Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). [Read more…] about Semakan rebate bil elektrik (bajet 2019)
Pengumuman
Dividen ASB 7.00 SEN SEUNIT ASN 3.25 sen seunit 2018!

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Amanah Saham Nasional Bhd., hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB. [Read more…] about Dividen ASB 7.00 SEN SEUNIT ASN 3.25 sen seunit 2018!
Kakitangan Honda perlekeh kematian Adib dibuang kerja

Pekerja wanita pusat edaran Honda Malaysia yang digantung baru-baru ini ekoran kenyataan tidak sensitif mengenai kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, telah dipecat.
“Kami ingin memberi makluman bahawa selepas siasatan dalaman dijalankan dan pekerja itu didapati melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya, khidmat pekerja itu dengan Sri Utama Auto Sdn Bhd sudah ditamatkan serta-merta,” kata pengarah pusat edaran itu Wong Chee Keong.
“Kami sekali lagi ingin memohon maaf atas kesan yang berpunca daripada komennya. Kami akan lebih memberi perhatian dalam melatih dan mendidik pekerja kami dengan nilai moral dan sikap hormat kepada semua pihak pada setiap masa,” katanya lagi.
Pada 18 Disember lalu, komen pekerja wanita itu di media sosial menjadi tular, menyebabkan syarikat itu menggantung tugasnya dan melancarkan siasatan dalaman.
[Read more…] about Kakitangan Honda perlekeh kematian Adib dibuang kerja
