Kepada penerima GKP (geran khas prihatin) 1.0, 2.0 dan 3.0 yang memohon sebelum ini sudah dapat boleh tengok di akaun masing-masing sebab mungkin di laman rasmi gkp.hasil.gov.my belum kemaskini tetapi sudah masuk di akaun masing-masing.
RM 1000.00 untuk bulan jun ini. Baki GKP RM 500.00 bulan depan, Julai nanti ok.
baca juga : Cara mohon GKP 4.0
Akaun cimb ramai yang sudah masuk.
Rata-ratanya di group facebook ramai yang dah dapat GKP ini dari akaun cimb. Hah korang yang daftar masukkan no akaun cimb cuba check diakaun masing-masing secara online jer senang. Yang akaun lain belum masuk lagi. So bersabarlah ok. Tunggulah nanti dapat tuh.
Bantuan GKP Plus Pemerkasa ini memperuntukkan lebiha kurang 2 billion satu jumlah yang besar untuk membantu mengurangkan beban atau kerugian buat para peniaga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kurang ketat pkp 1.0. Memanglah para peniaga boleh berniaga, tetapi disebabkan semua orang tak boleh keluar rumah (hanya yang dibenarkan sahaja), para pelanggan kurang sangat. Betul, kalau ikutkan memang tak cukup tetapi sekurang-kurangnya adalah kuranglah beban tuh.
Korang boleh semak kelulusan di laman rasmi gkp.
Sekiranya nak tambah modal untuk suntikan modal makro credit, apa kata boleh buat pinjaman dari pinjaman badan berkanun macam BSN, Tekun, dan Juga MARA.
“Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dengan kadar pembiayaan serendah 3 peratus,” katanya dalam Perutusan Khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Isnin.
Selain itu, katanya, bagi membantu aliran tunai syarikat dan PKS, institusi perbankan akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman.
Jelas beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) akan menambah fasiliti kemudahan bantuan dan pemulihan bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.
“Dengan ini, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5 peratus yang masih tersedia adalah sebanyak RM7 bilion,” ujarnya.
Dalam masa sama, Muhyiddin berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran serta menyediakan penjadualan semula bayaran cukai tertunggak bagi pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.
Tambahnya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga bersetuju untuk memperkenalkan semula pelanjutan penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun.
“SSM juga akan mengecualikan bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian,” ujarnya.
Seterusnya, diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus selama tiga bulan tambahan antara bulan Julai hingga September juga diberikan kepada sektor yang terjejas.
“Antaranya, pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks beli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.,” katanya.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply