Naik lagi 5 sen!!
Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter. Aduyai nampaknya pengguna naik motor seperti aku pun rasa juga kesannya, walapun 5 sen!
Aku memang ada perasan ura-ura naik harga, minyak di facebook dan twitter. Namun aku tak pasti adakah benar, maklumat nie. Tapi bila tengok member baru balik kerja petang semalam, duk mengeluh…
Farhan: harga minyak naik 5 sen. huhu… ramai orang duk berpusu-pusu beli minyak. Memang jammed teruk petang tadi…
Zik:- alamak aku tak beli minyak…minyak ada separuh lagi… malas ah nak beratur macam budak sekolah pun ada..huhu..
Pelarasan harga baru berkuat-kuasa hari ini.
Harga lama – Petrol RON 95 – RM1.85 seliter. Kekal
Harga lama – Petrol RON 97 – RM2.10 seliter. Naik 5 sen < harga baru RM 2.15 >
Harga lama – Diesel – RM1.75 seliter. Kekal
Kenapa naik?
Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan “5-dalam-1” pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan. Pemotongan subsidi merupakan sebahagian pelan perancangan daripada kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan. Ya, kita tahu negara kita mempunyai banyak hutang bebanan yang begitu banyak.
Dah banyak hutang, mahu bina Menara Warisan?
Bulan lepas, ketika perbentangan budget 2011, DS Najib ada mengumumkan senarai projek baru – termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion.
Memberi kesan kepada bakal penggundi di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Sudah tentunya, ia menjadi perbualan hangat dan juga satu modal untuk berkempen di pilihanraya kecil disana. Agak-agak sapa agaknya yang menang. Sekian harap maklum.
Sumber malaysiakini
samalah kiter, nak kena pakai basikal la pulak
Itu yang kerajaan pernah umumkan agar rakyat berjimat cermat.Mereka tak tau yang sebenarnya rakyat yang hidup miskin pun tak tau nak jumai apa lagi dah.
Yang sebenarnya kerajaan yang tak pandai menguruskan kewangan negara.malaysia negara yang kaya raya.kita ada minyak dan sumber-sumber lain,tetapi mengapa masih berhutang.
Atau ada sesuatu yang sebenarnya cuba disenbunyikan.Kesannya,kita tunggu dalam siri-siri pihanraya akan datang.itulah Malaysia,negara tercintaku.Aduhai.
sy pakai ron95 je.. tu pun rasa mahal jugak.. maklumlah baru pakai kete.. ekekke
tak tau la sampai bile harge minyak akn terus naik..mebi sampai rm10 seliter..
Harap slogan je beriya-riya.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan,tapi hampeh
kerajaan ni pandai.,
kurangkan sana., naikkan sini.,
rakyat yg sedar bagus lah., yg tak sedarยฒ lagi tu…….
yang untung mereka juga ๐
Bab pilihan raya tu,mungkin ada kesan tapi mungkin juga tak beri kesan langsung,faham2 la politik Malaysia
Akhirnya, ‘mereka’ yang untung. :angry:
Sebenarnya yang tak sedar-sedar lagi tu yang melarat sangat kehidupannya.
isi ron 95 je lah..nasib baik tak naik jugak :cwy:
hurm betul tuh…
masha-Allah… senyap2 je naik lagi!
kalau turun heboh 1 dunia, naik senyap2 je. tak lama lagi mcm2 lah ikut naik tu
hurm betul tuh… utusan, metro , kosmo semua senyap jer.. malaysia kini jugak yang bagitahu..huhu
Terbaekkk! Rakyat didahulukan. Huhu…
pencapaian diutamakan..hehe…
duit rakyat juga nak kambus hutang kerajaan.
pasal Menara Warisan Merdeka yg untungnya..kroni2 kerajaan lah. rakyat jelata nak pegi nanti bknnya percuma. semuanya berbayar nanti.
apa2 semua berbayar..huhu
Saya pakai Ron 95 dan agak lama tak guna Ron 97. Harap-harap Ron 95 pun tak dinaikkan harga
harap2 taklah… ๐
Nak simpan minyak banyak-banyak la kat rumah.
nanti dah ada kereta boleh guna. harga minyak nak jadi macam harga emas pulak.
Mana boleh simpan minyak kat rumah menyalahi undang-undang tu. Perlu ada permit ๐
aduyai…. lepas ni balik rumah dr hostel kena naik moto lh.. biar brhujan berpanas…
kenapalah selalu begini….
bai naik basikal heee..klu pleuh jer heee :sick:
apa nak buat jika hargannya ttp akan naik..sikit tak terasa sangat tapi lama kelamaan dia akan naik juga.. :devil:
ya harganya tetap akan naik juga… huhu
selalu guna Ron 95 je huhu..
owh oklah tuh…
nasib baik ron95 tak naik harga.
tuhla pasal… kalau tak… hush tak tahu la… tapi akan naik juga… lama2 tuh…
kasi naik lagi…hehe nasib naik aku x de keta
naik apa basikal ker?? hehe
susah nak cakap kan kita pengeluar minyak mentah, minyak hasil yang baik di jual kat luar negara dengan harga murah, minyak yang berkualiti yang x baik jual dalam malaysia lepas 2 naik harga susah kan rakyat demi kemajuan negara….
hurm… entahla… apa agenda nya ..aku pun masih tak berapa paham… huhu
salam Zikr..
nak kata apa erk?
tahniah la buat rakyat Malaysia..
harapan cukai boleh membangunkan
negara..tidak masuk poket golongan
tertentu sahaja…
W’salam bro… masuk poket deme lah tuh….
