Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Pengumuman

Pengumuman

Perintah kawalan pergerakan dilanjutkan hingga 14 April 2020-PM

Zik · Mar 25, 2020 · Leave a Comment

Covid 19,

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April. Sebab trend takda menurun kes terbaru nih. Ikutkan memang peratus yang ikut perintah ini lebih kurang 90 peratus lebih.  Betul-betul ekonomi negara akan terjejas teruk sekarang ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebentar tadi dalam sidang media yang baru sahaja diumumkan.

“Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif Covid-19 yangbaharu masih berlaku.

“Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April,” katanya. [Read more…] about Perintah kawalan pergerakan dilanjutkan hingga 14 April 2020-PM

Covid19 Rekod 212 kes baru, jumlah kini 1,518 dengan 14 kematian 23.3.2020

Zik · Mar 23, 2020 · Leave a Comment

Covid 19,

Malaysia mencatatkan 212 lagi kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, iaitu bilangan tertinggi sejak permulaan wabak itu pada akhir Januari. Hari ini paling tertinggi. Semakin membimbangkan dan kita dah hampir ke fasa mitigasi.

Ini membawa jumlah keseluruhan kepada sebanyak 1,518 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 212 kes baru, 123 dikesan daripada kluster perhimpunan Tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang diadakan lewat bulan lalu.

Beliau juga melaporkan empat kematian baru, menjadikan jumlah kematian kepada 14 orang. [Read more…] about Covid19 Rekod 212 kes baru, jumlah kini 1,518 dengan 14 kematian 23.3.2020

Pencarum KWSP dibenar keluarkan wang simpanan Akaun 2- rm500 sebulan

Zik · Mar 23, 2020 · Leave a Comment

kwsp,

Memandangkan ramai yang terkesan, dan ini adalah pendapat dari DS Najib sebenarnya tuh.

PUTRAJAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan wang simpanan di Akaun 2.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan ini melibatkan jumlah RM40 bilion.

“Ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan,” katanya.

Menurut, permohonan tersebut boleh dibuat bermula 1 April 2020 ini nanti bulan depan.

Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Menerusi kemudahan ini,semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500. (maksimum,). 

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.- Perdana Menteri.

 

Boleh mohon di i-Lestari yang akan dibuat oleh badan kerajaan. So nanti mereka akan develop sistem kita tinggal pergi ke laman web tuh.  Sekian.

Bagi yang terkesan, digalakkan mohon. Kalau tak terkesan atau rasa boleh survive. Janganlah dikeluarkan walaupun kerajaan dah benarkan. Sebab ini duit masa depan kita, duit pencen kita.  Kena ingat tuh. Memanglah ada akaun satu 1 tuh memang tak kacau. Tapi akaun dua ini penting juga. Kita tak tahu macam mana keadaan masa depan kita.
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 53
  • Page 54
  • Page 55
  • Page 56
  • Page 57
  • Interim pages omitted …
  • Page 144
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.