Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / CUEPACS mahu kerajaan laksana PKP penuh 21 hari-Setuju ker?

CUEPACS mahu kerajaan laksana PKP penuh 21 hari-Setuju ker?

Zik · May 20, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

CEUPACS

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di seluruh negara sekurang-kurangnya bagi tempoh 21 hari.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata gesaan itu dibuat berikutan situasi semasa yang menyaksikan perkhidmatan kesihatan negara berdepan cabaran yang terlalu dahsyat untuk merawat pesakit COVID-19 dan pada masa sama, perlu mengendalikan pesakit lain.

Beliau berkata tempoh 21 hari itu adalah paling minimum bagi membolehkan langkah drastik dilaksanakan kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19. “Sekiranya kerajaan masih lagi menggunakan SOP (prosedur operasi standard) semasa bagi mengekang penularan COVID-19, CUEPACS bimbang perkhidmatan kesihatan negara akan menjadi lumpuh sekali gus mengundang darurat kesihatan yang serius kepada negara,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

PKP 2.0,3.0 TIDAK BERKESAN. 

Menurut Adnan, SOP sedia ada yang dilaksanakan dalam PKP 2.0 dan PKP 3.0 ketika ini dilihat tidak berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19 bahkan ia dilihat semakin meningkat setiap hari dengan trend peningkatan kes disebabkan pergerakan orang ramai yang tidak terkawal. Dimana silapnya? Janganlah kita menuding jari sesama kita. Mungkin betul apabila ada vvip atau orang kenamaan, mereka sendiri yang langgar sop. Tetapi dimanakah double standard apabila warganet apabila salah, terus diambil tindakan tanpa usul periksa. Berbeza dengan warga kayangan yang terang-terang salah langgar SOP. Tetapi kertas siasatan dibuka, pass sana pass sini. Last-last kena denda , ada yang tak kena langsung. Macam itu kata berlaku adil buat semua rakyat??

Adnan berkata SOP yang sentiasa berubah dan tidak seragam telah mengelirukan rakyat serta pengumuman pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi diumum lebih awal sehingga memberi kesempatan masyarakat keluar dari kawasan terbabit yang boleh menyebabkan penularan kes berlaku di kawasan luar.

Beliau berkata pelaksanaan PKP secara penuh seperti 18 Mac 2020 mungkin nampak terseksa kepada rakyat tetapi pelaksanaan PKP ‘sekejap buka sekejap tutup’ yang menyaksikan ekonomi semakin perlahan, pendidikan anak-anak terabai dan kadar pengangguran meningkat adalah lebih buruk.

“Ditambah lagi dengan penularan varian berbahaya dari Afrika dan India di Malaysia ketika ini, PKP penuh ini diyakini dapat memastikan negara kembali di landasan yang terbaik,” katanya.

Cuepas juga tuntut menteri kawal harga barangan keperluan yang harga naik mendadak. 

Adnan berkata Cuepacs turut menggesa menteri dan kementerian yang terlibat mengawal harga barangan keperluan harian memastikan tiada pihak memanipulasi harga sekiranya PKP penuh dilaksanakan selain bantuan kewangan kepada isi rumah yang terjejas wajar diberi oleh kerajaan.

“Bank Negara dan Kementerian Kewangan perlu mewajibkan bank-bank melaksanakan semula moratorium penuh seperti tahun lalu kepada semua peminjam selama tiga bulan sebagai inisiatif mengurangkan kesan ekonomi serta kepada individu dan organisasi,” katanya.

Malaysia hari ini merekodkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan 6806 kes hari ini, semalam 6,075 kes sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lepas.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata kemunculan varian baharu yang membimbangkan (VOC) amat merisaukan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala malah ujian saringan sering mencatatkan keputusan negatif sekalipun pesakit sudah berada di tahap kritikal.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman CUEPACS mahu kerajaan laksana PKP penuh 21 hari-Setuju ker?, kesatuan ceupacs mahu kerajaan laksana pkp selama 21 hari menyeluruh, pkp 4.0 total lockdown selama 21 hari 2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.