Waktu PKP (perintah kawalan pergerakan) kena duduk rumah ni, meh saya ajar macam mana nak daftar nombor cukai secara online dan mohon nombor pin secara online terus. Sambil-sambil website BPN tengah high traffic, isi masa terluang kalian dengan daftar nombor cukai.
1. First sekali, pergi website ni dulu. Tapi kita tahu memang nak pergi atau login memang parah traffic nih. Apepun bersabarlah ambil masa dulu semua nih.
Semak terlebih dahulu.
2. Sebelum nak isi borang dekat website ni, semak dulu korang dah pernah ada nombor cukai atau belum. Sekiranya dah pernah ada nombor cukai, abaikan step pendaftaran. Terus skip ke step no pin efiling.
Untuk kenalpasti atau semak semula korang dah daftar nombor cukai or belum cek dekat link bawah ni. Kadang-kadang nombor cukai ni didaftarkan dalam keadaan korang pun tak sedar. Itu sebab kena periksa terlebih dahulu.
edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/i…
Jika takda rekod, barulah korang ke step seterusnya ni.
3. Ok link dekat bawah ni untuk borang pendaftaran nombor cukai korang.
daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.…
Dekat website ni nanti isilah maklumat yang diperlukan. Mana-mana bahagian yang bertanda (*) adalah wajib untuk korang isi.
4. Baik jika anda ada bisnes (Enterprise) ataupun komisen income, wajib klik pada bahagian “Maklumat Perniagaan-Jika Ada (Sila Klik)”.
Kalau makan gaji, tak perlu. Abaikan bahagian ni. Proceed terus.
5. Dah lengkap isi semua tuh, lebih baik korang semak balik kot-kot ada yang tertinggal atau salah isi. Ini semua aku tekankan apa isi borang online semua kena semak semula. Sebab terjadi dekat aku , ada tersalah isi. Susah jadinya.
NOMBOR PIN E-FILING
Seterusnya kita nak apply pulak nombor pin e-filing. Tadi korang baru dapat nombor cukai. Untuk submission borang cukai secara online, korang kena ada access dia. Ok ini step nak mohon access tersebut.
1. Pergi website link seperti dekat bawah ni,
maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms…
2. Klik Permohonan.
3. Klik Permohonan Nombor Pin
4. Klik Borang CP55D.
5. Kalau pakai Komputer, (PC) korang download PDF. Kalau pakai phone, save image dan crop borang ini sahaja ok.
6. Kalau pakai PC, korang takda printer dekat rumah, just insert text dekat PDF tu nanti, isi borang ikut pada apa maklumat yang diperlukan. Kalau pakai phone, edit photo insert text.
8. Kalau nak submit pakai pc, korang kena hantar file dalam phone tadi ke PC semula untuk upload dekat website tadi sebelum korang download borang CP55D tadi. Masih ingat?
9. Klik Seterusnya untuk isi borang maklum balas bagi permohonan nombor pin.
10. Lengkapkan borang.
11. Subjek letak je “Mohon Nombor Pin”
12. Borang CP600B dilampirkan pilih tidak.
13. Upload borang CP55D korang tadi.
14. Bahagian Butiran isi “Dilampirkan Borang CP55D untuk rujukan selanjutnya.”
15. Macam biasa, last sekali klik submit.
16. Lepas dah submit korang akan dapat maklumat rujukan macam ni gambar.
Tolong simpan. Sebab ni rujukan untuk korang cek maklum balas dari LHDN pasal nombor pin yang korang request.
17. Sesekali korang cek juga status permohonan dekat website ni,
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply