Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Harga ayam naik mendadak.

Harga ayam naik mendadak.

Zik · Aug 12, 2010 · 43 Comments

Share this on WhatsApp

http://a.imageshack.us/img19/2320/hargaayamnaik.png

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isu ayam naik harga, menjadi perbualan hangat, masing-masing pening kepala. Tak pasti petang tadi, tengok harga ayam percik, satay ayam, dan juga ayam golek di bazar ramadhan.  Adakah harganya naik juga?

Mengikut artikel di utusan dan metro(sila rujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut) rata-ratanya mengatakan harga ayam naik mendadak di Kedah, Kelantan, Seremban dan Pulau Pinang.

Pengguna selalu menjadi mangsa keadaan.

Tidak dapat dinafikan, apabila barang naik ke, minyak naik ke, gula naik, yang menjadi mangsa keadaan ialah pengguna. Peruncit, pemborong, dan seangkatan dengannya terus menaikkan harga demi memastikan keuntungan dapat dijaga, tanpa memikirkan hati pengguna. Tetapi peniaga pun terpaksa, jika tidak terpaksa menanggung kerugian yang amat besar. Salah siapa sebenarnya? Pemborong, atau …… alahai tersepit dibuatnya.

Ayam harga kawalan.

Memang tidak dinafikan, ayam merupakan salah satu harga yang dikawal oleh kerajaan. Namun, sejauh mana, KPDNKK mampu untuk membuat spot chek disetiap kedai yang menjual ayam. Larat ke diaorang nie? Setakat pantau je, tak boleh beb! Susah juga, sebab ada spy (mata-mata) yang memberitahu, bila ada orang kementerian nak turun padang di sesuatu kawasan. Bila dah takda, tukar balik harga, ish2, jadilah peniaga yang jujur dan amanah. (tak semua macam tuh, segelintir).

Cadangan untuk boikot beli  ayam.

Penulis masih lagi buntu untuk mencari jalan yang terbaik untuk menurunkan harga ayam ini, susah sekali kalau nak buat “kempen boikot beli ayam” Tidak dicampur lagi dengan isu-isu penyembelihan haram, tiada permit sah untuk menyembelih. Anda yang budiman, ada cadangan untuk mengatasi masalah kenaikan harga ayam yang tidak terkawal bila perayaan tiba?

Rumusan. (Kalau malas nak baca atas, point penting nie!)

Kita selaku pengguna, sebenarnya ada kuasa membeli yang sangat kuat, untuk memboikot sesuatu barang kecuali barang yang monopoly sahaja. Namun, disebabkan ayam ini dilihat ia menjadi permintaan (demand)  yang sukar dikawal. Ayam dilihat menjadi pelbagai produk yang diminati ramai, (kfc, mcdonalds).

Kita harus mencari suatu alternatif yang sesuai untuk mencari makanan yang lebih sesuai selain ayam. Ayam yang diberi suntikan sekarang yang kita makan nie sebenarnya tak bagus elok untuk kesihatan.

Say no to ayam!

Share this on WhatsApp

Kesihatan, Pengumuman ayam, cadangan boikot ayam, harga ayam, harga ayam naik di bulan puasa, harga ayam naik mendadak, harga ayam naik menjelang perayaan, harga ayam naik seluruh negara

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. rusliesophian says

    August 12, 2010 at 7:09 pm

    Salam Zik,

    Masalah nak boikot daging ayam ni susah juga. Sebab daging lembu, kambing dan ikan pun dah mahal juga sekarang ni.
    Macam kawan saya kat Slim Village, dia bela ayam kampung. Selain sendiri boleh makan, jiran2 ramai datang beli dari dia. Tiap minggu ke rumah dia mesti seekor sembelih…dagingnya enak….tak macam ayam yang dicucuk.
    Rumusannya, orang kita kat kampung boleh bela ayam sendiri. Badan sihat, duit pun masyuk.

    Reply
    • Zik says

      August 12, 2010 at 7:31 pm

      hurm ayam kampung pun bagus juga… dekat kampung memang ada… tapi duk kat kl nie…alaa… tak bestnya..