…gaji gak tak naik2 ni!!!!
Samaler dengan saya gaji tak naik lagi dah nak masuk bulan Nov. Kalau back date pakcik kayo ๐
Bila harga naik…banyak benda lagi yg akan naik…jadi, nak tak nak…kite kene jadi lebih bijak beradaptasi…sekian…:D
yup bro,
terpaksa jadi lebih kreatif ๐
pakai ron 95 je abih cerita,
aku tak kisah, sebab aku rasa dah cukup bayak dah kelebihan yang aku dapat sebagai rakyat Malaysia jika nak dibandingkan dengan Thailand, (negara yang berjiran denga Kelantan dan)
saya dok risau ramai sangat yang report ron 95 senang terbakar kalau berlaku kemalangan. tu yang dah start pakai ron 97. tapi tak tahulah sahih ke tak report tu sebab kerajaan tak keluarkan apa2 ‘fatwa’ pun. atau memang mereka amalkan sikap ‘zero transparency’? hehe..
kajian yang berkaitan dengan Oktain yang terdapat dalam ron95 tu ke…
tapi dari apa yang saya dengar (tapi lupa kat mana) penyebab utam ialah aksesori tambahan yang dipasang pada bahagian injin seperti 6 poin ground wire, high voltage cable plug, dan waiering sistem audio yang tak tersusun yang sering menyebabkan berlaku spark didalam ruang injin semasa berlaku perlangaran, dan seterusnya menyebabkan nyalaan bila ada petrol yang bocor. tapi aku pun tak pasti..
Ps: memang hari tun kementerian ada mengatakan yang harga ron 97 akan di apungkan mengikut harga semasa (selepas ditolak subsidi maksima)
harga petrol mmg selalu naik.
kena pandai manage lagi la kewangan pasni..
5 sen tu mmg banyak..
dan kepada yang merokok macam aku ni tak perlu la nak heboh pasal minyak hehehe (rokok mahal pun sangup beli gak :D)
terbaik.. hehhee
Baru je fikir nak pakai bmw.. Last2 x jadilah ๐ ekekeke~
Bm minyak dia lagi jimat bro… (tapi bukan yang golden Oldies la )
hmm.. naik lagi ye.. lepas ni kena kerap duduk rumah ajelah sebab saya dah start guna ron 97 untuk dapatkan performance enjin kereta yang lebih baik. tapi rasanya tak ada masalah sangat sebab kerja pun memang dari rumah. Thanks for the info ye, Zik ๐
kerja kat rumah memang jimat banyak …. ๐
Semuo eh naik…emmmm ,Bilo nak turun eh
ntah tak tahu nak turun apa ntah sekarang nie…
Kdg2 org Malaysia ni ngade jugak.naik 5 sen kecoh nak mampos. Yang naik Ron 97, ron 95 kan ade? malu kat negara lain..sbb kita tak pernah bersyukur dgn apa yang ada..thailand xde subsidi minyak pon..pendapatan per kapita lagi teruk dari kita..politik pon x stabil..perang sana, unuh sana-sini..xdehal je aku tgk rakyat dia hidup..xde la berenti naik kete, bwk basikal pulak..elok je..indonesia pakai ron lebih rendah,thailand pakai ron lebih rendah..dunia permotoran dorang power jugak..cub prix menang jugak..xde masalah pon? minyak thailand seliter dekat RM3.00..xde la pulak aku tgk dorang berenti terus pakai kete..
itu tanda rakyat prihatin… kalau kita buat tak tahu jer…. tak pelik namanya…
pttnya naik minyak lepas pilihan raya..takdela pengundi confident
entahla… tengok hari ini mengundi… ๐ apa keputusanya?? tungguew..
harap2 RON 95 tak naik le.. kalau naik kenalah berikat perut
naik beskal jerla…hehe
sama2lah kita ucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenaikan ini
tahniah3x
tahniah2..huhu…
pakai ron95 je la.. ukur baju di badan sendiri.. hehee… nasib baik ron 95 tu tak naik..
menara warisan tu bukan ke 100% dibiaya oleh PNB? saya tanya je, dengar2nye begitu..
memang ditaja PNB… cuma ada tapi jerla… ________
Saya tak tahu rakyat Malaysia ni, pantang harga naik sikit terus jer nak berpusu-pusu cari minyak. 5 sen jer dah 10 liter baru jadi 50 sen lari, 100 liter baru RM5 lari. Ada ke yang nak tuang 100 liter demi selamatkan RM5?
