Salam sejahtera.
Inflasi, dikaitkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia yang tinggi iaitu satu perbincangan yang penting untuk kita fikirkan bersama.
Apa yang aku baca menurut dari laporan di akhbar utusan.com.my, menyatakan bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Oktober tahun ini naik dua peratus kepada 114.7 daripada 112.5 pada bulan yang sama tahun lepas.
Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP naik sebanyak 0.3 peratus. Bagi tempoh Januari hingga Oktober, IHP meningkat 1.7 peratus kepada 113.8 dibandingkan dengan 111.9 pada tempoh yang sama tahun lepas, daripada laporan Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataannya baru-baru ini.
Kenaikan sebanyak 1.7 peratus dalam IHP disebabkan oleh peningkatan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali indeks pakaian dan kasut serta komunikasi yang masing-masing susut 1.4 peratus dan 0.2 peratus.
Kenaikan dalam permintaan makanan, perkhidmatan dan lain-lain.
Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (2.3 peratus), pengangkutan (1.3 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas serta bahan api lain (1.0 peratus).
Peningkatan lain ialah indeks minuman alkohol dan tembakau (3.4 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.8 peratus), perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan dan restoran dan hotel masing-masing sebanyak 1.9 peratus, kesihatan dan pendidikan masing-masing sebanyak 1.7 peratus, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.6 peratus).
Sebenarnya kenaikan kadar inflasi ini memang diakui akan naik setiap tahun demi tahun, namun sejak kebelakangan ini, kenaikan kadar inflasi yang mendadak kadang-kadang ia membimbangkan. Mungkin kita tidak perasan kerana jarang membeli barang keperluan harian, namun seperti pekedai, suri rumah dan juga businessman akan mengambil berat tentang hal ini, kerana ia akan menjejaskan profit (untung bersih), terpaksa menaikkan harga bagi yang berniaga demi mengekalkan keuntungan.
Bersediakan anda dalam menanangi isu ini? Walaupun 2 percent dilihat kecil, namun jangan ambil tak tahu pula ya!
kalau barang naik..xda maknanya juga kalau rakyat miskin gaji x naik….
Kena mula menabung la nampaknya..huhu
itulah salah satu perkara yang sllu di fikirkan lebih2 lagi yang ada bilangan anak yg ramai..huhu..
Memang diakui, ia akan menjejaskan semua. Seolah2 ia saling berkait di antara 1 sama lain. Sesuatu mesti dilakukan. Oh, kerajaan.. apa yang sedang terjadi kini.. :angry:
Nampaknya, kita mesti ‘berlari’ dan bukan lagi ‘berjalan’. Lambat sedikit, pasti ditinggalkan. Huhu.. :blink:
lari tuh yang susah sekarang nieh.. mana nak cari duit nih..
Betul juga. Hmm..
Dunia oh Dunia.. Malaysiaku. :ermm:
nampaknya kene cari kerja part time lagi…
pelik juga….napa inflasi ni asyik naik je….apa sebab eh? smpai banyak barang harga naik…beza sangat dengan harga barang dulu2
dikaitkan dengan permintaan yang semakin meningkat dan juga manipulate harga oleh orang yang control… contohnya pembekal…supplier samalah tuh..
apa yang aku faham, kuasa beli wang yang kita ada semakin turun
semakin banyak wang yang diperlukan untuk menampung kehidupan seharian
yup kuasa membeli semakin kurang…. so banyak benda kena berjimat lah pulak…
Situasi sekarang ni memang sudah menyebabkan akan naik dan semakin naik hehe
naik dan trus naik.. turun takkan tuh… minyak pun sama…
benar tu kita mesti kerja kuat dr skrg utk cari wet leboh.dunia makin maju..mata wang makin mahal huhu..tapi brg yg kita dapat beli skit jer huhu..
salam Zikr…
yang nyata gaji saya dah
9 tahun tak naik..nak
kat apa kan..?
Simpati gak r mana yang gaji tak naik2..memang tu cabaran la..huhu
kenape la gaji tak naik..heran aku..
Haha..barang naik akan turun, tapi gaji naik pastu turun, ada yangm engamuk gak..haha..kena sabar je la..
kenaikan ni sememangnya sudah diramalkan dari dua tahun lepas Tak silap aku la, dan tahun depan mungkin akan lebih teruk jika kerajaan tidak melakukan sesuatu bagi mengatasi perkara ini,
Harap harap dapat diatasi,
kenaikan akan ada setiap tahun… mendadak tuh tak pasti lah… kalau mendadak , alamat tak baik lah tuh..
