Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kerohanian/Keagamaan

Kerohanian/Keagamaan

Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan

Zik · Sep 2, 2010 · 29 Comments

http://www.darussholah.net/images/news/0022.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramadhan pemergianmu ditangisi 🙁 🙁 bagi insan yang benar-benar beriman, menghayati erti ramadhan kali ini. Benar kata rakanku, taufik ketika perbincangan hidup seorang blogger pada minggu yang lepas benar-benar mengingatkan aku perkara ini.

Ikuti beberapa amalan yang perlu kita pertingkatkan di malam terakhir ramadhan ini, moga kita mendapat malam lailatur qadar, insyallah.

Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah. Qiamullail suatu amalan kerohanian yang sepatutnya kita berusaha untuk lakukannya secara konsisten. Biarpun dapat sempat solat tahajjud, itu sangat besar pahalanya disisi Allah. Kerana terdapatnya pahala dimana kita bangun dari lena tidur yang mengasyikkan, bantal yang empuk dan juga disisi isteri yang dicintai. Bangkit dari tidur ini, merupakan satu jihad yang tinggi darjatnya. Subhanallah.

Mengejutkan ahli keluarga untuk bersama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.

Mengikut tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada Ai’syah r.a yang masksudnya:’ Adalah rasulullah S.A.W apabila tiba sepuluh isteri-isterinya dan mengikut tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatur Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasululah s.a.w bersabda bermaksud : Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam lailatur Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Melakukan iktikaf di masjid/surau pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:” Biasanya Nabi  s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan ramadhan. ” [Read more…] about Semarakkan ibadah pada 10 akhir ramadhan

Mengapa sahur itu penting?

Zik · Aug 30, 2010 · 64 Comments

http://anginlawu.files.wordpress.com/2010/08/sahur.jpg?w=360&h=442

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengapa sahur itu penting.

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“HENDAKLAH KAMU MAKAN SAHUR, SESUNGGUHNYA BERSAHUR ITU SATU KEBERKATAN.”


Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Ayat diatas sudah jelas menyatakan bahawa sahur itu ada keberkatannya disisi Allah. Umat Islam disunatkan makan sahur, samaada bagi puasa wajib, mahupun puasa sunat, Biarpun kita ambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur keatas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberikan kesegaran dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada hari esoknya.

Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dan dengan niat kerana Allah, insyallah Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan didalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang orang yang bersahur sahaja.

Sunat melewatkan sahur.

Kita bukan sahaja disunatkan untuk bangun makan sahur, tapi kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur, kerana itulah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Hikmah lain sebab kita perlu bersahur. [Read more…] about Mengapa sahur itu penting?

HIDUP SEORANG BLOGGER part 2

Zik · Aug 28, 2010 · 84 Comments

http://a.imageshack.us/img844/8308/bloggerv.png
Hidup seorang blogger part2

Ini adalah sticky post. Sila ke post bawah, untuk entri yang baru. Sekian terima kasih.

Hidup seorang blogger apa cerita nie zik?

Mesej kali ini berbentuk kerohanian, iaitu matlamat kehidupan kita seharian.

Ikuti perbualan zik dan seorang rakan sebelum masuk isyak di bulan ramadhan.

Taufik: Assalamualaikum zik. :cheerful:

Zik: Walaikumussalam. Kabare ? :happy:

Taufik: Waras. 🙂

Zik: Lama tak nampak kat surau? Sibuk ke? Macam ne dengan jualan air murni kat bazar ramadhan? :w00t:

Taufik: Alhamdulillah, tak menang tangan dibuatnya. Pukul 7 petang dah mula kemas-kemas barang, sold out zik :biggrin: ! Nie apa cerita dengan contest HIDUP SEORANG BLOGGER nie?

Zik : Wah kencang business kau taufik :w00t: :w00t: ! Huh, contest HIDUP SEORANG BLOGGER tuh? Macam tuh jela. Ranking sudah jatuh maa. Hehe. Kawe pun dok tahu macam ne nak buat. :sleeping: :sleeping:

Taufik: Owh, takpe, yang penting kita mencuba kan? Tak kisah sebenarnya kalau kau menang ke kalah zik. Yang penting kita dah berusaha kan. Insyallah kalau ada rezeki adalah tuh zik.  Dari duk online jer, baik kita banyakkan beramal nie zik. Bulan ramadhan nie setahun sekali jer. Tak guna kita kejar-kejarkan sangat mendalah nie, bukan ditanya pun dalam kubur nie nanti :wub: .

Zik : Betul juga tuh :blush: :wassat:   (aduh makan dalam punya ayat). [Read more…] about HIDUP SEORANG BLOGGER part 2

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 68
  • Page 69
  • Page 70
  • Page 71
  • Page 72
  • Interim pages omitted …
  • Page 94
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.