Buang masa dan tenaga jer kalau nak berpusu-pusu demi penjimatan yang sedikit, hakikatnya lebih rugi kerana jammed tu jer banyak masa hilang.. :silly:
betul juga tuh… last2 rugi jugak…
Menara tu memang dibiayai PNB… Sila tgk dgn teliti siapa penerajunya… Harga myk malaysia x boleh dibandingkan dgn negara yang tiada sumber myk…. Lg satu…. Pembayaran gaji kakitangan kerajaan byk bergantung kepada hasil myk negara… Sppttnya negara cari alternatif lain….Sumber cukai ke mana di belanja?
Dari segi pengurusan kewangan kerajaan x menguruskan dengan betul… Negara lebih tertumpu utk bangun ini dan itu…
yup… cari sumber lain… msih memikirkan apa sumber lain yang stabil untuk negara…
hahaa..minyak naik lagi..pasni nak invent kereta pakai air pulak.. :w00t:
Dah ada kereta pakai air dicipta. Air tuh ditukar menjadi Hidrogen fuel tapi ntah senyap. Mungkin tak dapat sambutan kot. Bagus teknologi macam tu
Adoyai. Nk xnk kena isi jugak la. Kalo x, xbergerak la.
kalau tak memang naik beskal jela… heee
naik jer…saje la tu…nak pancing undi…huhu…
nak buat macam ne…
tension, ni minyak naik, esok ntah apa la yg naik lak..gaji aku jugak yg tak nenaik..
kena cari side income… huhu.. nuffnang sila bagi banyak komisen kami..
sama je luth gaji naik barang lain mesti ikut naik punyer…
Ps ;jalan penyelesaiyan terbaik cari side income
selamat bro xpakai Ron 97…
erm… okla tuh…
betui tu..Mesia hutang banyak la…
dulu Mesia duit banyak duk buat projek habis duit, yang tak faedah, projek yang untungkan kroni2 saja, tak semua rakyat dapat merasa…rakyat yang dari golongan susah akan makin susah….
la nih sampai sanggup nak buat hub lak unutk ekonomi..bermakna mmg Mesia banyak hutang la nih..konsert artis omputih pun yang pelik2 duk mai…huhu
konsert bukan main lagi… apa tuh adam lambert…
Adoiyai
minyak naik lagi eh,ermmmm nasib badan la cmni
minyak komisen nuffnang/innity kasi naik..hehe
aku baru je beralih kepada penggunaan ron 97.. tiba2 harga pun beralih.. :getlost:
alamak…sabau jela…
Nampaknya, mesti fikir sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. :wassat:
erm fikir2… kroh2… tolong kejutkan kalau dah jumpa ya akhi..hehe
Hmm.. Sama ada kita tingkatkan pendapatan @ kurangkan perbelanjaan..
Pa2 pun, mesti bijak dalam pengurusan kewangan. Sama2lah kita belajar. Hehe. :sideways:
Sumber minyak dunia dah menyusut sesuatu kena buat supaya penggantung minyak fosil ini dapat dikurangkan.
tak pasti lagi sumber , alternatif lain…
nasib baik ron95 tak naik..
sbb sop guna ron 95.. huhuhu
okla… mampu untuk menarik nafas lega…
kerajaan bnyk membazir wang utk pilihanraya, bina bangunan yg mahal2 dan bnyk lagi.. bila hutang bnyk, terpaksa bebankan rakyat pulak.. hurmm..
betul jugak kata kau nie redboy….
setuju habis kat makan lagi bagus…
kena berjimat cermat la kerajaan dan kita semua..huhu
Bila pilihanraya dibuat, harga minyak akan naik. Bila harga minyak naik, semua benda yang kita gunakan harganya turut akan naik. Merungut macam mana pun, kita terpaksa harunginya.
memang terasa kalau naik 5 sen pun… ๐
kenaikan harga sering berlaku.
kenaikan gaji?
klu harga minyak naik, harga barang akan naik jugak. dan kalau gaji naik, harga barang akan naik sekali lagi. jd, utk sekali kenaikan.. ada baiknya kalau gaji tak di naikkan.. bg bonus banyak tak apa.. harga barang tak naik..
๐ :love: ๐ bagusnya harga minyak naik..!! sy sgt setuju…!! Dato’ Seri Najib tahu langkah yang terbaik untuk mendahulukan rakyat-rakyatnya…hal ini bertepatan dengan slogan 1Malaysia ini…’Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan..’
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya sama-sama menikmati kenaikan harga minyak ini sebab kita sebagai rakyat yang akan ‘didahulukan’ untuk membayar harga minyak tersebut….
p/s : Terima Kasih 1Malaysia..!! 8)