• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Perak Julang Piala Malaysia 2018!!

Perak Julang Piala Malaysia 2018!!

Zik · Oct 28, 2018 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

perak, perak juara piala malaysia 2018,

TAHNIAH PASUKAN PERAK MENJULANG PIALA MALAYSIA 2018.!!

credit picture to artortoise

Perlawanan akhir yang dilihat tidak masuk akal, dan penuh kontroversi. Gol terpantas 47 saat, 2 kad merah, 2 gol dibatalkan dan aksi comeback pasukan perak ditambah pula dengan mutu pengadilan yang teruk dan juga penentuan penalti Semua complete ada. Apepun Tahniah Perak ! JUARA PIALA MALAYSIA !! dan juga pasukan Terengganu yang telah melangkah ke final!!

TONTON JUGA :

LIVE STREAMING PERAK VS TERENGANU 2018 

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN :

TERENGGANU 3-3 PERAK 

[sls id=”56″]

Senarai penjaring.

  1. Kipre-tchetche 1′ 42″
  2. Firdaus 46″
  3. Brenden Ngan 92″
  4. Faiz Nasir 95″
  5. Igor Zonjic (gol sendiri) 121″

Penentuan Penalty: 

TERENGGANU 1-4 PERAK

PERAK MENANG!!  

Akhirnya kemarau kemenangan selama 18 tahun untuk pasukan perak menjulang Piala Malaysia akhirnya berjaya diakhiri oleh pasukan Perak apabila mereka menewaskan pasukan Terengganu FC di perlawanan akhir sebentar tadi dengan keputusan 3-1 menerusi sepakan penalti setelah perlawanan sebenar tamat dengan keputusan 3-3.

Terengganu FC terlebih dahulu berada di hadapan apabila Idris Karim melakukan kesilapan mudah ketika mahu menghantar bola kepada Hafizul Hakim dimana hantaran lemah beliau berjaya dipintas oleh Kipre sekaligus membuka tirai jaringan. Tak sampai satu minit pun , 50 saat . Berjaya dijaringkan oleh Kipri yang pantas macam musang. Dia tidak diawasi dan curi ayam kata orang.

Perak kemudiannya menggandakan usaha untuk mendapatkan gol penyamaan. Pemain tengah, Leandro Dos Santos berjaya menanduk masuk bola namun gol beliau dinafikan oleh pengadil perlawanan. Kipre sekali lagi menjaringkan gol kedua untuk terengganu pada minit ke 42″ apabila Hafizul tidak berjaya mengeluarkan bola dengan baik. Separuh masa pertama tamat dengan Terengganu berada di hadapan 2-0.

Separuh masa kedua.

PERAK BANGKIT!!

Memasuki separuh masa kedua, Firdaus Saiyadi menjaringkan gol pertama Perak sekaligus merapatkan kedudukan. Setelah berjaya mendapatkan satu gok, Perak terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Gilmar Da Silva dilayangkan kad merah. Keadaan memang sangat tegang pengadil yang dilihat sangat kontroversi apabila membuat keputusan yang dilihat berat sebelah tidak mengawal keadaan padang yang sudah semakin tegang.

10 minit berselang, Lee Tuck pula dibuang padang setelah dilayangkan kad kuning kedua. Key player terengganu , Lee Tuck tiada, dilihat terengganu buntu mencari jaringan gol.

PERAK TIDAK BERPUTUS ASA.

Biarpun ketinggalan 1-2. Perlawanan bertambah rancak dengan Perak menguasai permainan serta Terengganu sesekali melakukan serangan balas pantas untuk mematikan sisa perjuangan Perak.

Shahrul Saad terlepas peluang keemasan setelah tandukan yang dilakukan hasil hantaran Firdaus Saiyadi sekadar singgah di palang gol Terengganu. Keeper pun dah tengok jer. Tapi jauh juga tuh kena dekat palang gol tuh.

Tanpa mengenal erti putus asa, Perak terus meningkatkan serangan dengan serangan yang benar-benar memberi kesukaran buat pertahanan Terengganu.

Brendan Gan menggamatkan Stadium Shah Alam pada masa kecederaan dengan ledakan cantik untuk menjadikan kedudukan 2-2. Kebangkitan yang cukup hebat buat Perak bagi mengikat Terengganu sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Masa tambahan

Pemain lincah Terengganu, kecik molek Mohd Faiz Mohd Nasir kembali memberikan sinar buat buat para penyokong penyu , mereka selepas rembatan dalam kawasan penalti yang diledakkan tidak mampu diselamatkan Hafizul Hakim bagi gol ketiga pada minit ke-96. Sepakan di sudut ke tepi sudut memang susah nak ambil , dah terbang  tapi tak dapat tangkap bola tuh laju.

Masa semakin suntuk!!

