Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Sukan / LIGA SUPER

LIGA SUPER

Kejohanan semua ditangguhkan, Liga Super, Premier,- FAM

Zik · Mar 13, 2020 · Leave a Comment

fam, fam logo,

Apa yang dibuat ini bukanlah dari satu pihak sahaja. Ini dari beberapa kementerian juga, selain itu dari badan kementerian kesihatan. Nyawa tak boleh ganti, tak mengapa game posponed takpa. Yang penting keselamatan orang ramai , terutamanya dinegara kita harapnya dapat diatasi wabak COVID 19 ini.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangguhkan semua kejohanan di bawah kelolaan badan induk itu dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan kebimbangan penularan COVID-19.

Perkara itu diumumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas mengadakan mesyuarat khas bersama semua pihak berkepentingan, hari ini. [Read more…] about Kejohanan semua ditangguhkan, Liga Super, Premier,- FAM

Video highlights Uitm 1 vs1 Kedah (sedikit ulasan)12.3.2020

Zik · Mar 12, 2020 · Leave a Comment

liga super ,

SHAH ALAM: Kedah terus kempunan untuk meraih kemenangan pertama musim ini apabila diikat ‘budak baharu’, UiTM FC 1-1 pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam, malam semalam. Uitm agak liat sebenarnya untuk musim kali ini sejak dibimbing oleh jurulatih baru Bernhardt, bekas jurulatih bawah u23 sebelum  datuk ong kim swee ambil semula bawah 23 tahun, kemudian sekarang ini belum lagi ada sesiapa yang menggalas tanggungjawab bawah 23 tahun.

Keputusan penuh.

UITM 1-1 KEDAH. 

Jaringan oleh:

  • Kpah Sherman 30″
  • Gustavo Almeida 81″

Baca juga: Keputusan penuh liga super 11 mac 2020.

Namun, satu mata yang diraih setidak tidaknya mungkin dapat melegakan sedikit tekanan buat skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu selepas mereka tewas dalam dua aksi terdahulu sementara UiTM FC mencipta sejarah tersendiri meraih mata pertama mereka dalam kancah Liga Super.

Pada aksi terbabit, Kedah terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 bagi memecah kebuntuan apabila sepakan melencong Kpah Sherman daripada luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol UiTM FC, Muhd Norhaziq Mohd Aris untuk gol pertama perlawanan. [Read more…] about Video highlights Uitm 1 vs1 Kedah (sedikit ulasan)12.3.2020

Video gol highlights Terengganu 3-3 Selangor liga super 11.3.2020

Zik · Mar 12, 2020 · Leave a Comment

liga super ,

Terengganu nyaris gigit jari , namun gol penalti pada masa kecederaan buat terengganu disempurnakan oleh Lee Tuck menghampakan penyokong selangor dan menenangkan penyokong terengganu. Ini bermakna ada 2 pasukan yang masih memegang rekod tanpa kalah buat setakat ini iaitu pasukan jdt dan selangor.

Keputusan penuh :

TERENGGANU 3-3 SELANGOR

  • .39′ Ifedayo,
  • 43’Rahmat Makasuf,
  • 52’Khyril Muhymeen,
  • 64’Sanjar Shaakmedov,
  • 70’Brendan Gan,
  • 90+4′ Lee Tuck (p)

Skuad Penyu terlebih dahulu menguji kubu The Red Giants pada minit pertama menerusi tandukan penyerang berbisanya, Dominique Da Sylva yang hanya sedikit tersasar.

Lapan minit berselang, skuad kendalian Nafuzi Zain sekali lagi mencemaskan benteng pelawat apabila rembatan Da Sylva dari sebelah kanan pintu gol hasil larian solonya berjaya dihalang penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Pelawat yang kerap diasak mula menunjukkan belangnya apabila tandukan pemain kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin pada minit ke-14 hasil hantaran Sandro Da Silva nyaris memerangkap penjaga gol, Muhammad Ilham Amirullah Razali.

Pada minit ke-18, Da Sylva harus menyalahkan diri sendiri apabila peluang terbuka yang dimilikinya di dalam kotak penalti dipersiakan.

Ketika Selangor dilihat kerap diasak, penyerang berbisanya, Ifedayo Olusegun ‘mengunci mulut’ 17,200 peminat setia TFC apabila bijak menyambar bola menggunakan kepala yang sebelum itu ditanduk Safuwan hasil sepakan sudut Sandro untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-38.

Tersentak jaringan pendahuluan itu, tuan rumah memperkemaskan asakan dan hasilnya pada minit ke-42, pemain yang baharu dimasukkan lima minit sebelum itu, Rahmat Makasuf melepasi perangkap ofsaid sebelum berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas menerima hantaran Faris Ramli.

Selangor yang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah tidak menunggu lama apabila sekali lagi mendahului pada minit ke-51 menerusi tolakan mudah bekas penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri selepas menerima hantaran Sandro. [Read more…] about Video gol highlights Terengganu 3-3 Selangor liga super 11.3.2020

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 150
  • Page 151
  • Page 152
  • Page 153
  • Page 154
  • Interim pages omitted …
  • Page 240
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.