Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Pengumuman

Pengumuman

Kredit eBelia Sebanyak RM150 bermula 1 Jun 2021 ,Ewallet Boost, ShopeePay, TNG eWallet Dan BigPay

Zik · May 17, 2021 · Leave a Comment

e belia pemerkasa 2021

Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Tengku Zafrul  hari ini telah mengumumkan dimana Program eBelia akan ditawarkan kepada para belia seluruh negara yang layak bermula 1 Jun 2021 ini. Kira bulan depanlah.

Berapa dapat ewallet setiap seorang?? 

Melalui program eBelia ini, kredit sebanyak RM150 akan ditawarkan melalui dompet digital terpilih – iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan juga TNG eWallet. Setiap pemohon boleh menuntut RM150 melalui hanya satu penyedia perkhidmatan dompet digital sahaja.

Ebelia untuk berapa umur berapa sampai berapa ??

[Read more…] about Kredit eBelia Sebanyak RM150 bermula 1 Jun 2021 ,Ewallet Boost, ShopeePay, TNG eWallet Dan BigPay

Cara Semakan No Baucer BPR Untuk Penerima Tunai (Fasa 2)17.5.2021

Zik · May 17, 2021 · Leave a Comment

bpr fasa2

Cara Semakan Nombor Baucar BPR

Cara-cara dibawah ialah diambil daripada langkah semakan baucar  BPN 2.0 boleh jadi sama nih. Cuma ada beza sikit jerla tak sama.

  1. Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad anda di ruang kosong
  3. Tekan butang ‘Semak’
  4. Kemudian, anda telah masuk ke portal sistem BPR anda.
  5. Berikut ialah maklumat yang akan dipaparkan.
  • Nama
  • Fasa, 2
  • Jumlah bayaran
  • Status kredit
  • Tarikh tunai
  • Nama tunai bank
  • Nama bank
  • No akaun bank
  • Kod tidak berjaya 
  • Nombor baucar
Sila beri perhatian kepada maklumat nombor baucar, terdapat  nombor baucar BPR fasa 2 akan dipaparkan pada bahagian paling bawah.
bpr fasa ke2 no baucar
Bagi yang tiada no baucar tuh korang boleh hubungi pihak LHDN atau BSN untuk keterangan lanjut.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Untuk menerima bayaran BPR secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Maklumat Lanjut Tentang Bayaran Tunai BPR Fasa 2

Untuk mendapatkan info terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila rujuk

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  • Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747,
  • Hotline BPR MoF : 03-882 4565/03882-45-66
  • E-mel : bpr@treasury.gov.my

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan dan kemaskini maklumat, sila rujuk FAQ (Soalan Lazim) Pembayaran BPR Fasa 2.

Harapnya memudahkan proses anda untuk tunaikan duit bpr korang tuh ha.

Bantuan tambahan BPR RM 500, dibawah Pemerkasa Jun ini 2021

Zik · May 17, 2021 · Leave a Comment

BPR RM500 pemerkasa,

Oleh kerana bantuan Prihatin Rakyat bagi fasa kedua sudah dapat. Bulan depan pula akan dapat BPR tambahan Rm 500 bagi mereka yang layak sahaja.  Namun, BPR fasa kedua, ramai juga yang tak lulus, ada yang lulus tetapi tak dapat lagi. Korang tengoklah apa sebab tak lulus tuh.

Jumlah bantuan sebanyak 1.2 Billion ringgit malaysia. 

Perdana Menteri berkata, bayaran tambahan RM500 juga akan diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

“Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan ini,” katanya ketika mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), hari ini.

PENERIMA YANG LAYAK AKAN DAPAT PADA JUN INI 2021. 

Mahiddin berkata, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun depan ke akaun penerima. Satu jumlah yang besar, dan kita faham sebagai rakyat malaysia tahu dan sedia maklum kesan covid ini belum dapat diatasi lagi. Sebagai kerajaan peka dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk kurangkan kadar jangkitan, dengan mendapatkan bekalan vaksin yang agak terhad sekarang ini. Pada pendapat aku pandemik ini mungkin akan berakhir paling lambat dalam 10 tahun. Itu jangkaan aku lah, kalau takda penawar dan juga tiada pencegahan yang serius dapat kita lakukan. KKM pun dah bertungkus lumus buat yang terbaik untuk rakyat.

Beliau berkata, kedua-dua kategori itu membabitkan penerima berusia antara 21 hingga 60 tahun dan tidak membabitkan proses pendaftaran permohonan.

Katanya, pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagi individu berstatus bankrap, Perdana Menteri berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan kerajaan.

“Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.

“Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami potongan ansuran bulanan,” katanya.

Katanya, kerajaan juga bersetuju memanjangkan tempoh kuat kuasa perlindungan bagi ketidakupayaan melaksanakan obligasi kontraktual yang akan berakhir 31 Mac ini sehingga 30 Jun depan.

“Jenis kontrak yang terbabit akan turut diluaskan bagi membantu rakyat yang terkesan dan gagal memenuhi obligasi kontrak mereka,” katanya.

 

Secara ringkasnya Syarat Kelayakan BPR tambahan RM 500.00 Jun ini 2021.

  • Mereka yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
  • Berumur dari  21 tahun hingga 60 tahun
  • Tak perlu isi borang bagai, korang tunggu jerla. Kalau tiba-tiba ada isi borang, kena masuk duit, confirm tuh scam, kena hati-hati ok.
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO
  • Dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.

Sebarang pertanyaan. 

i) Layari laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my; login dan tengok status permohonan atau
ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 20
  • Page 21
  • Page 22
  • Page 23
  • Page 24
  • Interim pages omitted …
  • Page 144
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.