Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / CARA PENDAFTARAN & PENGAKTIFAN i-AKAUN KWSP MELALUI E-MEL

CARA PENDAFTARAN & PENGAKTIFAN i-AKAUN KWSP MELALUI E-MEL

Zik · Apr 2, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

KWSP, DAFTAR I AKAUN KWSP,

So hari ini aku nak buat permohonan pendaftaran i-Akaun guna emel. Bagi yang ada akaun kwsp untuk warganegara malaysia sahaja ok. Permohonan I- Akaun KWSP boleh mula pada 1 april 2020. Alternatif bagi mereka yang nak buat online. Sebab sekarang nih ramai yang serang kwsp. Laman kwsp memang jammed teruk tak boleh nak acces macam biasa. Lah nih ramai yang bercuti lagi, mestilah jammed teruk tuh. Ada masa lagi dari 1 april hingga 31 april 2020.

Syarat asas ialah korang kena ada email dan akaun kwsp. Takda email kena daftar email baru. Kemon gais kita sudah di zaman serba canggih semua email kena ada beb.

Anak-anak yang ada henset canggih tu tolong buatkan untuk tolong guide mak ayah korang benda ni, jangan reti nak berFacebook, berIG, berTikTok sahaja ok dalam tempoh PKP nih. Tahu korang tengah boring ,tetapi kalau boleh tolong mak ayah macam mana nak apply bendalah ini. Esok lusa kau dah kerja kau pun boleh buat untuk diri sendiri nanti.

Lepas tu esok lusa kalau aku jumpa orang tua berkumpul depan pejabat KWSP lagi, Aku juga tak kan teragak-agak nak tanya anak dia umur berapa.

Kalau dia kata anak dia umur 20 keatas, memang aku cari kau sampai dapat. Kalau aku jumpa memang kena pijak-pijak muka kau sampai cedera parah. Ingat tu (sorry gurau kasar pulak).

Seperti yang telah dimaklumkan oleh perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan duit kwsp korang boleh dikeluarkan untuk penggunaan akaun kedua maksimum rm500.00 sebulan hingga 6 bulan. Jadi total maksimum yang korang boleh keluarkan ialah rm 6000.00

Borang pendaftaran boleh ambil dekat sini :-

Download Borang Pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.

Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)

Sudah pasti jika anda memohon kemudahan pengeluaran ini secara e-mel ataupun pos ianya akan mengambil sedikit masa dan ada kemungkinan dokumen yang anda hantar tidak sampai ke tangan pihak KWSP atau tercicir.

KLIK UNTUK BACA Panduan & Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Pengeluaran i-Lestari KWSP Ekoran Penularan Wabak Covid-19 –>

Oleh yang demikian, pengeluaran secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) adalah satu kaedah yang sangat mudah dan cepat berbanding kaedah melalui e-mel ataupun pos.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akses ke i-Akaun (Ahli) tak perlu bimbang kerana anda boleh memohon untuk berbuat demikian dengan bantuan pihak KWSP secara dalam talian sahaja.

Ahli kini boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat turun borang); dan
  2. Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
  3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
  • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
  • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
  1. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

Lupa ID Dan Kata Laluan I-Akaun KWSP, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini –>

Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:

  1. Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
  2. Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Apabila i-Akaun (Ahli) telah diaktifkan, anda sudah boleh memohon pengeluaran i-Lestari dengan mudah dan cepat. Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:

Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) ? Pilih Tab Pengeluaran ? Klik e-Pengeluaran ? Klik Permohonan Baru ? Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.

Pengerusi PUBI Perak, En Sharul Rahman di Facebook Rasmi beliau turut berkongsi gambar cara-cara memohon KWSP i-Lestari atas talian menggunakan applikasi i-Akaun (Ahli) KWSP. Sangat mudah dan cepat..

KLIK UNTUK DOWNLOAD GAMBAR CARA-CARA MEMOHON KWSP I-LESTARI ATAS TALIAN MENGGUNAKAN APPLIKASI I-AKAUN (AHLI) KWSP –>

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Anda juga boleh lawati laman web rasmi KWSP dan Facebook rasmi KWSP untuk segala info-info terkini berkaitan urusan i-Akaun dan pengeluaran i-Lestari.

KLIK UNTUK MENGETAHUI SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN PENGELUARAN I-LESTARI (KWSP)

Jika anda ingin mengetahui panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli) yang disediakan oleh pihak KWSP sila klik di sini untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli).

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan anda melalui e-mel kepada ilestari@epf.gov.my

Share this on WhatsApp

Pengumuman cara nak daftar akaun melalui i-Lestari, CARA PENDAFTARAN & PENGAKTIFAN i-AKAUN KWSP MELALUI E-MEL, daftar i-akaun kwsp melalui email, panduan daftar i akaun kwsp secara online, pendaftaran i lestari

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.