Dalam masa tambahan separuh masa kedua, dalam ketika kudrat para pemain sudah sampai ke penghujung usaha mereka dan para penyokong Terengganu sudah bersiap sedia untuk meraikan kejayaan, Igor Zonjic tertampan bola ke gawang sendiri ketika perak mendapat sepakan sudut untuk buat hantaran, tetapi itulah kempunan pasukan terenggnanu . Dan sekali lagi Perak menyamakan kedudukan di lewat permainan minit ke 121″ kalau tak silaplah.

Ke Penentuan  penalti

Perak yang mempamerkan kebangkitan luar biasa akhirnya dinobatkan selaku juara unifi Piala Malaysia 2018 selepas Hafizul Hakim yang menebus di atas kesilapan dilakukannya untuk muncul wira dengan menepis dua sepakan penalti yang diambil Igor Zonjic dan Chanthacheary Bin.

Leandro Dos Santos pula kemudiannya mengesahkan kejuaraan dengan sepakan penalti yang terus menerjah gawang untuk menghadiahkan kejuaraan ke-8 buat Perak. Penalti perak menang 4-1.

Bebrapa isu berbangkit iaitu isu pengadilan sangat dipertikaikan . 

SHAH ALAM – Pengadil Suresh Jayaraman yang mengendalikan aksi final Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Perak di Stadium Shah Alam, malam ini menjadi kecaman netizen apabila dianggap sebagai pengadil terburuk dalam sejarah pengadilan trofi berprestij itu. Memang mintak maki jer ref malam semalm bila kita tengok cara dia handle padang dan juga keputusan yang salah nitizen sangat mempertikaikannya.

Turut bersetuju dengan pendapatan itu adalah Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan mutu pengadilan malam ini teruk.

“Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk. Saya tidak pernah melihat dia dan saya terkejut mengapa dia dipilih untuk final,” kata Tunku Ismail dalam Twitternya.

Suresh jelas menjadi tumpuan apabila membuat beberapa keputusan kontroversi dalam perlawanan itu termasuk membatalkan dua jaringan Perak dan melayangkan dua kad merah kepada pemain Perak, Gilmar da Silva pada minit ke-55 dan pemain TFC, Lee Tuck (m-66).

Netizen mempersoalkan kewibawaan Suresh untuk menjadi pengadil perlawanan penting itu serta gagal mengawal perlawanan sehingga hampir tercetus pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan.

Suresh sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan menjadi punca pergaduhan final Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) antara pasukan UiTM Shah Alam menewaskan UiTM Perlis 2-1 yang dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta caci-mencaci pada tahun 2015.

Dalam perlawanan di Stadium Mini Shah Alam itu, Suresh turut melayangkan tiga kad merah membabitkan seorang pemain tuan rumah dan dua pemain pelawat dengan jurulatih UiTM Perlis, Manja Man meluahkan rasa kecewa terutama dengan mutu pengadilan yang disifatkannya ‘bertaraf rendah’ sehingga mengundang insiden memalukan itu. – Malaysia

APEPUN, TAHNIAH BUAT KEDUA-DUA PASUKAN. 

Harap tiada insiden yang tidak diigini berlaku di stadium nanti. Harap korang semua tuh balik, jangan melencong pergi mana tuh ha.

Finalé tadi, (tolak tepi faktor pengadil) merupakan salah satu perlawanan akhir Piala Malaysia paling epik barangkali yang pernah kita saksi kan.

Tahniah buat Perak atas semangat melawan kalian. Terima kasih juga buat Terengganu yang turut pamerkan persembahan bertenaga. Nasi btidak menyebelahi pasukan terengganu, dua kali leading, last minit semuanya hancur berkecai. 90 minit brendan gol, 120 minit gol sendiri pulak. Penalti dah kira nasib jugak lah kan.

Grandé bola sepak kita!

Teori yang diaorang buat sebelum game final ini. nampaknya sudah terbukti.

20 years ago,

1998: -France won the worldcup –

Mahathir is the prime minister –

Malaysia cup: Perak vs Terengganu (Perak Juara)

 

2018: -France won the worldcup –

Mahathir is the prime minister –

Malaysia cup: Perak vs Terengganu (Perak juara)

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan perak vs terengganu piala malaysia 27.10.2018, pasukan perak juara piala malaysia edisi 2018, perak juara piala malaysia 2018, ulasan perlawanan piala malaysia perak vs terengganu 27.10.2018

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Live streaming pahang vs Perak piala malaysia 8.8.2019 – Zikri Husaini says:
    August 8, 2019 at 8:41 pm

    […] Pasukan perak yang menjuarai piala malaysia tahun 2018!  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Live streaming kedah vs perak unity shield 13.1.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Inilah perlawanan yang ditunggu-tunggu sebelu…

PIALA MALAYSIA Sukan

PKNP VS JDT Piala malaysia 16.8.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Bahang piala aff u18 kita redakan hari ini, k…

Sukan

Keputusan terkini malaysia vs Singapura 28 Julai 2011

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Tinggal beberapa jam sahaja lagi perlawanan h…

%d bloggers like this: