Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kesihatan

Kesihatan

Petua nak lebatkan janggut

Zik · Jul 12, 2010 · 25 Comments

Janggut Osama lah pulak.

Salam semua, hari ini ingin berkongsi petua macam mana nak lebatkan janggut, hari tuh cerita mengenai cara nak lebatkan rambut, kiranya janggut dan rambut nie satu perkara yang perlu dititik beratkan dalam penampilan diri dan self confident (keyakinan diri).

Sebelum itu, terdapat beberapa khilaf mengenai hukum menyimpan janggut ini. Apakah hukumnya, membiarkan dan memeliharakan tumbuhnya janggut?
Jawapan :
Terdapat perintah untuk membiarkan tumbuhnya janggut kerana banyak hadith Nabi s.a.w di antaranya sabda Nabi s.a.w yang bererti :

“Berbezalah daripada kaum Musyrik, bebaskanlah (biarkanlah sebagaimana adanya) janggut dan cukurlah kumis (misai).” (Hadith riwayat Bukhari, Sahih Bukari,

Petua-petuanya. [Read more…] about Petua nak lebatkan janggut

Cara nak lebatkan rambut.

Zik · May 31, 2010 · 38 Comments

Sekadar gambar hiasan.

Peringatan. (Tips ini hanya berdasarkan petua-petua orang lama). Anda disarankan mendapatkan rawatan dari mereka yang pakar dalam bidang ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini ingin berkongsi sekali lagi bagaimana nak melebatkan rambut yang gugur.

Pengenalan.

Semua orang inginkan rambut yang sihat lagi menawan. Tak salah bagi yang sudah berusia untuk mengekalkan keremajaan, namun ia bergantung kepada niat dan matlamat asal mungkin untuk menyatukan keluarga ataupun (tambah cawangan, bagi lelaki) hehe, bagi perempuan pula mungkin untuk kekal cantiklah kan! (macam biasa) . Rambut yang sihat, lebat dan bersinar pastinya akan menambah keyakinan diri dan penampilan dalam meneruskan perjuangan sehari-harian kita.

Punca Rambut gugur.

Ada banyak punca-punca yang menyebabkan rambut mudah gugur, selain dari faktor usia yang semakin bertambah.

  1. Genetik.
  2. Tekanan kerj.a yang teruk.
  3. Diet yang teruk.
  4. Faktor hormon
  5. Masalah tempurung rambut.
  6. Putus haid
  7. Selepas bersalin (bagi wanita).
  8. Penyakit tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  9. Demam, jangkitan dan selesema yang serius. Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
  10. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan. Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  11. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  12. Rawatan kanser. Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Kos-kos rawatan yang sangat mahal dan tidak memuaskan.

Pernah juga,mendengar aduan dari rakan-rakan sendiri yang pernah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar, bahkan sehingga beribu-ribu ringgit dilaburkan untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini.

Cara-cara lebatkan rambut. [Read more…] about Cara nak lebatkan rambut.

Tips elak mabuk laut

Zik · May 8, 2010 · 1 Comment

Mabuk laut

Salam semua. Kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk mengelakkan dari gejala mabuk laut ini.

Apakah mabuk laut?

Mabuk laut ialah satu bentuk mabuk perjalanan berunsur satu perasaan rasa loya, dalam kes-kes ekstrem, pening, mengalami selepas menghabiskan masa pada satu aktiviti  diatas air.

Sesetengah orang agak mudah terpengaruh untuk keadaan itu dengan perangsang kecil dan akan berasa mabuk laut hanya dengan menetapkan kaki pada sebuah bot, sekalipun kapal dalam keadan yang statik . Sesetengah orang malah telah mendakwa mengalami mabuk laut bila meilhat program-program televisyen bertemakan nautika.

Bila terjadinya. [Read more…] about Tips elak mabuk laut

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 17
  • Page 18
  • Page 19
  • Page 20
  • Page 21
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.