• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Tabiat makan yang perlu berjaga-jaga ketika ramadhan

Tabiat makan yang perlu berjaga-jaga ketika ramadhan

Zik · Jul 15, 2012 · 24 Comments

Share this on WhatsApp

tabiat makan di bulan puasa, tips ramadhan, tips pemakanan sihat di bulan ramadhan,

Sekadar hiasan. 🙂

Nampaknya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadhan al mubarak. Dah tak sabar lah pulak, hehe. Jadinya, dalam kita bakal menjalani ibadat puasa dan melipatgandakan amalan pada Ramadan, penting untuk seseorang itu mengekalkan kesihatan yang baik di tahap optimum sepanjang tempoh ini.

Perubahan skala pemakanan secara mendadak.

Tabiat pemakanan akan berubah secara mendadak ketika Ramadan, iaitu di antara tempoh berpuasa dan berbuka puasa. Bagi mereka yang selalu buat puasa sunat (hari isnin dan khamis) rasanya takda masalah untuk hadapi puasa ini nanti. Cuma, yang berbeza ialah di bulan ramadhan lain dia punya cabarannya. Subhanallah.

Bila dah berlaku perubahan waktu makan.

Perubahan waktu makan secara automatik akan menukar tabiat makan dan jenis makanan diambil, sekali gus mungkin boleh mencetuskan gejala tidak selesa pedih hulu hati dan senak. Lebih kurang dipanggil gastrik.

Ketika berpuasa, tiada makanan dalam perut dan secara teknikalnya, terlalu sedikit asid dalam perut. Bagaimanapun, apabila terfikir ataupun terlihat di blog-blog(hehe) mengenai makanan mahupun dah  hidu bau makanan, ini akan menghantar isyarat otak untuk menghasilkan asid, menyebabkan ketidakselesaan dalam perut apabila tiada makanan dihadam. Kena jaga-jaga haa.

Apabila berbuka puasa, pilihan hidangan biasanya mengandungi makanan berlemak dan pedas. Makanan berlemak biasanya mengambil masa lama untuk dihadam. Oleh itu, perut mengeluarkan lebih banyak asid yang boleh menyebabkan pedih hulu hati atau ketidakhadaman.

Gejala pedih hulu hati, termasuk rasa terbakar pada bahagian dada disebabkan oleh refluks asid, yang boleh melarat hingga ke tekak, menyebabkan seseorang itu boleh merasai rasa masam dan pahit asid.

Selain pedih hulu hati, senak juga biasa dialami ketika Ramadan. Senak merujuk kepada kesakitan dirasai di bahagian atas abdomen, menyebabkan rasa loya. Serius, memang pernah terjadi pada diri sendiri, bila tak sahur, ataupun salah makan. Makan, makanan yang pedas-pedas pun berisiko sebenarnya. Kadang-kadang sebab nak jimat, kita main makan jer kuih/makanan ketika buka sebagai hidangan sahur. Bukan tak boleh, kena pastikan ianya tahan (disimpan dalam peti ais) dan dipanaskan.

Pelbagai makanan lazat diambil dalam tempoh itu adalah punca ketidakselesaan pedih hulu hati dan senak.

Cara nak elakkan pedih hulu hati.

Untuk mengelak pedih hulu hati, amalkan makan secara sederhana, pilih makanan kurang pedas atau berminyak dan tidak makan berlebihan.

Tips sihat untuk mengekalkan kesihatan baik sepanjang Ramadan ialah kunyah makanan perlahan-lahan, ambil buah-buahan segar, kekacang ataupun Kurma. Kita ikut sunnah nabi pun sudah bagus, kunyah 40 kali setiap kali kunyahan, Insyallah takda masalah ketidak hadaman dan makanan tersangkut di tekak.

Secara ringkasnya:

  1. Elakkan daripada memakai pakaian dan seluar yang ketat selepas makan.
  2. Elakkan daripada melakukan aktiviti berat selepas makan. (Sebab itu digalakkan sembahyang terawikh lepas berbuka, kasi exercise) Lagipun bukan, ibadah yang berat sangat.
  3. Jangan menghisap rokok atau minum minuman yang berakhohol.
  4.  Makan, makanan yang ringan (light meal) pada waktu malam.
  5. Kunyah makanan dengan sempurna dan makan dengan perlahan-lahan.
  6. Makan dalam keadaan tenang dan bebas daripada masalah stress.
  7. Minum banyak air.
  8. Amalkan berada dalam kedudukan menegak selepas makan bagi memudahkan proses penghadaman.

