Apa sudah jadi?? Gila banyak betul duit. Dah banyak sangat duit kau simpan, masuk bank confirm kantoi pulak nanti. So simpan dekat pejabat dengan dekat rumah memang cari nahas lah jawabnya. Ketua dan timbalan pengarah jabatan air Negeri Sabah yang kantoi. Nie mesti sebab tak bagi percent kat sipolan bin si polan, SPRM kasi pecah ini lubang.
Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan membabitkan pecah amanah melebih RM100 juta.
Detail dari info yg diterima:
- Cash RM52 juta
- Bank 23 Juta
- Company bank RM37 juta
- 6 safe deposit box
- Total cash & bank = RM112 juta
- 32 pegawai mengira dan menahan suspek
- 15 jam untuk mengira
Tak campur barang kemas, kereta, rumah dan lain-lain.
Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya juga percaya besar kemungkinan lebih banyak wang disimpan dalam bank di negara jiran.
Perintah tersebut turut dikeluarkan terhadap adik kepada timbalan pengarah itu yang bergelar Datuk serta seorang akauntan bagi memudahkan siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Siasatan SPRM yang dijalankan sebelum ini berjaya membongkar aktiviti jenayah tersebut yang dipercayai dilakukan suspek sejak tahun 2010. Malah dalam serbuan yang dilakukan semalam, pihak berkuasa itu berjaya menemui wang tunai sebanyak RM15 juta di pejabat dan kediaman pengarah tersebut dan timbalannya.
Sementara itu, menurut sumber, SPRM telah menyita akaun milik pengarah, timbalannya dan Datuk berkenaan yang mempunyai dana sebanyak RM62 juta. Mahu tak mahu, akaun kena bekulah jawabnya.
Turut disita adalah tujuh buah kenderaan mewah Range Rover, Audi V6, Ford Ranger, Mercedez Benz dan BMW, Lexus.
Ini masuk malaysia books of record, rampasan yang paling banyak dalam sejarah malaysia. Gilor betul.
Byknya duit yg dia songlap…mau mandi duit nie…
Ini yang kantoi. Yang tak kantoi entah ada berapa ramai lagi. Dapat amanah, pecah amanah pulak
Masya Allah..