      Reply
    • ST says

      August 13, 2010 at 2:08 am

      Bestlah duk kampung, kat bandar ni duk pun rumah tingkat banyak sangat.. tak dapat la nak merasa bela ayam sendirik.

      Reply
    • Ismail N says

      August 13, 2010 at 2:44 am

      Bro Roslie, masaalah ayam kampung bila tak diternak secara komersial, harganya lebih tinggi lagi. Lagipun, rakyat kita ni kurang bab pendidikan barang organik, so kita lihat pada harga sahaja. Mana yg murah tu lah kita beli. Sbb tu berlambak barangan “Made In China” di sini. China Doll pun ada :D. Mahu bela ayam di bandar, mana boleh.. kena saman nanti. Kalau tak cukup duit makan daging jadi vegatarian le kot?

      Reply
  2. tehr says

    August 12, 2010 at 7:37 pm

    sapa yang ‘tangkap’ gambar ayam tu?
    comel sangat – patut le naik harga lagi…

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 6:46 am

      hehe… ayam edit tuh bro tehr…

      Reply
  3. HidrogeN says

    August 12, 2010 at 9:08 pm

    saya percaya harga ayam boleh je diturunkan. kita usahakan beramai-ramai berhenti makan ayam buat sementara..apa kata kita makan kambing, lembu, ikan, sotong, udang dll..semoga berjaya dan dirahmati Allah.

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:23 am

      insyallah…kena boikot ramai2x…

      Reply
  4. zulkbo says

    August 12, 2010 at 10:00 pm

    salam..
    Alhamdulillah..jangan lupa berzakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya Aidilfitri tahun ini..moga kita semua di rahmati Allah jua hendaknya…

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:24 am

      ya betul tuh…

      Reply
  5. sugar2 kapas strawberry says

    August 12, 2010 at 10:15 pm

    haihh..x buat sate ayam la raya nih..ptt la nasi kukus ayam berempah smlm mahal..

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:32 am

      owh yeker…. no wonder la…

      Reply
  6. Hadi Rofiee says

    August 13, 2010 at 12:18 am

    Salam sejahtera.

    Kelakar ‘giler’ gambar ayam di atas, mana bulunya? he2. :mrgreen:

    Begitulah suasana pada setiap tahun. Walau apa2 pun, kuasa tetap di tangan kita. Betul. 😉

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:34 am

      bulunya ayamnya dah kena togelkan… ye..the power is in your hand…hehe

      Reply
  7. ST says

    August 13, 2010 at 2:10 am

    Sana sini aku baca pasal ayam naik harga… sodih ler nak raya camni.

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:38 am

      entahla….agak kecewa..tuh yang buat artikel nie…huhu

      Reply
  8. madlut says

    August 13, 2010 at 4:38 am

    kita boleh buat pilihan…
    pilihlah untuk membeli dari peniaga yang menjual dengan harga paling murah..
    jika tiada..boikotlah dulu sampai mereka turunkan harga balik…
    walaupun peniaga rugi,harus diingat, jika peniaga rugi, pemborong juga rugi, dan akhirnya kesannya akan sampai ke pembekal jugak…

    kita boleh sebenarnya tak makan ayam…

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:39 am

      boleh..insyallah…kita boikot ayam, ye tak madlut…

      Reply
  9. Fida says

    August 13, 2010 at 6:05 am

    Hrga ayam naik…jom kita pakat2 jgn mkn ayam…kita mkn ikan aje…hrga telur ayam pun turut naik ke?

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:41 am

      telur ayam…tak pasti lah pulak…hehe

      Reply
  10. suri says

    August 13, 2010 at 7:31 am

    rasanya ayan kfc harganya lagi maintain heee…tetap sama tak terlebuh pun heee..ada rasa, ada pelbagai pilihan heee..

    selamat berpuasa zik..makan ayam golek masa buka ok gak heeee

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:43 am

      selamat berbuka puasa k.suri…

      Reply
  11. etomyam says

    August 13, 2010 at 11:26 am

    petang ni aku buka puasa ngan ikan kering…lagi sedap 10 kali ganda hahaha

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:44 am

      hurm sedapnya ikan kering… huhu…

      Reply
    • hafizmd says

      August 14, 2010 at 11:12 am

      pergh…kecur aku bace..ikan kering..kalau buat gulai ikan kering..sedap tuh bro..fuhhh…

      Reply
  12. kulanz says

    August 13, 2010 at 4:12 pm

    petang tadi sempat beli ayam yang dah masak.. memang naik harga..