Dan jangan lupa baca doa, hehe. Sekian, dan selamat menjalani ibadah puasa untuk tahun 2012, Ramadhan Almubarak, 1433 masihi.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kesihatan tips di bulan ramadhan, tips elak pedih ulu hati, tips elak sakit gastrik di bulan ramadhan, tips elak sakit perut di bulan puasa, tips elakkan sakit perut, tips pemakanan yang sihat dibulan ramadhan, tips sihat dibulan ramadhan

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. afiqhaj says

    July 15, 2012 at 10:44 pm

    huh.tapi kalau dah puasa tu tak boleh tahan.bila buka semua kat depan mata bedal

    Reply
  2. anif says

    July 15, 2012 at 11:01 pm

    Tips yang bagus untuk diamalkan ni.. Perlu bersedia awal 😀

    Reply
  3. akubiomed says

    July 15, 2012 at 11:14 pm

    Bila masuk bulan Ramadan jangan ikut nafsu dan bedal semua didepan mata. 🙂

    Reply
  4. khairol says

    July 16, 2012 at 11:13 am

    nasihat dan pesanan yang baik sempena puasa yg akan tiba tak lama lagi..seksa pedih hulu hati..pernah kena tapi bukan masa bulan puasa la..

    Reply
  5. aimannajmy says

    July 16, 2012 at 6:45 pm

    salam bro.. selamat menyambut kedatangan ramadhan.. hehe lama tak singgah sini.. bulan posa.. dugaan nafsu juga tinggi

    Reply
  6. Jebeng Otai™ says

    July 16, 2012 at 10:00 pm

    mkn pisang leh elakkan pedih ulu hati.. 🙂

    Reply
  7. eddie says

    July 17, 2012 at 12:02 am

    masa pergi bazar ramadan..dah kelabu mata…tengok semua benda jadi sedap…semua rasa nak beli je…hu3

    Reply
  8. Toon Army says

    July 17, 2012 at 10:29 am

    tak sabar nak gi bazar 🙂

    Reply
  9. tengkorak emas says

    July 17, 2012 at 10:29 am

    sunnah Nabi Muhammad s.a.w makan buah dahulu sebelum makan, contohnya baginda makan kurma dahulu, tapi biasanya kita makan buah selepas makan kan..

    tak digalakkan juga kita campur makanan darat dan laut dalam satu2 masa contohnya ikan + ayam sebab boleh menyebabkan sakit perut..

    berdasarkan apa yg TE baca tapi maaf tak dapat letakkan dalil atau alasan kat cni..

    Reply
  10. ejoncb says

    July 17, 2012 at 11:51 am

    Insyaallah nak berbuka kat masjid je tahun supaya tak terlibat dgn gejala terlebih makan dgn juadah pelbagai yang melampau.hehe..Thanks for the sharing!

    Reply
  11. tehr says

    July 18, 2012 at 1:24 am

    selamat menjalani ibadah puasa untuk semua

    Reply
  12. woot articles says

    July 19, 2012 at 2:15 am

    macam sedap jer murtabak tu haha

    Reply
  13. Zida says

    July 19, 2012 at 8:01 am

    tu diaaaa, Dr Zikri sudah mari. Betul tu, jadi bila daripada pagi kita dah puasa lapar dahaga sampai ke petang kena kontrol nafsu jugak. Terlebih-lebih memang memudaratkan.

    Reply
  14. Bring Me Info says

    July 19, 2012 at 5:29 pm

    waaa..makanan di bulan ramadhan ni smua nmpk sedap2..haha 🙂

    Reply
  15. deen says

    July 19, 2012 at 6:17 pm

    nice info here…time utk diet sudah tiba…
    btw, bila tarikh tgk anak bulan?

    Reply
    • Zik says

      July 22, 2012 at 10:48 am

      ntah.. sebelum bulan ramadhan hari tuh la..hehe

      Reply
  16. Born27 says

    July 19, 2012 at 10:57 pm

    Ramadhan is the time for all our Muslim brothers and sisters to observe their religious beliefs like fasting.
    Your tips here is very much helpful in order to take time in observing Ramadan.

    Reply
  17. Bro Zulkbo says

    July 20, 2012 at 9:01 pm

    Salam Zikr
    Selamat menyambut Ramadhan dan beramal
    di dalamnya..semoga Ramadhan kali ini lebih
    baik dan bermakna buat kita semua.. amiin

    Reply
  18. Oh! budu says

    July 21, 2012 at 7:18 am

    selamat berpuasa

    Reply
  19. samdaddycool says

    July 21, 2012 at 3:08 pm

    Serius aku berterima kasih dengan entri ni. Aku ada masalah pedih ulu hati.

    Selamat berpuasa bro

    Reply
  20. Norizwan says

    July 21, 2012 at 10:43 pm

    info yang sangat berguna… thanx 🙂 selamat menjalani ibadah puasa bro… 🙂

    Reply
  21. aiman916 says

    July 30, 2012 at 1:57 pm

    x tahan kot tgok mkanan..

    Reply
  22. titan says

    July 30, 2012 at 8:08 pm

    buka aje seadanya..

    Reply
  23. Calypso says

    August 11, 2012 at 6:50 am

    Haah..hari tu dalam 2 minggu puasa ada gak terkene pedih ulu hati ni.
    Thanks bro for this entry!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: