• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kesihatan

Kesihatan

Covid19-Koronavirus baharu boleh bertahan beberapa hari atas permukaan

Zik · Mar 18, 2020 · Leave a Comment

Covid 19,

WASHINGTON – Koronavirus (Covid-19) didakwa boleh bertahan di atas beberapa permukaan selama beberapa hari atau di udara selama beberapa jam, menurut kajian diterbitkan menerusi New England Journal of Medicine (NEJM) semalam.

Baca juga : Rayuan PM, sila duduk rumah diam-diam.

Saintis dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mendapati virus yang mempunyai tahap keupayaannya apabila berada di luar tubuh manusia adalah sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

“Ia bermakna penyebaran antara individu tidak mempunyai simptom adalah lebih berisiko tinggi. Koronavirus baharu itu dikesan sehingga empat jam pada permukaan tembaga dan dua hingga tiga hari pada permukaan plastik dan keluli tahan karat manakala sehingga 24 jam pada permukaan kadbod,” jelas laporan itu lagi.

[Read more…] about Covid19-Koronavirus baharu boleh bertahan beberapa hari atas permukaan

Dr M nasihat rakyat M’sia jarakkan diri dari orang lain-Covid 19

Zik · Mar 17, 2020 · Leave a Comment

tun letak jawatan,

Izinkan saya bercakap sedikit berkenaan penyakit yang telah merebak, yang dikenali sebagai koronavirus yang telah jadi satu epidemik merebak seluruh dunia. Saya lihat keadaan di Malaysia dan saya nampak seolah-olah orang Malaysia tak begitu serius berkenaan tangani virus ini.

Kalau kita tak berjaga-jaga ia akan kena ribuan rakyat Malaysia dan ramai akan meninggal kerana penyakit ini. Penyakit ini luar biasa, ia disebabkan satu virus yg diberi nama corona kerana itu bentuk virus itu.

Virus ini tak pernah didapati dahulu sekarang g mudah merebak dan berjangkit. Kalau dekat dengan orang yang sakit, mungkin akan dapat jangkitan. Kalau dia tak pakai mask (topeng), dia batuk, bersin, kita mungkin dapat (jangkitan).

Sebab itu cara kita elak daripada dijangkiti kita mesti jauhkan diri daripada orang yang hidap sakit ini. Tapi orang ini mungkin tak sedar dia ada sakit ini kerana mulanya tak ada kesan sakit ini.

Mungkin suhu badan naik sedikit tapi dalam jangka masa pendek akan ada simptom lain yang mungkin membawa maut. Oleh kerana tak tahu, dekat dengan orang lain, dan mungkin orang berjangkit. Sebab itu kita perlu asingkan diri dari semua orang kerana kita tak tahu mereka sakit atau tak tapi untuk asingkan diri kadang-kadang sukar dilakukan.

Baru-baru ini (kumpulan) tabligh adakan perjumpaan gergasi, 15,000 orang berhimpun. Daripada perhimpunan ini lebih 40 orang dijangkiti koronavirus. Sebabnya dalam kumpulan begitu besar kita tidak dapat asingkan diri dari jiran, dekat dengan orang, bersalam-salam, dan agak mudah dapat penyakit ini.

Bila orang ini batuk, dekat dengan kita, kita akan dapat penyakit ini. Sebab itulah saya berpendapat ada penting kita elak kumpul ramai-ramai termasuk bila kita sembahyang berjemaah.

Bila berjemaah perlu rapatkan diri dalam saf, ini bermakna bila ada yang sakit, kita akan berjangkit. Bukanlah kita nak tolak ibadat tapi saya fikir utk menyelamatkan diri, kita perlu terima hakikat dekat dengan orang adalah suatu yang berbahaya.

[Read more…] about Dr M nasihat rakyat M’sia jarakkan diri dari orang lain-Covid 19

Lima sebab anda tidak perlu membuat pembelian panik

Zik · Mar 17, 2020 · Leave a Comment

pembelian panik,

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tenang dan berhenti melakukan pembelian panik berikutan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, yang sehinggga Ahad mencecah 428 kes. Semalam sudah mencecah 500 lebih apabila ada lebih kurang 90 lebih kes dilaporkan. Hampir semua dari kes perhimpunan tabligh tuh.

Meski pun wabak terbabit diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), namun para saintis berjaya mengenal pasti virus berkenaan dalam tempoh dua minggu pertama penularannya dan beberapa hari kemudian ujian untuk mengesan virus itu sudah tersedia.

Senario ini memberi keyakinan kepada dunia bahawa para saintis barangkali mampu mencari formula vaksin kepada virus itu, berbanding virus-virus lain yang sebelum ini terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk dikenal pasti.

Selain itu, penularan wabak tersebut di Malaysia masih di peringkat awal dan terkawal.

[Read more…] about Lima sebab anda tidak perlu membuat pembelian panik

COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan dengan CEPAT

Zik · Mar 16, 2020 · Leave a Comment

Covid 19,
Berdasarkan statistik, angka jangkitan COVID-19 di China kini jauh lebih kecil berbanding peningkatan dalam tempoh 24 jam di Britain dengan 208 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

INISIATIF kerajaan China dalam membendung penularan wabak COVID-19 sehingga angka jangkitan virus berkenaan di negara itu berhasil ‘dikawal’ boleh dianggap suatu kejayaan.

Walaupun wabak itu masih mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, China pada dasarnya dalah penyebab virus ini, sebaliknya telah berjaya mengawal penularan itu.

Setakat ini, China merekodkan sejumlah 81, 029 kes, dengan peningkatan sebanyak 22 kes sejak Sabtu.

[Read more…] about COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan dengan CEPAT

KKM sahkan kes coronavirus pertama di Malaysia

Zik · Jan 25, 2020 · Leave a Comment

coronavirus

Kita sebagai rakyat malaysia memang sangat bimbang dengan wabak yang sedang tular dinegara kita Dan ini hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kes jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) yang pertama di negara ini.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian pengesanan dan pengesahan melibatkan tiga individu itu diperolehi dari pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam semalam.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa tiga pesakit itu mempunyai kaitan dengan bapa dan anak dari Wuhan, China, yang telah disahkan positif dengan virus itu di Singapura tiga hari lalu.

“Tiga kes positif adalah isteri lelaki berusia 66 tahun yang diuji positif di Singapura pada 22 Jan, dan dua cucu mereka berumur 11 dan 2 tahun.

[Read more…] about KKM sahkan kes coronavirus pertama di Malaysia
  • « Go to Previous Page
  • Go to page 1
  • Go to page 2
  • Go to page 3
  • Go to page 4
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 12
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021
  • Live streaming Sabah vs Uitm liga super 17.4.2021
  • Live streaming Perak vs Kedah 17.4.2021
  • Pelakon video iklan judi online sudah ditahan polis

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Video gol highlights Selangor 2-0 Penang 21.1.2017

Tahniah buat pasukan the red giants, selangor meneruskan Langkah kanan untuk per…

Sukan

Malaysia vs yaman 5 mac 2014, kelayakkan piala asia 2015

Perlawanan terakhir harimau malaya vs yaman. Untuk layak, misi mesti menang haru…

Pengumuman

Selamat hari pekerja 1 mei, 2014

Dikesempatan ini kami dari warga kerja zikrihusaini.com ingin mengucapkan selama…