Akibat-akibat buruk dari inflasi beragam seperti pengangguran yang kian bertambah, menurunkan taraf kemakmuran masyarakat dimana upah para pekerja akan merosot sehingga taraf hidupnya pun akan menurun.
Prospek pembangunan ekonomi jangka panjang akan menjadi semakin memburuk jika inflasi tidak dapat dikendalikan atau diatasi. Inflasi yang bertambah serius tersebut cenderung akan mengurangi investasi yang produktif, mengurangi ekspor dan menaikan impor. Kecenderungan ini akan memperlambat pertumbuhan ekonomi.
kredit kepada http://roomhell.wordpress.com
berjimat… pun belum tentu dapat kurangkan kadar inflasi nih…
Salam Zik,
Apa yang saya ingat, negara kita sudah 2 kali dilanda kegawatan ekonomi. Paling teruk pada tahun 1986 di mana saya turut menjadi mangsa diberhentikan kerja dan kali kedua pada tahun 1997. Untuk kali ini diharap PM kita bijak menanganinya agar rakyat tidak lagi tertekan.
harap2 PM Ds najib take note this problem…
gaji tak naik takpe tapi harapnya harga barangan semakin murah. gaji naik tapi harga barang pun naik tak rasa sangat bezanya. bilalah kita nak menguasai ekonomi dunia…kerajaan pun satu banyak bazirkan duit utk benda lain yg kurang faedah
bab membazir2 memang… adoila…
nasib bek aku faham pasal ekonomi negara nih…hehhehee….betul tuh…kenaikan 2% nampak sikit tapi kesannya amat besar. namun bila kenaikan inflasi ni still aku rase masih elok n bagus…cuma rakyat xxdpt merasai kesan inflasi ni….hu3
dah ada rasa sebenarnya..
kerajaan tak de duit sekarang, so kalau gaji imbuhan apa tak dapat faham2 aje lah
tengok banyak projek sekarang ni..
tapi kan kalau naik 2% tuh dah kira bnyak tu
hurm bonus pun macam dah jarang jer dapat…
permintaan kepada tembakau naik…makin kuat agaknya org malaysia merokok,sebab dok serabut pikir gaji tak naik nih..
gaji oh gaji…. bila nak naik..
gaji tak naik, barang naik harga, kemampuan terhad dan macam2 lagi… inilah debat yang tak ada kesudahan dan boleh jadi bergaduh kalau di biarkan.. pengalaman aku sewaktu menjalani kursus2… dan tiada apa pun keputusan sebenarnya… harap2 pihak yang berkenaan boleh jelaskan perkara yang sebenarnya.
orang tengah /memainkan peranan… dia yang control/manipulate harga..
pernah belajar dulu pasal inflasi tapi masih tak faham konsepnya… π
konsepnya senang jer… inflasi naik… harga barang naik.. kuasa pembeli /pengguna akan berkurang…. disebabkan permintaan yang tinggi …. dan supply yang kurang…
Memang inflasi bertambah – tambah tak dapat dikawal oleh kerajaan atas sebab utama pelaksaaan GAJI MINIMA belum lagi dilaksanakan dalam masa yang sama kuasa ringgit makin lemah akibat barang naik dan sokongan perkhidmatan yang sama – sama naik…. π
gajin minimum masih tak decide lagi… so terpinga-pingalah semua… huhu
rokok dan alkohol ada untung banyak ka.
ada … permintaan banyak tuh… huhu
harga naik tak masuk akal.
lebih baik naik kan taraf hidup.
Sebagai orang muda, we need to be aware of things like this. Makin lama inflasi makin naik, harga barang naik in general terutamanya kalau ikut stat ini harga barang makanan. Hutang negara pun makin banyak. silap haribulan kita boleh jadi rakyat yg mmg miskin, sb gaji tak naik, harga naik, so duit skrg dh makin tk laku mcm dulu, boleh beli brg sikit je. π
salah satu ialah money fiat… jangan jadi macam zimbabwe sudah… isk2… duit timbang2 nak beli telur jer tuh..
kalulah inflasi naik jew…
govermnet rancang untuk naik taraf pun xda guna juga…
gaji memng naik tapi harga barng pun lagi melmbung tinggi….
sma jew macm skrng xda beza…:)
bila dah naik ni.ada orang tak suka.
biasa la taraf hidup dah naik.