotor (bicycle / car) semakin banyak saja.
Zik says
owh yeker…. sana lagi gawat ya… penduduk pun ramai…
resep masakan says
ye bang…kini minyak bersubsidi pun sudah dicabut…makin susah aja….
fiezaradzi says
tul, pakai 95 jer…
Zik says
pakai yang murah jer… huhu
intankuterpilih says
alahai mcm ni punya pasal, aku beli beca jerlaa…pelan2 kayuh, akhirnya sampai jugak…
Zik says
sampai jugak….. ke destinasi.. heee
Mohd Hafiz says
naik lagi minyak rupanya.. betul2 kuno aku nih… x tahu langsung aku pasal berita… ish3.. thanx zik 🙂
Zik says
ini pun sebab member yang keje kat petronas bagitau… kalau tak terganga jerla…
Sadieqz says
haha! Basikal pown leh isi minyak.. kikiki.. Nanti naik basilak jela..
Zik says
gambar basikal kat atas tuh macam simbolik jer tuh… hehe..
mhnizam says
tiap-tiap bulan minyak naik ni….haiyaa parah gak la
Zik says
parah… memang parah… kerajaan tak da duit nih…
Jiwa Kacau says
Nasib baik RON95 tak naik…kalau tak ramai yg terpaksa ketatkan tali utk ikat perut…terbaik dr kerajaan BN…
suri says
dok pikir org yang ada anak tu huhu…
Rahsia Buah Pinggang Sihat says
Aku punya pendapat tukar je kerajaan Barang Naik ni.Udahlah,takdak manfaat menyokong depa nih.Kita cuba plak kepada kerajaan lain.
Dah muak aku dengar slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.Kena ajar depa ni tentang kuasa rakyat.Hari tu dah tumbang 4 negeri.Dalam PRU akan datang kita tukar kerajaan Pusat terus,amacam,setuju tak?
Zik says
kasi tukar jer… habis cerita…
suri says
terasa nak jalan kaki pula heeee :angel:
Zik says
jalan kaki pun ok gak…. sehat tubuh badan..keke..
ardzham says
naik macamana pun kita sebagai pengguna terpaksa beli sebab ianya barang keperluan, sebagai alternatif guna saja ron95 yang kerajaan bagi subsidi tu. takkan nak tinggalkan kenderaan kat rumah dan naik beskal, tak logik langsung!
kalau tinggalkan kereta kat rumah dan pergi kerja atau tempat yang dekat-dekat guna kapcai itu idea yang boleh diguna pakai. dah lama aku praktikkan…
Anwar Osman says
aku nak beli basikal letrik kat bini aku dia xnak. huhu… beli basikal kayuh baru tau.
Zik says
duduk bertapa.. tunggu duit turun dari langit… :biggrin: :biggrin:
Zik says
serius nie bro..hurm…
tehr says
makin kurang la kuasa duit gaji yang ada
kuasa… kuasa….
Anwar Osman says
kenderaan aku pakai letrik. nasib kat mesia xdak stesen janakuasa berasaskan minyak. kalau tak tambang LRT pun boleh naik gak.
mancai says
lahai… minyak oh minyak… aku suka gambar tu…
ST says
kenaikan harga minyak RON97 tetap akan beri kesan pada benda-benda lain. Tak semudah dengan tukar penggunaan pada RON95 sahaja…. huhuhu.
rimi83 says
ala… nanti naik la pulak harga Ron95..tunggu je…
krol says
pening kepala…baru naik dah naik lagi…nak tukar Ron95 pun sama jugak, klu Ron97 naik, xlama lagi Ron95 pun naik jugak..naik senyap jer nti……pusing mana pun tetap kita jugak yang tersepit….
resep masakan says
Abang krol mungkin kalu di Indonesia Ron 95 = Premium and Ron 97 = pertamax. Lebih mahal mana bang antara Ron 95 dan 97?
mimi says
kerajaan dah takder duit…. hurmm. Apa akan jadi kalau negara bengkrap? Tapi persoalannya, siapa yang buat negara bengkrap?
en.kalipitchai says
walaupun ron95 tak naik harga..tp still effect jugak sbb harga brg2 tentu akan naik..
siot tul la..dan tak mustahil jugak ron95 akan naik jugak tahun depan..mungkin dlm bulan 2 nnti..
cayalah..
(kepla hanggukkkkkkkkkkkkk apak hangggg laa!!)
saidon says
mangkuk betul kerajaan skang nih..
apesal tak naikkan terus minyak 8 hengget seliter..terus korang kaya anak beranak kan..lps tu rosmah leh buat rambut tinggi 8 tingkat..
eimsperfume says
betul ke kerajaan kita takde ke duit? huhu..
biskut says
layan je lah… ramai yg undi…
Ladfe Amir says
dan minyak 95 pun dah naik harga…
takpe.. tol akan naik lak tahun depan.
gula lagi.
nasib aku says
betul ke rakyat di dahulukan..?