Dunia bola sepak dikejutkan dengan satu insiden luar biasa apabila sebuah perlawanan bola sepak bawah 20 tahun (B-20) di Brazil bertukar menjadi medan pergaduhan besar-besaran sehingga mencatat rekod baharu jumlah kad merah dalam satu perlawanan.
Pertemuan antara Uberlândia dan Mamoré dalam saingan Kejohanan B-20 Minas Gerais mencetuskan kontroversi apabila seramai 51 individu diperintahkan keluar padang, melibatkan 43 pemain serta lapan anggota barisan kejurulatihan.
Insiden mengejutkan itu berlaku pada minit ke-54 apabila pergaduhan tercetus dan merebak sehingga melibatkan ramai individu di dalam kawasan padang.
Menurut laporan, kekecohan tersebut bukan sahaja melibatkan pemain kedua-dua pasukan, malah enam pengutip bola turut dilaporkan terlibat dalam insiden keganasan berkenaan.
Situasi menjadi semakin tidak terkawal apabila tumbukan, sepakan dan objek dilaporkan digunakan ketika pergaduhan berlangsung.
Pergaduhan itu dilaporkan berlarutan selama hampir 40 minit sebelum keadaan berjaya dikawal. Malah, pengusung dan kerusi turut digunakan dalam kekecohan tersebut sehingga pihak keselamatan terpaksa campur tangan untuk memisahkan individu yang terlibat.
Lebih mengejutkan, pegawai keselamatan tempatan turut hadir bagi menilai kerosakan harta benda di dalam stadium selepas keadaan kembali reda.
Rekod lama akhirnya dipecahkan
Jumlah 51 kad merah itu difahamkan telah mengatasi rekod terdahulu yang bertahan sejak tahun 2011. Ia sekali gus menjadi antara insiden paling luar biasa dan memalukan dalam sejarah bola sepak.
Pihak polis dan tentera Brazil juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar pergaduhan tersebut.
Bola sepak bukan medan keganasan!
Insiden ini menjadi peringatan besar kepada seluruh dunia bola sepak bahawa semangat persaingan tidak sepatutnya bertukar menjadi kebencian dan keganasan.
Bola sepak sepatutnya menjadi sukan yang menyatukan pemain, penyokong dan masyarakat, bukannya tempat untuk melepaskan kemarahan sehingga mencetuskan pergaduhan besar-besaran.
Apa yang berlaku di Brazil ini pastinya menjadi pengajaran kepada semua pihak, khususnya pemain muda, bahawa disiplin, kawalan emosi dan semangat kesukanan perlu sentiasa diutamakan.
51 kad merah dalam satu perlawanan! Adakah ini antara insiden paling memalukan dalam sejarah bola sepak dunia?
?? Brazil football match sets Guinness record with 51 red cards
The referee sent off 43 players and 8 coaches.
Players used chairs and stretchers and attacked those already on the ground. Six ball boys reportedly joined the fight. Only the police managed to separate them.
The brawl erupted in the second half of the Minas Gerais U20 state championship game between Uberlândia and Mamoré and lasted nearly 40 minutes.
— Visegrád 24 (@visegrad24) November 4, 2026








Leave a Reply