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:46 am

      erm memang betullah… mereka asik tekan peniaga…huhu

      Reply
  13. hanif says

    August 13, 2010 at 8:37 pm

    banyak harga barng naik msim prayaan ni..

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:49 am

      macam2 dah naik..huhu

      Reply
  14. acapz says

    August 13, 2010 at 10:02 pm

    biasa la setiap kali peryaan mesti ayam n bnda2 len nek harga. aha

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:50 am

      hurm tulah pasal….

      Reply
  15. papabear says

    August 14, 2010 at 2:02 am

    ada aja la yg nam ambil kesempatan naikkan harga ayam… tapi semalam dalam news kata harga dia dah di fixed kan…. towkey2 ayam kat pasar tu mau ikut ke?

    Reply
    • Zik says

      August 14, 2010 at 10:52 am

      ntahla..diaorang nak untung je lebih tuh…..memang tak pelik la diaorang tuh

      Reply
  16. Zik says

    August 14, 2010 at 10:41 am

    betul tuh…. kita pakat makan ikan jela…huhu

    Reply
  17. hafizmd says

    August 14, 2010 at 11:10 am

    pasti ade carenye..tapi pengguna akhirnya juge yg tersepit..nak boikot?kalau boikot..kene fikir dulu alternatif lain nk ganti sumber protein..

    hehe..nnti aku fikir dulu yer zik..nk angkat2 pinggan dulu..hehe

    Reply
    • Zik says

      August 15, 2010 at 9:38 am

      owh ok sila angkat pinggan tuh bro..hehe..

      Reply
  18. ibnujusup says

    August 14, 2010 at 11:34 am

    biasela bro…time puase camni… mcm2 bende naik harga… x logik betul.. geram pun ade.. ape KPDNHEP buat??

    Reply
    • Zik says

      August 15, 2010 at 9:40 am

      diaorang tuh… biasa la… pantau2 gitu2 jer..cukup syarat..

      Reply
  19. khairolghani says

    August 15, 2010 at 4:37 am

    nak boikot ayam,orang Malaysia ni memang kuat makan ayam..aku pun tak faham kenapa harga ayam tak leh nak control

    Reply
    • Zik says

      August 15, 2010 at 9:41 am

      entah la bro.. pening2 ..

      Reply
  20. mancai says

    August 19, 2010 at 2:43 am

    pastikan halal… tak silap sudah bukan dalam harga kawalan KPDNHEP…

    Reply
  21. yang says

    April 2, 2011 at 4:21 am

    Harap buat tinjauan dulu sebelum membuat kritik terhadap sesuatu isu.

    Mengapa harga ayam naik secara tidak terkawal? meninjau dengan teliti unsur-unsur yang berikut dulu:-

    1. tahap teknologi pertanian malaysia;
    2. kebajikan perternak ayam atau apa perkhidmatan yang pernah atau diamalkan oleh agensi kerajaan kepada perternak ayam;
    3. peranan jabatan haiwan dan pertanian malaysia dan peranan jabatan haiwan serta pertanian yang diamalkan di negara-negara lain;
    4. struktur kos ayam daging;
    5. bahan mentah dedak dan kos dedak serta benih ayam;
    6. kesusahan yang dihadapi penternak ayam dari segi kualiti dedak dan benih ayam, dan apa jenis bantuan yang pernah kerajaan berikan – tidak pernah;
    7. struktur kos jualan ayam – penternak ayam > syarikat > pemborong > kedai.

    Boikot makan ayam tu sebenarnya bagus. Baik juga setiap manusia makan sayur saja tanpa makan daging. badan sihat, otak cergas, tidak panas baran, otak selalu sihat tanpa fikiran nafsu, masyarakat aman dan damai.

    Reply
    • Zik says

      April 2, 2011 at 9:42 am

      memang banyak faktor2 yang harus kita teliti… ayam sekarang nie tak elok lah.. injik punya… apepun terima kasih diatas pandangan ini

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.